Pages

peti mengandungi methamphetamine bernilai 46juta

berdasarkan akhbar kosmo..
NILAI - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mencatat sejarah dalam narkotik kastam apabila berjaya merampas dadah terbesar jenis syabu seberat 183 kilogram (kg) bernilai RM46 juta dalam dua rampasan yang dipercayai dilakukan sindiket yang sama.

Penolong Ketua Pengarahnya (Penguat Kuasa), Datuk Zainul Abidin Taib berkata, dalam kes terbaharu Isnin lepas, seorang lelaki warga Iran berusia 29 tahun ditahan di sebuah rumah pada pukul 8.40 malam di Taman Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Katanya, pemeriksaan menemui 15 peti kayu yang dihantar oleh individu dari negara yang sama melalui kargo udara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menerusi pesawat Qatar Airways dari Doha.

"Pemeriksaan telah menemui syabu sebanyak 89kg dianggarkan bernilai RM22 juta yang disorok di bahagian bawah dalam peti kayu," katanya di sini semalam.



peh..banyak benau batu ni diseludup...kepada sesiapa yang baru nk terpengaruh dengan batu,syabu,meth,stone,ice tu baik elakkanlah..binasa padahnya..nyawa tergadai..buat sakit badan ja layan benda ni...otak pun nanti jadi mereng...kepada pihak berkuasa dan masyarakat kita harus bekerjasama membendung gejala najis dadah ini

2 ulasan:

  1. kalau jmpa kat kita...kaya neh...;d/salam kenal...dan salam aidilfitri..

    BalasPadam
  2. huhu...kaya memang kaya..tapi klu kantoi habis....slmt hari raya

    BalasPadam