Pages

Awas! Minuman Tin Jolly Shandy Keluaran Carlsberg ?

Awas! Minuman Tin Jolly Shandy Keluaran Carlsberg ? 

Tentang penjualan air tin Jolly Shandy yang mungkin boleh mengelirukan orang Islam di Malaysia. Sekarang ini ianya dijual dalam bentuk hampir sama dengan tin minuman biasa seperti F&N, Coca Cola dan lain-lain. Di 7E pun dah ada dijual sekarang. Ianya arak, bukan minuman biasa.
Fakta ringkas tentang Jolly Shandy:
  • Jolly Shandy ialah air minuman tin beralkohol rendah (arak) yang dikeluarkan oleh Syarikat Carlsberg sejak tahun 2007 lagi.
  • Menariknya, walaupun syarikat ini berpangkalan di Eropah, minuman Jolly Shandy ini dicipta khas dan dikeluarkan dikilangnya yang terletak di Shah Alam, Malaysia.
  • Minuman ini turut di eksport ke negara-negara Asia yang lain.
  • Kandungan alkohol dalam Jolly Shandy adalah pada kadar 1% dan mempunyai beberapa perisa antaranya Lemon, Orange, Lychee, Apple dan Pineapple.
  • Ingredients: Water, sugar, beer, citric acid, flavouring, colour, carbon dioxide, ascorbic acid, vitamin C and stabilizer.
  • Minuman ini baru-baru ini dilancarkan semula dengan rasa yang dipertingkat dan dalam packaging yang baru bersaiz air tin biasa 320 ml.
jolly shandy arak
Apa yang membimbangkan kita semua umat Islam ialah kemungkinan ia dipasarkan secara terbuka dan meluas sehinggakan ada nanti umat Islam yang terbeli minuman tersebut. Tambahan pula perkataan “Contains alcohol” hanya di tulis kecil sahaja di belakang tin tersebut.
Mungkin pada kadar 1% alkohol, ia tidak akan memabukkan. Namun bagi kita umat Islam, adalah haram hukumnya meminum arak walaupun hanya setitik sahaja tetaplah haram.

Gambar Bas Rombongan Pengantin Lelaki Terbalik Di Jerteh

Gambar Bas Rombongan Pengantin Lelaki Terbalik Di Jerteh

Gambar Bas Rombongan Pengantin Lelaki Terbalik Di Jerteh


JERTEH: Rombongan 27 orang termasuk pengantin lelaki yang dalam perjalanan ke rumah pengantin perempuan di Kota Baharu, Kelantan, berdepan detik menakutkan apabila bas sewa khas yang dinaiki terbabas dan terbalik di Km 104, Jalan Kuala Terengganu-Kota Baharu awal pagi Sabtu.

Dalam kejadian 6.30 pagi itu, semua anggota rombongan dari Johor Bahru, Johor terbabit hanya mengalami cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Besut.

Jurucakap polis Besut yang dihubungi Bernama mengesahkan kejadian dan berkata siasatan awal mendapati nahas berlaku apabila bas itu cuba mengelak sebuah kereta yang hilang kawalan dan memasuki laluannya.

Akibat itu bas terbabit terbabas ke bahu kiri jalan dan terbalik, katanya.

Sementara itu saksi kejadian, Badli Wahab, 33, berkata kejadian berlaku kira-kira 15 meter dari rumahnya di Kampung Gerai.


Bas terbalik

Saya terdengar bunyi dentuman yang kuat dan apabila menjengah keluar saya nampak sebuah bas terbalik dengan sebahagian badannya berada di dalam longkang yang dipenuhi air hujan, katanya kepada pemberita.

Menurutnya dia kemudian bergegas menyelamatkan mangsa. - BERNAMA

Sultan Jamalul Kiram III Meninggal Dunia

Sultan Jamalul Kiram III Meninggal Dunia





Sultan Jamalul Kiram III Meninggal Dunia

MANILA: Sultan Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya Sultan Sulu meninggal dunia di Pusat Jantung Filipina pada jam 4.42 pagi tadi (waktu tempatan) selepas menghadapi masalah kegagalan pelbagai organnya berfungsi.

Anak perempuannya, Puteri Jacel Kiram berkata, kehilangan bapanya bukan satu perkara yang sukar untuk diterima keluarga kerana kesemua ahli keluarga Kiram sudah ditanamkan dalam diri bahawa apa yang berlaku adalah kehendak Allah.


Beliau berusia 75 tahun.
Anak perempuannya, Puteri Jacel Kiram berkata di Facebook: “My Appah, Sultan Jamalul Kiram III, has returned to our Creator at around 4 in the morning October 20, 2013. Thank you for your prayers and support.”(Bapa saya, Sultan Jamalul Kiram III, telah kembali kepada Pencipta pada kira-kira pukul 4 pagi, 20 Oktober 2013. Terima kasih atas doa dan sokongan anda)
Melalui temuramah di radio tempatan, inquirer.net melaporkan bahawa Jacel berkata bapanya meninggal dunia akibat kegagalan fungsi buah pinggang.

Dilaporkan bahawa Jamalul Kiram III telah dimasukkan ke Pusat Jantung Filipina pada Khamis.
Beliau meninggalkan sembilan anak – tiga bersama bekas isterinya Fatima Celia Kiram dan enam bersama isterinya, Carolyn Tulawie.
Jacel melalui temuramah radio berkata, “Apa yang telah bapa saya telah mulakan, telah ditinggalkan kepada kami untuk disambung…Kami tidak patut menghentikannya. Dia seorang yang baik dan tidak ternilai. Apa yang dia mahukan adalah, pada suatu masa diizinkan Allah bagi menuntut Sabah untuk Filipina…Kamilah orang-orang yang akan menyambungnya.”
Pada bulan Februari lalu, kira-kira 200 pengikut Jamalul Kiram II menduduki Kampung Tanduo di Lahad Datu dan berperang dengan pasukan keselamatan Malaysia dalam pencerobohan selama berminggu-minggu lamanya.
Untuk rekod, sejak para militan Sulu ini mendarat di Sabah pada 9 Februari lalu, dalam usaha dan kepercayaan mereka untuk menuntut Sabah dari tangan Malaysia bagi pihak Jamalul Kiram III, secara kekerasan, pihak keselamatan Malaysia telah membunuh 62 orang daripada mereka.
Manakala pasukan keselamatan Malaysia kehilangan 10 anggota – lapan anggota polis dan dua tentera.
Gerakan untuk merampas semula Sabah dari Malaysia secara perang gerila ini diketuai oleh adik kepada Jamalul Kiram III, Azzimudie Kiram. – mStar
(KEMASKINI) Sultan Jamalul Kiram III Meninggal Duniahttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/10/Sultan-Sulu-Sultan-Jamalul-Kiram.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/10/Sultan-Sulu-Sultan-Jamalul-Kiram-150x150.jpgMyNewsHubUtama,
S

Respon Mufti Selangor pada kalimah Allah di baju Mat Yo

Respon Mufti Selangor pada kalimah Allah di baju Mat Yo

Respon Mufti Selangor pada kalimah Allah di baju Mat Yo


SHAH ALAM: Tindakan pemain bola sepak kebangsaan, NorShahrul Idlan Talha yang memakai baju yang tertera tulisan 'Allah always with me' tidak menyalahi hukum syarak, kata Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid.

Norshahrul atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Yo, selepas menjaringkan gol penyamaan ketika menentang Bahrain bertindak menyelak jersinya dan menayangkan baju dalamnya yang tertulis perkataan itu.

Malaysia bertemu Bahrain pada aksi Kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Shah Alam, pada Selasa.

"Secara peribadi pada saya tidak menjadi satu kesalahan kerana yang penting ia dalam tulisan rumi. Namun sekiranya ia dalam tulisan jawi, ia dkhuatiri apabila masuk ke dalam tandas dan mencemarkan lafaz itu di dalam tandas.

"Itu yang dipertikaikan. Tetapi jika 'Allah' ditulis dalam tulisan Jawi, masuk tandas dan duduk cangkung buang air besar dan kecil, ia mencemarkan tulisan. Jika tulisan rumi, masih khilaf dan tak menjadi kesalahan. Bila mahu (ke tandas) kena buka dan tanggallah," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Jelasnya, jika tulisan berkenaan ditulis dalam bentuk Jawi, ia kemungkinan akan mencemarkan kesucian lafaz kalimah Allah tersebut.

Pendapat sedemikian turut dikongsi oleh Presiden Ikatan Musimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Abdul Rahman yang merasakan tiada masalah dari segi hukum agama.

"Tak apa, okay dan tiada masalah. Maknanya tiada apa-apa halangan dari segi hukum.

"Dalam konteks itu jika dia tiada niat apa-apa untuk menghina dan sebagai satu tulisan pada baju sahaja, ia tiada masalah dalam hal hukum," demikian menurut beliau.

Sebuah blog KLIK SINI sebelum ini cuba mencetus kontroversi apabila menyalahkan Mat Yo dengan menyifatkan tindakan itu sebagai biadap.

Penulis blog negarapakatanrakyat.blogspot.com itu turut mengaitkan tindakan pemain kelab bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) itu dengan isu kalimah Allah yang hangat diperkatakan kini.

Menurutnya ia seperti mempersendakan penganut agama Kristian dan mahu Mat Yo disingkirkan dari pasukan bola sepak negara.

Diana Amir Kahwin Jumaat Depan , Hantaran Cukuplah Senaskhah Al Quran

Diana Amir Kahwin Jumaat Depan , Hantaran Cukuplah Senaskhah Al Quran


Diana Amir Kahwin Jumaat Depan , Hantaran Cukuplah Senaskhah Al Quran

PELAKON cantik, Diana Amir mengumumkan perkahwinannya bersama Mohd Habibbullah A Rahman yang juga seorang pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kedah bakal berlangsung, Jumaat depan.

Diana berkata, perancangan untuk majlis tersebut dilakukan secara sederhana dan hanya mengambil masa sebulan sahaja.

“Saya menjemput seramai 250 orang dalam majlis perkahwinan kami.... dalam keadaan yang cukup sederhana.

“Saya juga tidak mahu meminta lebih kepada bakal suami contohnya, hantaran beg, kasut mahal dan sebagainya. Cukup senaskhah al-Quran dan cincin pernikahan kami,” katanya pada sidang media pengumuman tarikh perkahwinannya, hari ini.

Diana dan Mohd Habib akan melangsungkan pernikahan pada 25 Oktober di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, pada jam 9 malam.

Ia disusuli denga persandingan di sebelah perempuan dan menyambut menantu pula dijangka akan diadakan pada tahun ini.

Wanita tuntut RM21 billion daripada Kerajaan Malaysia Buat7 Report

Wanita tuntut RM21 billion daripada Kerajaan Malaysia Buat7 Report



Wanita tuntut RM21 billion daripada Kerajaan Malaysia Buat7 Report

Wanita Bernama Khamsiah binti Mohammed Noor menuntut RM21 billion daripada Kerajaan Malaysia kononnya, sebelum kelahiran beliau, Allah SWT telah tulis bahawa beliau layak mendapat duit sebanyak RM21 billion. Macam-macam cara gila rupanya di Malaysia ni ye?


Apa pandangan Anda Mengenai Wanita Ini...Pelik.?

Oleh kerana tiada siapa yang hendak dihalanya tuntutan, maka kerajaan Malaysia jadi sasaran untuk lunaskan 'takdirnya'...tak dapat nak bayangkan pegawai polis yang mengambil laporan ini...mau berguling-guling tergolek menahan kelucuan

Toyota Vios Terbakar Jalan Tun Razak Punca Kesesakan Lalulintas

Toyota Vios Terbakar Jalan Tun Razak Punca Kesesakan Lalulintas


Toyota Vios Terbakar Jalan Tun Razak Punca Kesesakan Lalulintas


Sebuah kereta yang terbabas sebelum terbakar berdekatan sebuah hotel di Jalan Tun Razak menghala ke pusat bandar di Kuala Lumpur, pagi ini menyebabkan kesesakan teruk kira-kira lima kilometer.

Kejadian kira-kira 7 pagi mengakibatkan beberapa laluan termasuk dari Setapak, Ampang dan Jalan Tun Razak sesak ketika ramai pemandu menuju ke tempat kerja masing-masing.

Penolong Pengarah Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail yang dihubungi Bernama berkata bomba menerima panggilan dari orang awam pada 7.14 pagi sebelum menghantar dua jentera dari Balai Bomba Keramat dan Titiwangsa bersama 10 anggota ke tempat kejadian.

"Kami (bomba) difahamkan pemandu kereta Toyata Vios itu melanggar penghadang jalan sebelum terbakar. Bagaimanapun, ketika kami tiba, pemandu itu tiada di lokasi kejadian.

"Mungkin mangsa sudah dibawa ke hospital," katanya.

Pihak bomba mengambil masa 20 minit untuk memadamkan kebakaran itu.

- Bernama

Cara Periksa Samsung Anda Original Atau Clone

Cara Periksa Samsung Anda Original Atau Clone

Cara Periksa Samsung Anda Original Atau Clone

Bagi memastikan anda tidak tertipu dengan tawaran harga model samsung terbaru yang sangat murah berlipat kali ganda,,dan bagi mengelakkan anda terbeli model samsung clone sedangkan anda membuat bayaran pada harga samsung original. ada satu cara untuk memeriksa ketulenan Samsung anda


So, camna nak check keORIan phone SAMSUNg anda ?

1) Dail no *#0*#
2) Click button sensor
3) Click button image test

Kalo anda nampak gambar anjing maknanya handphone anda original by SAMSUNG...


Gambau hanjingnya :


katanya :

original = anjing
Taiwan 2nd class = gambar hp
Cina low class = lain2 gambar

Kemalangan Ngeri Drifter Arab

Kemalangan Ngeri Drifter Arab

Kemalangan Ngeri Drifter Arab

Satu video kemalangan ngeri ketika melakukan aksi drift di jalan lurus,,ternyata aksi tersebut amat merbahaya dan berisiko tinggi kepada pemandu lain dan orang ramai disekitarnya

Dikhabarkan kemalangan yang berlaku pada sekitar June 2012 telah mengorbankan empat orang penumpang yang berada di dalam kenderaan berkenaan. Pada awalnya, ia sekadar menunjukkan kereta jenis Toyota Camry berpusing melawan arah jalan lalu terbalik.

Namun tak sangka pula ia telah menyebabkan penumpang di dalamnya tercampak keluar malah ada yang terhumban tinggi kehingga 10 kaki!



TELADAN - Anak Di IPT Makan Mc Donalds, Ibu Di Kampung Makan Ikan Masin

TELADAN - Anak Di IPT Makan Mc Donalds, Ibu Di Kampung Makan Ikan Masin

TELADAN - Anak Di IPT Makan Mc Donalds, Ibu Di Kampung Makan Ikan Masin

Melalui maklumat yang diberi, Alfarouq pada ketika itu duduk membelakangi gadis tersebut dan belakang kepala mereka agak rapat sehingga dapat mendengar jelas perbualan itu.



Dikatakan juga, dia kemungkinannya menggunakan ‘loudspeaker’ kerana suasana yang agak bising dan tidak menyangka perbualan itu dapat didengari oleh pemilik akaun itu.

Tujuan penulis berkongsi status ini ialah untuk memberitahu bahawa perkara seumpama ini bukanlah sesuatu yang jarang berlaku di kalangan pelajar.

Kita sendiri sudah terbiasa membaca kisah bagaimana anak-anak sanggup menipu ibu-bapa demi keseronokan diri.

Akibatnya, pelajaran pun entah ke mana apabila keberkatan itu sudah ditarik oleh-Nya kerana perbuatan buruk kita terhadap ibu-bapa.

Semoga apa yang disampaikan oleh saudara Alfarouq ini dapat dijadikan iktibar buat semua hendaknya.



3 Peristiwa Sempena Aidiladha Yang Menggemparkan (Gambar Dan Video)

3 Peristiwa Sempena Aidiladha Yang Menggemparkan




3 Peristiwa Sempena Aidiladha Yang Menggemparkan

Mungkin belum terlambat untuk saya ucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan di mana saja kat bumi ini.

Hari ini nak kongsi dengan korang mengenai 3 peristiwa menggemparkan yang berlaku sepanjang sambutan Aidiladha bukan saja di Malaysia malah di seluruh dunia



1. Bom cemari sambutan Aidiladha di Timur Tengah

Berpuluh-puluh orang maut selepas beberapa serangan bom melanda Iraq, Afghanistan dan Syria, yang menjejaskan sambutan Aidiladha semalam. Di Kirkuk, utara Iraq, sebutir bom meletup di kawasan sesak dengan penduduk, yang baru selesai menunaikan solat Aidiladha di sebuah masjid menyebabkan 12 terbunuh manakala 26 lagi cedera. (link)










2. Lembu korban terkorban selepas terjun parit
Kemeriahan orang ramai melaksanakan majlis korban sempena Aidiladha di Jalan Matang-Laruh Skim, Kuching, gempar seketika apabila seekor lembu yang hendak disembelih tiba-tiba mengamuk sebelum melarikan diri di sini semalam. Malah, dalam kejadian pukul 12 tengah hari itu, lembu tersebut yang terlepas daripada ikatan juga bertindak agresif apabila mengejar beberapa penduduk yang berada di situ. Lebih malang lagi, dalam situasi kelam-kabut itu lembu berkenaan kemudian terjatuh ke dalam parit sedalam lima meter sebelum menemui ajal di situ. (link)



3. Lembu melarikan diri ke lebuh raya dan menyebabkan kesesakan lalu lintas

Pengguna yang melalui Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) berhampiran Masjid Batu 12, Puchong di sini gempar apabila seekor lembu jantan untuk korban sempena Aidiladha terlepas dari tempat penyembelihan hingga menghalang lalu lintas, semalam. Kejadian berlaku jam 10.30 pagi apabila haiwan seberat 300 kilogram itu dikatakan tiba-tiba ‘naik minyak’ ketika orang kampung berusaha menumbangkannya sewaktu hendak disembelih menyebabkan tali yang diikat pada pokok putus sebelum ia melarikan diri dua kilometer. Menurut sumber, dua unit peronda polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang dikejarkan ke tempat kejadian dan mengambil masa setengah jam menangkap haiwan itu. (link)


Mungkin anda ada pengalaman yang mahu dikongsi semasa sambutan Aidiladha baru-baru ini. Sila lah kongsi atau bagi pendapat kat ruangan komen. 











Kredit =http://www.edisiblogger.com

10 Orang Muslim Terkaya Didunia

10 Orang Muslim Terkaya Didunia

10 Orang Muslim Terkaya Didunia




10. Mohammed Hussein Ali Al Amoudi

Country of Citizenship: Saudi Arabia/Ethiopia

Religious Sect: Sunni

Ethnicity: Black
Net Worth: $13.5 billion
Industry: Oil, construction, mining, agriculture, hotels, hospitals, finance
Source: Corral Petroleum Holdings, MIDROC
Significance: Ethiopia's richest man, monopolistic control of nation's most profitable businesses




9. Sabah IV Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah

Country of Citizenship: Kuwait

Religious Sect: Sunni

Ethnicity: Arab
Official Capacity: Emir of Kuwait
Duration in Power: 7 years
Low Estimate: $0.4 billion
High Estimate: $14 billion
Industry: Politics, resource extraction
Source: Kuwait natural resources
Significance: Political control over the world's no.4 oil exporter




8. Aliko Dangote

Country of Citizenship: Nigeria

Religious Sect: Sunni

Ethnicity: Black
Net Worth: $16.1 billion
Industry: Sugar, cement, flour, salt, steel, oil & gas
Source: Dangote Group
Significance: Africa's richest man, monopolistic control of essential materials in Nigeria, the continent's most populous nation




7. Alisher Usmanov

Country of Citizenship: Russia

Religious Sect: Non-practising (in progress of conversion to Judaism)

Ethnicity: Jewish
Net Worth: $17.6 billion
Industry: Mining, lumbering, investments
Source: Metalloinvest
Significance: Russia's richest citizen, U.K. richest resident




6. Abdul Taib bin Mahmud

Country of Citizenship: Malaysia

Religious Sect: Sunni

Ethnicity: Melanau
Official Capacity: Chief Minister of Sarawak
Duration in Power: 32 years
Low Estimate: $15 billion
High Estimate: $21 billion
Industry: Politics, resource extraction
Source: Sarawak natural resources
Significance: Long-term head of Malaysia's biggest and most resourceful state




5. Prince Alwaleed Bin Talal Alsaud

Country of Citizenship: Saudi Arabia

Religious Sect: Sunni

Ethnicity: Arab
Official Capacity: Prince of Saudi Arabia
Low Estimate: $20 billion
Self-declared Net Worth: $29 billion
Industry: Politics, investments
Source: Kingdom Holdings
Significance: Nephew of Saudi King Abdullah, Middle East's most successful investor




4. Sultan Hassanal Bolkiah

Country of Citizenship: Brunei

Religious Sect: Sunni

Ethnicity: Malay
Official Capacity: Sultan of Brunei
Duration in Power: 46 years
Low Estimate: $20 billion
High Estimate: $38 billion
Industry: Politics, resource extraction
Source: Brunei natural resources
Significance: Political control over Southeast Asia's no.3 oil producer




3. Mohammed bin Rashid Al Maktoum

Country of Citizenship: United Arab Emirates

Religious Sect: Sunni

Ethnicity: Arab
Official Capacity: Prime Minister of UAE, Emir of Dubai
Duration in Power: 7 years
Low Estimate: $5 billion
High Estimate: $40 billion
Industry: Politics, resource extraction, investments
Source: Dubai natural resources and commercial assets
Significance: Political control over Middle East most expensive city




2. Khalifa bin Zayed bin Sultan Al Nahyan

Country of Citizenship: United Arab Emirates

Religious Sect: Sunni

Ethnicity: Arab
Official Capacity: President of UAE, Emir of Abu Dhabi
Duration in Power: 8 years
Low Estimate: $15 billion
High Estimate: $47 billion
Industry: Politics, resource extraction
Source: Abu Dhabi natural resources
Significance: Political control over the world's no.3 oil exporter




1. King Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud

Country of Citizenship: Saudi Arabia

Religious Sect: Sunni

Ethnicity: Arab
Official Capacity: King of Saudi Arabia
Duration in Power: 8 years
Low Estimate: $18 billion
High Estimate: $63 billion
Industry: Politics, resource extraction
Source: Saudi natural resources
Significance: Political control over the world's no.1 oil exporter

Diana Amir Umumkan Tarikh Perkahwinan Esok

Diana Amir Umumkan Tarikh Perkahwinan Esok


Diana Amir Umumkan Tarikh Perkahwinan Esok


PELAKON Diana Amir mengesahkan akan berkahwin dengan tunangnya iaitu seorang petugas di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Merbok, Kedah iaitu Mohd Habibbullah A Rahman pada Oktober ini.

Pemilik nama sebenar Nurdiyana Amir Hashim, 27, ini berkata, pihak pengurusannya iaitu Metrowealth Sdn Bhd (MIG) akan mengadakan satu sidang media khas di pejabat syarikat berkenaan bagi memaklumkan mengenai perkara itu pada petang Jumaat ini.

“Pihak pengurusan saya akan mengadakan satu sidang media untuk majlis perkahwinan tersebut pada Jumaat ini dan semua keterangan tentang majlis akan diberitahu ketika sidang media itu nanti,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Rabu.

