Respon DR AZIZAN OSMAN Isu Menipu Dan Scam

Respon DR AZIZAN OSMAN Isu Menipu Dan Scam

Respon DR AZIZAN OSMAN Isu Menipu Dan Scam


Sejak kebelakangan ini ramai yang menyoalkan berkenaan isu penipuan seorang pakar motivasi keusahawan Dr Azizan Osman yang dikatakan menipu peserta yang mengikuti program belliau Dan ramai yang telah menyangka bahawa sebelumnya mereka menganggap bahawa dr Azizan Osman bermotivasi dengan untuk menaikkan bangsa kita sendiri tapi rupanya sebenarnya menjatuhkan bangsa sendiri..betulkan sehingga sedemikian rupa?


Berikut adalah Respon daripada Dr Azizan Osman

Saya kantoi menipu?

by AZIZAN OSMAN

Asalnya saya tidak bercadang untuk komen kerana Puan Hajah Yasmin, CEO Richworks telah bersuara mengenai isu ini sebelum ini. Tetapi di atas permintaan ramai inbox saya terima dari anak murid saya, saya kongsikan di sini perasaan saya.
Saya rasa sedih pun ada, rasa kecewa pun ada, rasa marah pun ada. Itulah yang saya rasa beberapahari ini bila ada pihak tidak bertanggungjawab yang membuat viral provokasi kononnya [Dr Azizan kantoi menipu] di laman media sosial beberapa hari ini. Jujurnya saya agak terperanjat bila diberitahu ada lagi percubaan orang yang cuba fitnah dan memburukkan nama saya sedangkan saya baru sahaja selesai mengadakan sesi perkongsian ilmu bagaimana membina hidup berjaya dunia akhirat dengan kembali kepada sunnah berniaga selama 3-hari di satu program bernama Intensif Jutawan Industri bersama lebih 4,300 orang, tak ada pula saya dapat komen saya menipu di dalam program yang saya ada di hadapan mereka?
Rupa-rupanya ia satu isu basi yang cuba di “spin” kan untuk menarik orang ke laman web mereka. Isu cik peserta ini sebenarnya adalah satu salah faham yang telah pihak CEO baru Richworks iaitu Hjh Yasmin telah selesaikan sebelum ini cuma kesilapan kami ialah tidak meminta cik peserta tersebut menurunkan posting tersebut tetapi beliau telah menjelaskan di FB beliau yang ianya telah selesai dengan baik di kedua-dua pihak. Saya kecewa bukanlah kerana nama saya di promosikan begitu rupa, tetapi saya kecewa dengan sikap segelintir masyarakat saya yang mempunyai daya pemikiran yang sangat cetek. Saya mungkin dituduh menipu oleh 1 atau 2 orang dan boleh sembunyi daripada apatah lagi 4,000 lebih peserta yang hadir live bersama saya siang malam? Saya memperjuangkan agar bangsa saya bangkit membina kekuatan ekonomi dan kembali menguasai perniagaan serta membina tahap kewangan yang membuatkan kita mampu berzakat dan bersedekah dengan banyak. Salahkah saya? Jika anda tidak suka saya, sesi seminar saya bukan untuk anda tetapi buat mereka yang mahu memperbaiki tahap hidup mereka. Kita bangsa yang banyak hutang, banyak masalah moral, banyak persengketaan politik serta langsung tidak ada kekuatan ekonomi. Bila lagi kita mahu bangkit??
Nasihat saya kepada mereka, bertaubatlah jika anda muslim. Setiap perkara baik yang kita lakukan, malaikat catit dan pasti Allah swt balas, begitulah sebaliknya. Hidup ini tidak lama dan kita perlu menempuh kematian, alam barzah dan pertimbangan serta keadilan di Mahsyar nanti. Saya doakan hidayah buat mereka ini dan mereka yang terlibat menyebarkannya. Kesian sebenarnya kan? #DrAzizanOsman

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mcm ni ulasan & penulisan pakar motivasi jutawan? mcm mana boleh dpt phd pn tak tau. sendiri boleh fikir ler

Tanpa Nama berkata...

Dr Azizan tlh membuktikan dgn menjual air liur shj dia blh mnjadi jutawan..

Tanpa Nama berkata...

Modal dia jual air liur,jual angan2 dan impian,pakai dr palsu...tapi dia memang pakar putar belit...jual seminar..dlm freen ada pancingan memang genius...manipulasi keiginan oran yg nak kaya...

Tanpa Nama berkata...

sy pernah pergi seminar dia, mula2 byr rm 50, untuk lebih mendalam untk kejayaan, perlu hadir ke seminar rm 1300 dan seminar seterus nye smpai kita dah tk mampu ke perungkat seterusnya...bila kita da tk da duit nk ikut seminar seterusnya..dia akan email jemputan jd krew dia secara sukarela...hebatkan..lepas sedut duit kita..suh kita jd balaci dia tnpa gaji..klu betul2 nk bangunkan org melayu..bantu kita dari segi peluang perniagaan yg terbuka dan bg jalan mudah untuk kita berurusan tentang modal pinjaman..dan pantau hingga boleh berdikari..itu cara org nk membantu..bukan dgn kenakan cas seminar yg bermula dari percuma hingga puluhan ribu ringgit..itulah hakikatnya..

Tanpa Nama berkata...

Semua benda nak kena suap..lagi satu seminar dear ribu2 kalau takde duit jangan la pegi.. Jangan cetek sangat pemikiran boleh? Jangan semua bnda nak kena suap boleh..nanti dah suap...berak plak bak mntak orang basuh kan hmmm.. Usaha lah dan doa..mesti Allah bukak kan jalan..

Tanpa Nama berkata...

betul cakap Dr Azizan,bangsa melayu adalah bangsa yg banyak hutang,masalah moral, dahlah masalah hutang n masalah moral,dgn allah pun dia masalah(bagi muslim).bila dah ada orang sudi kongsi ilmu,cakap menipu plak.mmglah kena byr,tu cara dia cari rezeki.maaflah ye.saya mmg tak penah g motivasi Dr Azizan ni tapi saya mengaku,saya sendiri pun bnyak hutang..kite ni biar bodoh,jgn sombong.kalu dah bodoh,sombong plak tu,tu yg susah..lepas tu x penah nak cermin diri tu,slalu arahkan cermin tu kat org lain.tu lah yg di nama kan MELAYU.nak bangun tp nak org support.nak org bg pinjam duit smpai blh berdikari.kat situ nmpak sgt melayu suka berhutang..Dr ni mengajar supaya cari duit tanpa berhutang.berubahlah org melayu.ingt..rezeki tu allah bagi.itu sebab org penah cakap,kalu kite g belajar,bayar mahal2,kalu allah x izinkan kite berjaya,x menjadi juga.so,ingt kata Dr Azizan tu,Masalah Dengan tuhan..cermin diri tu.orang melayu ni,bila bangsa sejenis berjaya,ramai yg nak jatuhkan tp bila bangsa lain berjaya,dipuji-pujinye.tulah org melayu

Unknown berkata...

jawapan tkde related langsung dgn isu dier dapat PHD..sekadar jawapan untuk selamat diri

M NazriBlog berkata...

Nak berjaya dlm bisnes....utama skli JUJUR. INTEGRITI...mo tipu ...tipu...bila trust tarak...sorry la no...

M NazriBlog berkata...

Nak berjaya dlm bisnes....utama skli JUJUR. INTEGRITI...mo tipu ...tipu...bila trust tarak...sorry la no...

Tanpa Nama berkata...

Tahniah kerana lahirkan ribuan jutawan melayu.tapi dlm list millionaire xde sekor pun bangsa melayu.yg sedekah pada Azizan untk dgr seminar memang ramai..kah..kah..kah.

Unknown berkata...

Doc, isu here, abt you calling yourself a phd holder. Not what u do or what community facing ..are u a doctorate ?? Yes or no ? Did UM give you PHD? Yes or no.. Don't spin the issue like some leaders in Msia ..

Unknown berkata...

Menangis konon si gemok ni....pegi kau menangis di sana mengapa menangis di sini...

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink