asyik sembang vespa dan mod jer mesti anda boring kan?
kepada peminat-peminat irama rock tanah air..jom kita membincangkan kasut dan fesyen rocker-rocker tanah air kita pula...
setakat minat berkaroke je tak guna..betul tak...jom pelajari ilmu dengan mendalam..
aliph
ini nama orang ke..
tak pun jenama minyak masak..
ni jenama kasutlah..sesiapa yang tahu jenama kasut aliph??
Kasut sukan berjenama Aliph mula dipasarkan pada pertengahan tahun 1980-an,
iaitu ketika zaman kebangkitan muzik rock di Malaysia. Seperti mana yang diketahui umum,
kasut sukan adalah antara aksesori penting yang melengkapkan gaya artis dan band rock pada zaman tersebut,
tidak kira di Malaysia atau di luar negara. Sejak itu, pemakaian kasut sukan tidak lagi hanya untuk bersukan atau beriadah,
tetapi telah menjadi sebahagian daripada fesyen dan kegunaan harian yang kekal hingga ke hari ini...
kasut aliph ni di popularkan oleh penyanyi-penyanyi dan peminat peminat rock tanah air..
kasut aliph memang sesuai dengan gaya pemakaian seluar sendat yang dipakai oleh rocker-rocker kangkang
amy search pun pakai kasut aliph ni..
lefhanded pun pakai jugak kasut ni..
malah mereka diberi peluang untuk mempromosi kasut berjenama aliph..
sekarang ni rockers pun susah nak dapatkan kasut ni..
selain aliph roker-rocker juga meminati kasut nike air jordan dan nike air max...
sekarang ni juga hargnya memang melambung..lebih mahal dari harga ayam di pasaran..ahahhaa
kalau anda nak beli tak kasut rare ni?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan