salam..disini azizulhakim nak berkongsi dengan anda semua sejarah pengeluaran vespa
Vespa mula dipamerkan buat pertama kali di Rome Golf Club di mana ia hanya dikhaskan untuk wartawan yang memberi komen mengenai kehadiran terbaru mesin dua roda berkenaan .
Akhirnya, Vespa dijual buat pertama kalinya selepas menyertai Milan Fair pada 1946 dan ketika itu, sebanyak 50 unit terjual.
Permintaan terhadap motosikal itu semakin meningkat apabila 2,500 Vespa dijual setahun selepas dilancarkan dan bilangannya mencecah lebih 10,000 pada tahun 1948.
Vespa terus mencatat jualan memberangsangkan pada tahun berikutnya apabila jualannya meningkat sekali ganda iaitu 20,000 unit pada 1949 dan mencecah sehingga 60,000 unit pada 1950.
Pada tahun 1952, filem Hollywood bertajuk 'Roman Holiday' mengisahkan perjalanan merentasi Rome menggunakan Vespa berjaya melonjakkan jualan motosikal skuter berkenaan sehingga 100,000 unit.
Selain itu, Vespa turut menjadi motosikal pilihan selebriti Hollywood pada masa itu seperti John Wayne, Lucia Bose, Luis Miguel Dominguin, Dean Martin, Abbe Lane dan ramai lagi.
Pertengahan tahun 1950-an, Vespa memberi lesen untuk mengeluarkan skuter berkenaan di Jerman, United Kingdom, Perancis, Belgium and Sepanyol dan bergerak India, Brazil dan Indonesia pada tahun 1960-an.
Sebanyak 10 juta unit Vespa terjual di seluruh dunia ketika dicatatkan pengeluarannya pada penghujung tahun 80-an.
Vespa didatangkan dengan pelbagai kapasiti enjin bermula 50cc, 90cc, 100 cc, 125 cc, 150cc, 160cc, 180cc dan 200 cc dan sekarang 300cc serta mengalami perubahan bentuk mengikut pemodenan zaman
ker-ker....tajuk adalah penting bagi menarik audience..huhu
BalasPadam