Pages

jom tengok NUR KASIH THE MOVIE




bersamaan 19 mei 2011...jom lah tengok movie favourite ramai ni...NUR KASIH THE MOVIE..
dari tengah bendang hingga berlakon kat tanah arab siap...

mesti tengok tapi bukan esok nanti la... nak tengok dengan sidia...
tunggu kami berdua ada kelapangan....
haha..aku cuti 4 bulan...


jom baca sinopsisnya dahulu sebelum tengok pagi esok


Mengangkat tema kekeluargaan dalam jalur keislaman mengisahkan Adam lakonan Remy Ishak dan Aidil lakonan Fizz Fairuz sebagai subjek utamanya. Dua jasad dari darah yang sama menyimpang jauh dari segi perwatakan. Aidil, anak muda penuh pegangan agama manakala Adam penuh dengan jiwa memberontak.

Dalam memenuhi wasiat terakhir ayah tercinta, Adam dan Nur Amina lakonan Tiz Zaqyah dinikahkan dengan penuh meriah tanpa terlihat kesengsaraan yang dilalui Aidil yang dalam diam mencintai Nur Amina sepenuh hati.

Enam tahun berlalu, Aidil, Adam dan Nur berada di persimpangan kemuncak kehidupan mereka. Aidil kehilangan isteri tercinta, Aliya lakonan Ayu Raudhah yang hanya digambarkan pada gaya imbasan menyebabkan dia membesarkan dua anak comelnya Ilyas dan Maryam sendirian.

Adam dan Nur pula walau bahagia, tapi dalam diam bergelut dengan rontaan apabila masih gagal menimang cahaya mata.

Untuk mengisi ruang kosong di hati, mereka menjadi sukarelawan di Pusat Perlindungan Kanak-Kanak Terbiar. Adam juga punya kesinambungan hitam dari kejadian letupan di Mumbai.

Semua harapan kini bersinar bila Nur disahkan berbadan dua. Namun bencana tidak diundang menimpa dan memisah dua hati ini sekali lagi. Lantas wujud pula konflik lain yang terus menghangatkan lagi plot ceritanya.



10 ulasan:

  1. grafik movie ni cntik ar kaler die.. Tp tak folow sgt.. Tp teringin gak nk tgk.. Tp tatau bile.. Hikhik..

    BalasPadam
  2. menarik juga filem ini..mungkin jalan cerita dikembangkan lagi..masih kekalkan plot yang menarik..dulu selalu jugak tengok drama nur kasih..

    BalasPadam
  3. saya terpengaruh dengan member,...dulu manjang cerita pasal drama ni kat saya..
    saya layankan jer sampai terikut tengok jugak..

    bulan lepas dia ada cakap nanti kita tunggu nur kasih the movie pulak...keluar bulan 5..hari ni la kuarnyer

    BalasPadam
  4. keh3...tak mahu tgk citer ni..nak tgk citer lanun..haha

    BalasPadam
  5. suka sgt2 kat cerita ni. tahniah utk kabir dan penulis cerita....sediakan tisu sblm gi wayang eh.

    BalasPadam
  6. plot drama dah best.... apetah lagi filemnya.... :-)

    BalasPadam
  7. xsabar tunggu hari raya haha leh x mcm tu huhuuhu :P

    BalasPadam
  8. citer bersiri ke citer the movies paling best..nanti bro tengok..bagitaula cmner the movies ni ye..best ke tak

    BalasPadam