Pages

Briged Ummina Aisyah Mujahidah Syria Sedia Menguatkan Revolusi Syria

Briged Ummina Aisyah Mujahidah Syria Sedia Menguatkan Revolusi Syria



Briged Ummina Aisyah Mujahidah Syria Sedia Menguatkan Revolusi Syria

Jika beberapa bulan lepas Briged Sowt al-Haq ditubuhkan dan pasukan ini diketuai oleh Ummu Ja'far, isteri kepada komander briged tersebut iaitu Abu Ja'far kini,Briged Ummina Aisyah ditubuhkan di Halab dan disertai oleh wanita-wanita lepasan universiti dan ada juga dalam kalangan ibu. Gambar -gambar ini menunjukkan Abu al-Taib, komander Batalion Ahbab Al-Mustafa sedang menunjuk ajar tentang cara penggunaan senjata api di kejiranan Seif El Dawla, Halab.

Sumber


Moga ALLAH permudahkan urusan mujahidah2 disana.. Habunallah waknimalwakil..














Mujahidah daripada Briged Ummina Aisyah sedang mengendalikan senjata dalam pertempuran yang berlaku di Halab

Puntung Rokok Punca Stesen Minyak Meletup Di Cheras

Puntung Rokok Punca Pam Stesen Minyak Meletup Di Cheras

Puntung Rokok Punca Pam Stesen Minyak Meletup Di Cheras

Punca sebenar pam stesen minyak meletup di Cheras. Pihak bomba tidak menolak kemungkinan letupan berpunca daripada puntung rokok atau kecuaian pemandu. Pada malam semalam, telah berlaku letupan pada satu pam minyak di Jalan Cheras. Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa berlaku pada malam tersebut.

Dua mangsa nyaris maut adalah pemandu Citreon dan Perodua Myvi yang sedang mengisi minyak secara sebelah menyebelah di satu pam di situ sebelum meletup kira-kira jam 10.30 malam.Bagaimanapun, mereka terselamat daripada disambar api apabila dihalang kenderaan masing-masing tetapi kedua-dua kenderaan rosak teruk.

Sumber: ,

Panduan Dan Peraturan Peniaga Online Berkuatkuasa Esok 1 julai 2013

Panduan Dan Peraturan Peniaga Online Berkuatkuasa Esok 1 julai 2013


Panduan Dan Peraturan Peniaga Online Berkuatkuasa Esok 1 julai 2013

Bermula esok, 1 Julai 2013, salah satu undang-undang dan peraturan baru akan mula dikuat-kuasa, iaitu Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012, sekaligus membolehkan para pengguna yang membuat pembelian secara online lebih terlindung berbanding sebelum ini.

Melalui Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012 ini, ia akan memerlukan mereka yang terlibat dalam urusan jualan produk atau perkhidmatan secara online untuk mematuhi beberapa perkara, sebelum menjual di arena internet. Untuk perhatian, ia bukan sahaja hanya melibatkan penjual yang mempunyai laman tersendiri atau blogshop, tetapi turut sama meliputi mereka yang menjualnya melalui laman seperti eBay, Lelong, dan juga Mudah. Penjual yang menggunakan medium Facebook juga tertakluk kepada peraturan baru ini.

Penjual – Apa Yang Perlu Dilakukan?

Sebagai seorang penjual, anda perlu memastikan yang mana pelbagai informasi berkaitan syarikat dipaparkan pada laman jualan, membolehkan pembeli mengetahui ia dengan mudah.

Antara yang perlu dipaparkan adalah termasuk:

  • Nama orang yang menjalankan perniagaan bagi maksud membekalkan barang atau perkhidmatan melalui tapak web atau dalam pasar dalam talian, atau nama perniagaan, atau nama syarikat.
  • Nombor pendaftaran perniagaan atau syarikat.
  • Alamat e-mel dan nombor telefon, atau alamat orang yang menjalankan perniagaan bagi maksud membekalkan barang atau perkhidmatan melalui tapak web atau dalam pasar dalam talian.
  • Perihal tentang ciri utama barang atau perkhidmatan itu.
  • Harga penuh barang atau perkhidmatan termasuklah kos pengangkutan, cukai dan apa-apa kos lain.
  • Kaedah pembayaran.
  • Terma dan syarat-syarat.
  • Anggaran masa penghantaran barang atau perkhidmatan kepada pembeli.

Selain daripada ini, ia juga perlu diambil perhatian dimana setiap pemilik yang membuat jualan perkhidmatan dan produk melalui online ini perlu menyimpan data-data (nama, alamat dan nombor telefon) pembekal sekurang-kurangnya selama dua tahun.

Muat-Turun Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012

Kesan Positif Kepada Pengguna Dan Pembeli

Dengan penguat-kuasaan undang-undang dan peraturan baru ini, ia akan memberikan lebih jaminan dan perlindungan kepada pengguna dan pembeli yang melakukan transaksi secara online. Mereka mungkin tidak lagi perlu bimbang mengenai seseorang penjual, dan boleh mengetahui data dan info berkenaan dengan seseorang penjual dengan mudah terus melalui laman jualan.

Panduan Pencukaian Untuk E-Dagang

Setiap perniagaan komersial tertakluk kepada cukai, dan tidak terkecuali adalah transaksi online. Selain pengumuman untuk menguatkuasakan Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012, ia kelihatan pihak LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) turut sama menyediakan sebuah panduan yang memberikan idea berkenaan bagaimanakah dan siapakah yang akan tertakluk untuk cukai dalam perniagaan elektronik. Dengan panduan yang disediakan pihak LHDN ini, ia akan memudahkan para penjual untuk mengetahui apakah yang tertakluk kepada pencukaian dan sebaliknya.




Muat-Turun Panduan Penuh (PDF)


Penutup

Perkara ini boleh dilihat sebagai salah satu usaha kerajaan dalam memastikan para pengguna dan pembeli tidak ditipu dengan mudah melalui laman-laman jualan yang terdapat dengan banyak di arena internet pada hari ini. Ia juga akan membolehkan pengguna mengetahui sepenuhnya, termasuk kos yang akan perlu dibayar oleh mereka dan masa yang akan diperlukan untuk sesuatu barang atau perkhidmatan tiba pada mereka. Berkaitan dengan cukai, seperti biasa setiap perniagaan tertakluk kepadanya, dan tidak terkecuali adalah perniagaan berasaskan internet.

Jadi, apa kata anda berkenaan dengan perkara ini?


sumber : amanz

Mohd NorFarhan Naik Lamborghini?

Mohd NorFarhan Naik Lamborghini?


Mohd NorFarhan Naik Lamborghini?

Tahniah Buat pasukan The Red Warriors atas kejayaan menumpaskan pasukan Johor Darul Takzim JDT dengan jaringan 1-0 Semalam sekaligus berjaya Menjulang Piala FA pada musim ini,,

Setelah kemenangan menewaskan johor semalam, Farhan telah di hadiahkan sebuah lamborghini. Jom kite tengok...



Amacam laju tak Lamborghini dia,,,

Awas Air Zamzam Palsu Dipasaran


Awas Air Zamzam Palsu Dipasaran

Kementerian Kesihatan Jeddah menemui 3,000 botol air Zamzam palsu yang sedia untuk dijual sempena Ramadan di daerah Al-Aziziah, Mekah.
Pasukan kesihatan menemui botol air berkenaan tanpa sengaja ketika mengunjungi sebuah gedung sewaktu menjayakan kerja-kerja lapangan bagi menangani masalah denggi kepada masyarakat.
Mereka kemudiannya melaporkan perkara ini kepada pihak perkuasa. Hal ini disahkan jurucakap Hal Ehwal Kesihatan Mekah, Fawaz Al-Sheikh.
Semoga tidak ada antara air Zamzam berkenaan diekspot ke luar termasuk ke negara kita.
Adalah menyedihkan apabila manusia tergamak menggunakan ugama demi kepentingan sendiri.
Apatah lagi, kejadian ini didalangi mereka yang tinggal di tanah suci Mekah!- MNH

Ustaz Azhar Idrus Calon PAS Di PRK Kuala Besut

 Ustaz Azhar Idrus Calon PAS Di PRK Kuala Besut


 Ustaz Azhar Idrus Calon PAS Di PRK Kuala Besut


Kekosongan kerusi DUN Kuala Besut berikutan kematian penyandangnya, Dr A Rahman Mokhtar dilihat memberi talian hayat kepada Pas untuk menawan semula Terengganu selepas tewas pada PRU13. 

Malah, pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat berkata, Pas berpeluang menawan DUN Kuala Besut, namun bergantung kepada calon diletakkan nanti. 

Katanya, Pas perlu letak calon ‘heavyweight’ kerana DUN Kuala Besut kubu kuat Umno dan pastinya BN akan meletakkan calon berwibawa. 

Baik bila bercakap soal ‘heavyweight’ ini, dah mula dengar cakap-cakap dan komen dalam internet yang mula mengaitkan nama pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) sebagai calon Pas di kerusi itu. 

UAI seperti yang kita tahu memang penyokong kuat Pas dan kerap dilihat memberi sokongan terbuka kepada kepimpinan parti berkenaan. 

Malah dia adalah duta Pemuda Pas Terengganu pada PRU-13 lalu. Cuma yelah,, UAI sebelum ini pernah menolak untuk bertanding atau diberi pencalonan bertanding dalam pilihanraya umum mahupun pilihanraya kecil. 

Dalam erti kata lain, mungkin dia lebih selesa di platform sekarang iaitu menjalankan kerja dakwahnya. ~terengganu today

Penyokong Kelantan The Red Warriors Ganas? Ini Buktinya

Penyokong The Red Warriors Kelantan Ganas? Ini Buktinya



Penyokong The Red Warriors Kelantan Ganas? Ini Buktinya

Sinar Harian melaporkan sekumpulan penyokong Kelantan bertindak ganαs dengan menceroboh pintu masuk stadium yang dikhaskan untuk penyokong pasukan Kelantan. Kes ‘antu’ dah masuk kepala.

Ia berlaku kira-kira jam 3 petang, seorang remaja lelaki cedera di kepala apabila pintu masuk tiba-tiba terjatuh dan mengenai kepalanya dan dikejarkan ke hospital berhampiran.

Pegawai Polis PGA, Asri Musa, berkata kejadian tersebut berlaku begitu pantas kerana penyokong tidak sabar mahu memasuki stadium.

“Mereka bagaikan dirasuk. Mereka dengan cepat masuk ke kawasan pintu tersebut,” katanya kepada wartawan Sinar Harian Online.

Polis berjaya meleraikan situasi itu kira-kira 20 minit kemudian.

Bernama juga melaporkan segelintir penyokong bertindak liar dengan membaling beberapa objek larangan termasuk bekas berisi air dan sisa makanan.

Kerajaan Terengganu lagi ganαs, bukan setakat pintu, stadium pun runtuh.

Kredit

Siti Nurhaliza Cadang Ambil Anak Angkat Palestin

Siti Nurhaliza Cadang Ambil Anak Angkat Palestin


Siti Nurhaliza Cadang Ambil Anak Angkat Palestin

Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin bercadang untuk mengambil dua orang anak angkat dari Palestin dalam usaha meringgankan beban penduduk negara Islam yang ditindas rejim Israel itu.
Siti, 34, berkata, pengambilan anak angkat itu adalah dari segi penyaraan kos pembiayaan sara hidup mereka sehingga dewasa.
“Ya… saya telah dimaklumkan proses bagaimana untuk membantu mereka, iaitu salah satunya adalah dengan mengambil anak angkat.
“Namun, kita tidak boleh membawa mereka keluar dari negara tersebut kecuali membiayai kos sara hidup mereka di sana,” katanya ketika ditemui pada Majlis Jamuan Amal Rebuild Gaza For A Nation, di sini, Sabtu.
Tambah Siti, bagaimanapun perkara tersebut akan dibincangkan secara mendalam dengan bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.
“Saya baru diberitahu tadi tentang proses tersebut, Insyaallah nanti saya akan berbincang dengan suami tentang perkara itu,” ujarnya.
Dalam pada itu, Siti berkata, dia dan keluarga memasang impian untuk menjejakkan kaki dan melihat sendiri keadaan kehidupan masyarakat di Gaza.
“Saya banga ramai rakan artis dah menjejakkan kaki di sana, Insyaallah saya sendiri memang bercita-cita untuk ke Masjid Al-Aqsa dan seterusnya ke bumi Gaza.
“Saya selalu mendengar cerita bahawa berada di sana lebih tenang dan tidak seperti digambarkan di dada-dada akhbar,” katanya.
Pada Majlis tersebut, Siti turut menerima Anugerah Kemanusiaan daripada Majis Perundingan Islam Malaysia (Mapim) sebagai tanda sokongan kepada usaha yang dilakukan organisasi tersebut dalam membantu masyarakat Palestin.
“Saya bersyukur kerana diberi penghormatan biarpun sumbangan saya yang sedikit kepada penduduk Gaza berbanding apa yang telah Mapim lakukan.
“Namun saya berharap ramai lagi rakan artis dan orang ramai lebih perihatin dengan kesusahan rakyat di negara itu,” katanya.
Turut hadir pada majlis tersebut adalah Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Halim dan kumpulan Rabbani.
-mStar

Gambar Wajah Isteri Baru Jimmy Shanley

Gambar Wajah Isteri Baru Jimmy Shanley

Gambar Wajah Isteri Baru Jimmy Shanley

Baru-baru ini hangat dipersoalkan siapakah wanita yang berstatus janda yang berkahwin dengan Jimmy Shanley dan Jimmy Shanley  memberikan jawapan "tunggu sidang media"

Melalui portal Oh Bulan Malam tadi menerusi laman Twitter, Jimmy Shanley dikatakan telah memuatnaik dua gambar yang dipercayai salah satunya gambar anak jimmy Shanley bersama seorang wanita..Macam ada sesuatu mesej yang ingin disampaikan oleh Jimmy Shanley melalui gambar tersebut kepada peminat,,

Adakah ini gambar isteri baru jimmy shanley?
Kita tunggu jawapannya nanti

Proton Versi Kompak Bakal Dilancarkan 2014 Konsep Dari Proton Emas | Anda Beri Nama Dan Menang Kereta

Proton Versi Kompak Bakal Dilancarkan 2014 Konsep Dari Proton Emas | Anda Beri Nama Dan Menang Kereta


Proton Versi Kompak Bakal Dilancarkan 2014 Konsep Dari Proton Emas | Anda Beri Nama Dan Menang Kereta

Proton hari ini mengumumkan “Peraduan Nama Siapa Hebat” sempena pelancaran sebuah model kompak serba baharu yang bakal dilancarkan pada separuh pertama tahun depan. Melalui peraduan yang dianjurkan itu, setiap peserta perlu mencipta nama yang paling menarik dan hebat untuk model kompak serba baharu itu dengan hadiahnya berupa varian Premium sebuah model berkenaan untuk dibawa pulang. Pelbagai hadiah-hadiah lain yang menarik turut ditawarkan.
Petunjuk yang diberikan oleh Proton mengenai model tersebut ialah ianya sangat bergaya, bersaiz kompak, hadir dengan rekaan yang inovatif dan dilengkapi pelbagai ciri-ciri dan teknologi canggih. Model tersebut juga mempunyai ruang yang luas, selesa dan secara ekstremnya sangat praktikal, di samping menawarkan tahap pemanduan yang menyeronokkan. Setakat ini masih belum dapat dipastikan sama ada model serba baharu yang dimaksudkan itu direka berdasarkan model konsep Proton EMAS.

“Peraduan Nama Siapa Hebat” bermula dari 25 Jun dan akan berakhir pada 25 Julai 2013 ini, dengan maklumat lanjut boleh diperolehi di laman web yang disediakan di sini : PROTON – Nama Siapa Hebat. Salah satu syarat peraduan tersebut ialah nama yang dicipta perlulah di dalam Bahasa Malaysia. Jika anda mempunyai idea yang unik dan menarik bagi menamakan model kompak serba baharu dari Proton yang akan dilancarkan pada tahun 2014 akan datang, jangan lepaskan peluang untuk menyertai peraduan tersebut hari ini.

Gambar Ciri-ciri Spesifikasi Proton Vesri Kompak,Proton Emas





Adun Kuala Besut Meninggal Dunia Pilihan Raya Kecil Pertama Bakal Diadakan (Al-Fatihah)

Adun Kuala Besut Meninggal Dunia Pilihan Raya Kecil Pertama Bakal Diadakan (Al-Fatihah)

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut Dr A.Rahman Mokhtar meninggal dunia, kira-kira pukul 10 pagi, Rabu.
Beliau meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah akibat kanser paru-paru. Jenazah akan dikebumikan di Masjid Teluk Bayu, Kuala Besut, Kuala Terengganu.
Dr A. Rahman, 55, baru-baru ini dilantik sebagai Pengerusi Exco Pembangunan Kesihatan, Wanita dan Masyarakat.
Pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham menang terhadap calon PAS, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.
Allahyarham mendapat 8,809 manakala Napisah mendapat 6,375 undi.
Beliau meninggalkan balu, Azizah N. Omar dan empat orang anak, Mohd. Zaihan, Mohd. Razhan, Mohd. Zaffuan dan Nurul Najihah.
Kematian Adun Kuala Besut itu bakal menyaksikan pilihan raya kecil yang pertama selepas PRU13.
PAS rakam takziah

Sementara itu, Yang Dipertua PAS Besut, Wan Azhar Wan Ahmad merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berdoa agar keluarganya bersabar dengan ujian yang dihadapi ini.

"Saya berharap keluarga Allahyarham bersabar dan menerima hakikat setiap manusia akan berakhir dengan kematian, termasuk kita. Mudah-mudahan Allahyarham ditempatkan ditempatkan di kedudukan yang terbaik di sisi-Nya," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Dalam pada itu, beliau menyatakan PAS akan mengadakan ziarah, hari ini bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham yang disifatkan sebagai seorang yang agak 'friendly' dan tidak terlalu protokol dengan masyarakat.

"Ada kelebihan bagi batang tubuh Allahyarham, di mana tidak terlalu protokol dengan masyarakat dan memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat. Moga-moga segala khidmat beliau itu mendapat ganjaran sebaiknya," kata beliau lagi.
 -HD

Kejadian Runtuhan Bumbung Di Presint 14 dan 15 Putrajaya ( 5 Gambar)

Kejadian Runtuhan Bumbung Di Presint 14 dan 15 Putrajaya ( 5 Gambar)



kejadian Bumbung Runtuh berlaku di Presint 15 Putrajaya 25.6.2013 sekitar jam 5.30 petang akibat daripada angin ribut yang kuat.

Melalui Facebook Tengku Adnan Tengku Mansor dan gambar ‘runtuh’ disebabkan ribut yang berlaku di Putrajaya Semalam.
Alhamdulillah, bencana ribut yang melanda Putrajaya tadi tidak melibatkan nyawa penduduk di sini. Walaupun berlaku kerosakan kerana bumbung tangki air di apartment Presint 15 dan di apartment Presint 14 diterbangkan angin namun syukur kerana tidak ada individu yang terlibat. Ada juga pokok tumbang di sekitar Presint 9 dan 10 dan pihak bomba dan penyelamat melaksanakan kerja-kerja agar tidak menyulitkan masyarakat tempatan. Semoga kediaman kita dan negara yang tercinta ini terus dipelihara Allah SWT dan kita semua terus diperkuatkan iman. – FB Ku Nan




Singapura Puji Presiden Indonesia Isu Jerebu

Singapura Puji Presiden Indonesia Isu Jerebu



SINGAPURA - Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong menyifatkan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono sebagai pemimpin berhemah tinggi kerana kesediaannya memohon maaf kepada rakyat Singapura dan Malaysia berhubung keadaan berjerebu yang wujud sekarang.
   
"Kami menerima permohonan maaf beliau dengan sepenuh hati dan menyambut baik janjinya untuk menangani masalah serius ini, yang menyebabkan rakyat Singapura, Malaysia dan Indonesia menanggung derita."
   
Lee berkata demikian dalam kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri sebagai respons terhadap kenyataan Susilo pada satu sidang akhbar di Jakarta semalam bagi memohon maaf kepada rakyat Singapura dan Malaysia berhubung jerebu yang mereka alami, di samping menyuarakan keazamannya untuk memadamkan kebakaran hutan.
   
Susilo berkata polis Indonesia akan menyiasat punca kebakaran akibat perbuatan manusia itu dan mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya terhadap mereka yang terlibat.
   
"Saya harap Indonesia juga akan mengambil tindakan pantas dan berterusan untuk memadam kebakaran hutan dan menghentikan amalan pembersihan kawasan tanah secara haram," kata Lee.

Beliau juga mengulangi tawaran Singapura untuk membantu Indonesia memadam kebakaran itu.
   
"Singapura sentiasa bersedia untuk bekerjasama rapat dengan Indonesia, Malaysia dan negara lain bagi mengatasi masalah berkaitan jerebu yang melanda rantau ini.
   
"Kita perlu ambil langkah penyelesaian secara kekal untuk mengelak masalah ini daripada berulang setiap tahun," katanya. - Bernama



Video SBY Mohon Maaf Isu Jerebu




Syura Juara Masterchef Selebriti Musim Ke 2




 Syura sah juara MasterChef Selebriti Malaysia Musim ke-2.


Syura menewaskan Celina Khor apabila menu bertemakan 'Sajian Sehangat Bintang' ciptaannya berjaya memikat hati juri Masterchef Selebriti Musim Ke 2.


Syura dan Celina bersaing untuk mencipta menu untuk sembilan orang VVIP kelas pertama dalam sebuah penerbangan MAS.

Dalam cabaran tersebut, masing-masing dikehendaki membuat sejenis pembuka selera, sajian utama dan pencuci mulut.

Kemenangan itu diakui tidak dijangka Syura kerana dirinya bukan peserta pilihan dan tidak yakin dengan gelaran juara itu.

Syura menyumbang RM 60,500 kepada Badan Kebajikan Kanser Payudara Persekutuan.


Sementara Celina menyumbang RM 10,000 kepada Persatuan Kebajikan Haiwan-Haiwan Kurang Dijaga Selangor (Fury Friends Farm).

Video: Penyokong Kelantan Merusuh Kerana Tiket Habis | Kelantan Vs JDT Final Piala FA

Video: Penyokong Kelantan Merusuh Kerana Tiket Habis | Kelantan Vs JDT Final Piala FA


Baru 10 Minit jualan dibuka,,Tiket dah habis,,,Cepatnya,,,Nampaknya penyokong semakin bertambah,..

ikuti laporan sinar Harian

KOTA BHARU - Lebih 2,000 penyokong bola sepak Kelantan, merusuh selepas tiket bagi perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan menentang pasukan Johor Darul Takzim (JDT) yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur habis dijual di kaunter tiket di Stadium Sultan Muhammad V.

Tiket tersebut habis dijual walaupun seawal 10 minit selepas kaunter tiket dibuka pada jam 9 pagi tadi.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, orang ramai mula beratur di hadapan kaunter tiket seawal jam 7 pagi bagi mendapatkan tiket untuk menyaksikan pasukan kesayangan mereka berentap pada Sabtu ini. 

Tindakan terbabit menyebabkan pintu masuk orang kenamaan (VVIP) turut mengalami kerosakan akibat dirempuh sekumpulan penyokong. Sinar Harian


INi Videonya

Menteri Tunjuk Isyarat Lucah Dihadapan Kamera?

Menteri Tunjuk Isyarat Lucah Dihadapan Kamera?




RAKAMAN GAMBAR NAZRI AZIZ SENGAJA TUNJUK ISYARAT TIDAK SOPAN KEPADA JURUGAMBAR 

YANG RAKAM GAMBARNYA DI PARLIMEN, TERSEBAR LUAS DI INTERNET DAN MENJADI 

PERBUALAN UMUM KINI!!!!!!

Apakah ini contoh terbaik yang ditunjukkan oleh seorang yang bergelar menteri kanan dalam kabinet Najib Razak?

Menunjukkan isyarat tidak senonoh kepada jurugambar yang merakamkan gambarnya di parrlimen hari ini sempena persidangan angkat sumpah ahli-ahli parlimen dan melantik Speaker Dewan Rakyat yang baru.

Dia memegang jawatan Menteri Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Sudah pasti isyarat ini bukan molek dan indah untuk tarik pelancung ke negara kita serta jauh sekali bukannya budaya kita.

Tidak tahu nak kata apa lagi... speechless... hanya gambar yang berbicara...

Sumber

Hujan Batu Di Singapura Setelah Jerebu Yang Dasyat SubhanAllah (Video)

Hujan Batu Di Singapura Setelah Jerebu Yang Dasyat SubhanAllah (Video)


hujan batu di singapura ...selepas kejadian jerebu..ini semua kekuasaan allah....usahkan hujan batu...hujan emas pon boleh kalau Allah turunkan.


Fakta sains Hujan Batu 


Hujan air batu merupakan sejenis kerpasan yang terdiri dari ketulan atau bola air batu dengan diameter purata 5 mm–50 mm. Hujan ini cuma boleh terjadi dari awan kumulonimbus
(awan petir). Salah satu proses pembentukannya adalah melalui kondensasi wap air lewat dingin di atmosfera pada lapisan di atas freezing level . Air batu yang terjadi dengan proses ini biasanya berukuran besar. Kerana ukurannya, walaupun telah turun ke aras yang lebih rendah dengan suhu yang lebih hangat tidak semuanya mencair. Hujan air batu tidak hanya terjadi di
negara sub-tropika, tapi boleh juga terjadi di kawasan khatulistiwa . Proses lain yang dapat menyebabkan hujan adalah riming , di mana wap air lewat dingin tertarik ke permukaan benih-benih air batu. Kerana terjadi pengembunan yang mendadak maka terjadilah air batu dengan ukuran yang besar..


PROSES HUJAN BATU MELALUI PERSPEKTIF QUR’AN

Pengenalan
Qur’an menjelaskan banyak fenomena semulajadi yang hanya dapat ditemui atau dijelaskan oleh saintis melalui sains moden sejak 1400 tahun lalu lagi. Proses meteorologi bagi hujan batu turut dinyatakan di dalam Qur’an lama sebelum sains moden mampu menjelaskan bagaimana ia terjadi. Qur’an adalah satu bahan bacaan atau rujukan dalam bahasa Arab yang secara keseluruhannya paling sempurna.Qur’an mengandungi panduan hidup dan moral yang suci kepada umat manusia terutamanya Muslim. Muslim menjadikan Qur’an sebagai bukti utama kenabian Muhammad. Berdasarkan pada buku ‘Meteorology Today by Ahrens hujan air batu adalah kepingan ais, samada lutsinar atau separuh telap yang bersaiz di antara sekecil kacang pea sehingga sebesar bola golf, sebahagiannya berbentuk bulat, sementara ada juga yang berbagai bentuk.
Ayat al-Quran yang menjelaskan pembentukan hujan air batu

(Surah An-Nuur : 43)
Terjemahannya:
Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya. Dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu Ia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan menjauhkannya dari sesiapa yang dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan.
Pembentukan hujan batu
Allah menyatakan di dalam Qur’an, di dalam Surah An-Nuur : 43, bahawa pembentukan awan membawa kepada hujan dan hujan air batu. Kita juga boleh membuat kesimpulan bahawa hujan batu adalah faktor utama di dalam pembentukan kilat.
Hujan batu dihasilkan dalam awan kumulonimbus (rajah 3) yang terkumpul menghasilkan titisan hujan beku yang besar, bertindak sebagai embrio dengan mengumpulkan cecair yang sangat sejuk, yang dipanggil’accretion’. Di dalam awan terdapat pergerakan tekanan angin yang ganas, membawa embrio kecil ke atas paras beku. Apabila embrio melalui banyak kandungan cecair,ia menghasilkan salutan ais dikelilingnya dan menjadi semakin besar.
Selepas ais itu menjadi besar dan terlalu berat untuk ditampung, ia turun sebagai hujan air batu.Apabila ia mula jatuh, hujan batu mungkin terperangkap di dalam tekanan udara yang kuat lalu dibawa semula ke atas melalui pusingan yang sama semula. Di dalam hujan air batu yang besar, haba  yang dilepaskan boleh mencairkan lapisan luar hujan batu. Hujan batu mampu melalui ’wet growth’ ataupun ‘pembesaran basah’ di mana cecair lapisan luar mengumpul hujan batu kecil yang lain.



Live Streaming Kelantan Vs Pahang 25.6.2013 Liga Super


Live Streaming Kelantan Vs Pahang 25.6.2013 Liga Super ASTRO ARENA 801


Live Streaming Kelantan Vs Pahang 25 Jun 2013 Liga Super. Siaran Lansung perlawanan ini akan bertempat  di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada pukul 8.45 malam ini. Anda juga boleh saksikan secara live menerusi astro arena 801 seawal 8 malam. Bagi yang ingin menonton secara live stream, dibawah adalah pautan untuk tonton online.



Live Streaming Kelantan Vs Pahang Liga Super ASTRO ARENA 801


Masa: 8.45 Malam

Kes Bunuh Altantuya Hakim Terkhilaf ?




Hakim Terkhilaf Isu Kes Bunuh Altantuya Shaariibuu

PUTRAJAYA – Hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dalam mensabitkan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) kerana membunuh dengan kejam wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, Mahkamah Rayuan di sini diberitahu hari ini.
Peguam Datuk Hazman Ahmad berkata anak guamnya Azilah Hadri, 34, tidak memiliki atau mengawal bahan letupan C4 yang didakwa digunakan dalam pembunuhan wanita itu.
“Tidak ada bahan letupan C4 yang disimpan di dalam stor Unit Tindakan Khas. Mereka (Azilah dan seorang lagi tertuduh) tidak dilatih mengendalikan bahan letupan dan bom. Bom dikawal ketat di dalam stor polis,” katanya.
Beliau berkata rekod log Azilah menunjukkan beliau hanya dibekalkan sepucuk pistol Glock dan peluru.
Keterangan yang dikemukakan semasa perbicaraan mendedahkan bahawa Altantuya ditembak dan mayatnya diletupkan dengan bahan letupan di kawasan hutan yang dibersihkan pada malam 19 Okt, 2006.
Hazman berhujah terdapat ketidaktekalan dalam keterangan saksi pendakwaan berhubung maklumat yang dikatakan diberi oleh Azilah yang membawa kepada penemuan lokasi kejadian.
Beliau berkata Azilah tidak pernah mendedahkan lokasi Puncak Alam tempat Altantuya ditembak dan diletupkan, dan menambah terdapat salah laksana keadilan terhadap Azilah memandangkan polis terlebih dahulu memperoleh maklumat mengenai lokasi kejadian.
“Terdapat percanggahan serius dalam keterangan saksi pendakwaan dengan apa yang Azilah perkatakan,” kata Hazman, yang berhujah dalam rayuan Azilah dan Sirul Azhar Umar, 39, terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 mensabit dan menjatuhi hukuman mati ke atas mereka kerana membunuh Altantuya, 28.
Mereka melakukan kesalahan itu di Mukim Bukit Raja di Klang dekat sini antara 10 malam 19 Okt, 2006 dan 1 pagi 20 Okt, 2006.
Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, 50, yang dituduh bersubahat dengan mereka, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Okt, 2008 tanpa dipanggil membela diri selepas pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie terhadapnya.
Hazman berkata hakim perbicaraan terkhilaf dalam undang-undang dan fakta ketika menerima sebagai keterangan maklumat yang diberi Azilah mengikut Seksyen 27 Akta Keterangan dan menggesa Mahkamah Rayuan supaya tidak menerima maklumat itu.
Hazman berkata Azilah memberi keterangan bersumpah dan disoal balas bertalu-talu oleh pendakwaan namun hakim menolak pembelaan alibi anak guamnya itu sebagai penafian semata-mata.
Sementara itu, peguam Kamarul Hisham Kamaruddin yang mewakili Sirul Azhar berkata kegagalan pendakwaan memanggil DSP Musa Safri untuk memberi keterangan menjadikan perbicaraan kes itu sebagai perbicaraan silap.
Beliau berkata hanya Musa yang dapat mengesahkan kebenaran afidavit yang difailkan oleh Abdul Razak yang diterima Mahkamah Tinggi, dan kemudian membebaskannya (Abdul Razak).
“Terdapat bahagian dalam afidavit itu yang memudaratkan tertuduh dan pembelaan dinafikan satu-satunya cara untuk mencabar afidavit itu,” katanya.
Beliau berkata pendakwaan tidak merayu terhadap pembebasan Abdul Razak.
Kamarul Hisham berkata rekod telefon Abdul Razak menunjukkan lebih 30 teks mesej yang dihantar penganalisis politik itu kepada Musa antara 7 dan 19 Okt, 2006, dengan 12 daripadanya direkodnya pada 19 Okt, 2006, malam Altantuya dibunuh.
Beliau juga berhujah di hadapan panel tiga anggota diketuai Hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali bahawa penghakiman Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Mohd Zaki Md Yassin tidak menyatakan motif pembunuhan itu.
Dua lagi hakim ialah Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat.
Kamarul Hisham turut berhujah Sirul Azhar terdedah kepada ‘publisiti buruk’ semasa perbicaraan sungguhpun tiga akuan berkanun dan salinan kenyataan beramaran dipercayai diberi oleh Sirul Azhar yang dimuat naik dalam laman web internet, menjadikannya satu perbicaraan silap.
Bagaimanapun, Apandi menempelak, dan bertanya di manakah dalam penghakiman itu hakim membayangkan bahawa beliau telah dipengaruhi.
Beliau berkata tidak mungkin bagi hakim secara umumnya akan terpengaruh dengan laporan media memandangkan mereka tidak ada masa untuk melayari laman web berikutan beban tugas mereka.
“Sekiranya penghujahan ini dibenarkan, maka semua perbicaraan jenayah, akan menjadi perbicaraan silap,” kata Apandi, dan menambah hakim bertindak berdasarkan fakta dan keterangan yang dikemukakan dalam perbicaraan.
Pendakwaan yang diketuai Peguam Cara Negara II Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah akan berhujah esok. – Bernama
altantuya-shaariibuu-mangolia
Sinar Harian