Diana dan Mohd Habibbullah mengikat tali pertunangan pada September tahun lalu dalam satu majlis tertutup di rumah keluarga pelakon itu.

Dalam perkembangan lain, Diana mengakui kini agak kurang mengambil tawaran berlakon kerana watak yang tidak sesuai dengan imej bertudung.

“Sekarang tiada watak yang sesuai dengan imej yang bertudung, jika ada sekalipun ada babak yang perlu buka tudung yang mana memang saya tidak mahu berbuat demikian.

“Insyaallah kalau ada skrip yang betul-betul sesuai dan tidak perlukan saya buka tudung saya akan terima,” katanya.

Tambahnya, dia yang kini mengendalikan program bual bicara SIS di TV9 mengakui lebih selesa dengan bidang pengacaraan berbanding lakonan.

Dalam perkembangan lain, Diana juga sibuk menguruskan perniagaan pakaian miliknya iaitu Diana Amir Exclusive selain melakukan kerjasama dengan pereka fesyen terkenal, Melindai Looi. – mStar

Sultan Kelantan Menyempurnakan Penyembelihan Qurban Dengan Tangannya Sendiri

Sultan Kelantan Menyempurnakan Penyembelihan Qurban Dengan Tangannya Sendiri


Sultan Kelantan Menyempurnakan Penyembelihan Qurban Dengan Tangannya Sendiri


KOTA BHARU , 17 Oktober - Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dan Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fa-Iz Petra berkenan berangkat ke majlis korban anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) diKompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji di sini hari ini.

Pada majlis itu, Sultan Muhammad V berkenan menyembelih dua ekor daripada 60ekor lembu yang disediakan pada majlis itu. 

Baginda turut menyumbangkan dua ekor lembu untuk ibadah korban itu sempenaAidiladha yang disambut umat Islam semalam. 

Turut berkenan menyumbangkan lembu korban pada majlis itu ialah Tengku Mahkota Kelantan yang juga Yang Dipertua Maik, Pertubuhan Kerabat DirajaKelantan Al-Muhammadi, jabatan dan agensi kerajaan, syarikat swasta dan orangperseorangan.

Setiausaha Maik, Che Hamat Che Muda berkata daging korban itu akan diagih kepada 1,500 penerima termasuk fakir miskin.Turut hadir Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad dan ketua jabatanpersekutuan serta negeri. - Bernama

p/s kagum aku dengan sultan nih...

Lembu Bangun Selepas Disembelih

Lembu Bangun Selepas Disembelih


 Lembu Bangun Selepas Disembelih



Kejadian semalam di Keramat AU. Lembu pertama (untuk aqiqah) tidak putus sempurna uratnya dan menyebabkan keadaan sedikit huru hara
Lembu berkenaan disembelih di dalam kawasan masjid. Semesa menumbangkan lembu kedua dan disembelih, lembu pertama ini telah dilepaskan semua tali yang ada padanya untuk dibuat ikatan pada lembu-lembu yang lain.


Semasa hendak melapah tidak semena-mena ia bangkit dan terus mengamuk di dalam kawasan masjid dan nasib baik tidak mendatangkan kecederaan pada golongan muslimah yang sedang bersiap untuk memasak, kanak-kanak yang berada di dalam kawasan dan memasuki ruangan solat.



Ia telah kemudian berlari keluar dan pihak penduduk terpaksa mengepungnya dari keluar ke jalan utama.

Kemudian ia cuba juga meloloskan diri malah melanggar sebuah motorsikal EX5 yang diletak oleh salah seorang penonton dan berlari ke arah jalan utama.


Kawalan trafik terpaksa dibuat dan kemudian beberapa penduduk terpaksa menangkapnya dengan beberapa utas tali dan berjaya menumbangkannya sebelum diletak di atas troli untuk dibawa semula ke masjid berkenaan.


Atas perbincangan beberapa jemaah, ianya dibiarkan untuk mati tanpa boleh disembelih sekali lagi memandangkan urat berkenaan memang sudah disembelih akan tetapi tidak berapa sempurna.