Home » , , , , , , , , , » Video: Hafiz Juara Mimbar Pencetus Ummah Musim Pertama

Video: Hafiz Juara Mimbar Pencetus Ummah Musim Pertama

 Video: Hafiz Juara Mimbar Pencetus Ummah Musim Pertama 

 Video: Hafiz Juara Mimbar Pencetus Ummah Musim Pertama 


 Peserta dari Selangor, Muhammad Hafiz Mohd Haneefa diumumkan sebagai juara program Mimbar Pencetus Ummah musim pertama selepas berentap selama tujuh minggu pada acara yang diadakan di Pusat Konvensyen, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis), di sini, malam Khamis.
Hafiz, 32, memilih tajuk Pendakwah: Untung Dunia, Untung Akhirat sebagai tazkirah untuk pusingan pertama, manakala tajuk Kehidupan Rasulullah Sehingga Kewafatannya bagi pusingan kedua dengan tema cinta Rasulullah.
Hafiz berjaya menyampaikan tazkirah dan menjawab soalan yang diajukan dengan lancar dan mendapat pujian daripada juri tetap pada kedua-dua pusingan.
Dia turut berjaya membawa pulang sebuah kereta Prius C, wang tunai berjumlah RM50,000, pakej umrah untuk dua orang, pakej percutian halal ke China dan sebuah trofi.
Sementara itu, tempat kedua dimenangi oleh Shahrul Hamid dengan membawa pulang wang tunai RM30,000.
Manakala tempat ketiga dimenangi oleh Mohamed Zaini dan keempat Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan, masing-masing membawa RM10,000.
Hadiah disampaikan oleh Pengerusi Bukan Eksekutif Bebas Astro, Tun Zaki Tun Azmi; Ketua Pegawai Kewangan Astro, Rozaini Mohd Sani dan Ketua Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh.
Tiga juri tetap yang mengadili para peserta terdiri daripada Datuk Ustaz Hassan Mahmud, Ustaz Kazim Elias, dan Habsah Omar (Abby Fana).
Datuk Aznil Hj Nawawi bertindak sebagai juri jemputan.
Mimbar Akhir Pencetus Ummah dimeriahkan oleh persembahan nyanyian daripada artis popular seperti Aris Ariwatan, Hijaz dan pengacara undangan Fahrin Ahmad.
Program itu dihoskan oleh Ustaz Dr Ridhuan Tee Abdullah dan disiarkan secara langsung di Astro Oasis.
Selain itu, beberapa selebriti turut hadir bagi menyaksikan program akhir ini antaranya Rozita Che Wan, Heliza Helmi, Ayu Raudah, Datuk Ramli MS, Ashraf Muslim, Siti Nurdiana, Nubhan dan Yatt Hamzah.- Mstar.com.my


Senarai Pemenang dan Juara Pencetus Ummah


Pertama - PU Hafiz

Kedua - PU Shahul

Ketiga - PU Yeop

Keempat - PU Rahmat



Video Mimbar Pencetus Ummah Akhir


Tazkirah Dr Ridhuan Tee Abdullah -  Ibu



PU Hafiz Persembahan Pertama – Untung dunia Untung akhirat


PU Hafiz Persembahan Kedua – Cintai Rasulullah


PU Rahmat Persembahan Kedua – Andai Rasulullah Bersama Kita

PU Rahmat Persembahan Pertama – Kekasih VS Maha Pengasih

PU Shahul Persembahan Pertama – Ibu Bapa Hebat, Anak-anak…..


PU Shahul Persembahan Kedua – Keunggulan Rasulullah

PU Yeop Persembahan Pertama – Kenapa Doa Aku Tidak Makbul


PU Yeop Persembahan Kedua – Hikmah Disebalik Pengembalaan kambing

1 ulasan:

vapedistrict berkata...


SMOK Fit Vape Pod System Starter Kit is the first vape pod starter kit by SMOK, with compact size and smoothly design. Fit Kit, measured 18.4mm by 8mm by 107.5mm, is constructed with aluminum alloy and PC for portable and lightweight.

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink