Pages

vespa digilai semua peringkat usia

ARKIB : 26/01/2009
Digilai semua peringkat usia





JOHOR BAHRU 25 Jan. - Para penggemar Vespa era 60-an kini bukan sahaja dikalanga n warga veteran malahan turut digilai oleh golongan berumur seawal 20-an.

Maka tidak hairanlah, Kelab Vespa Johor kini semakin mendapat sambutan golongan muda dan sekali gus menambahk an jumlah ahli kepada lebih 1,000 orang di seluruh Johor.

Bendahari nya, Rahim Saian, 46, memberita hu dengan bilangan anggota yang semakin ramai itu maka setiap aktivitin ya pasti mendapat sokongan padu.

"Kami akan sentiasa berkongsi pendapat dan sering kali bertemu dalam setiap pertandin gan atau acara," katanya kepada Utusan Malaysia pada hari perasmian Vespa keluaran Itali di sini, baru-baru ini.

Seorang ahli kelabnya, Roslan Ayak, 43, berkata, dia berasa bangga kerana telah berjaya mengharum kan nama kelab tersebut dengan memenangi hadiah tempat pertama kerana memiliki Vespa yang paling lama usianya.

"Saya membeli Vespa Jobot keluaran tahun 1959 ini dengan hanya bermodalk an RM2,500 sahaja," katanya yang telah menjadi ahli kelab selama 10 tahun.

Rakannya yang merupakan pesara Penguat kuasa MBJB, Mohd. Nor Sidin, 58, pula berkata, dia berminat dengan Vespa sejak berumur 20-an lagi dan kini telah menjadi ahli kelab lebih 20 tahun.

"Jika minat yang sangat mendalam, janganlah disiakan-siakan begitu sahaja, sebalikny a gunakan minat tersebut untuk meraih nama atau kejayaan," katanya.

Usahawan muda, Shahrizan Jamaludin, 25, yang turut menganggo tai kelab itu sejak dua tahun lalu berkata, dia kagum dengan motosikal jenis itu kerana reka bentuk yang klasik.

"Saya sanggup membeli sebuah Vespa Sprint V dan bangga memilikin ya," katanya.

Pelajar Universit i Teknologi Malaysia (UTM) dalam Jurusan Geomatik, Amin Wan Aminullah, 21, berkata, dia telah bersama Kelab Vespa Johor sejak umur 15 tahun lagi.

"Bagi saya, bukan hanya golongan veteran yang boleh dikaitkan dengan motosikal lama ini, tetapi kini ramai anak muda semakin meminatin ya," kata pemilik Vespa PX itu.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan