Pejabat Perdana Menteri nafi bubar Parlimen hari ini.
Pejabat Perdana Menteri nafi bubar Parlimen hari ini.
KUALA LUMPUR 20 Mac - Pejabat Perdana Menteri menafikan khabar angin kononnya Dewan Rakyat dibubarkan hari ini, bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 diadakan.
Menurut laman Twitter pejabat media perdana menteri, khabar angin itu tidak benar sama sekali.
"Kenyataan yang tersebar mengenai pembubaran parlimen hari ini, kononnya daripada Pejabat Perdana Menteri, adalah palsu," demikian menurut laman Twitter itu pada 1.23 tengah hari.
Perkara itu turut disahkan seorang pegawai media perdana menteri ketika dihubungi Bernama.
"Tiada pembubaran hari ini," tegasnya. Berita palsu yang memetik kononnya kenyataan itu dikeluarkan oleh Perdana Menteri tersebar di laman-laman sosial kira-kira 12.30 tengah hari, selepas Perdana Menteri dilihat keluar daripada Istana Negara pagi ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat memasuki pekarangan Istana Negara pada pukul 7.55 pagi dan keluar kira-kira sejam kemudian.
Menjadi kebiasaan bagi Perdana Penteri menghadap Yang di-Pertuan Agong sebelum mempengerusikan mesyuarat mingguan Kabinet setiap Rabu.
- BERNAMA
Do уou haνе a sрam isѕue on this blog; I also
BalasPadamam a blοggег, аnd I was curіоuѕ about уοur
situatіon; many οf us have deѵеloрeԁ some nice pгoceԁures and we are
lοοκing tо swap methoԁs with
other folks, be ѕuгe tο shoοt me an emаil іf interested.
Αlso ѵisіt my webρagе Watch Deception Season 1 Episode 11