Pages

Sembang Pasal: Biasiswa Khas Untuk Si Dara

BO, Sierra Leone 25 Nov. - Sebuah bandar di Sierra Leone menawarkan biasiswa selama lima tahun untuk pelajar perempuan yang menyimpan keperawanan/dara sehingga mereka menamatkan pengajian di universiti.

Pengerusi Perbandaran Bo, Mathew Margao berkata, sasaran tawaran biasiswa tersebut bagi mengurangkan kes kehamilan remaja dengan memastikan sekurang-kurangnya 80 peratus pelajar sekolah kekal dara sehingga mereka menamatkan pelajaran.

“Majlis perbandaran akan mendapatkan perkhidmatan pegawai perubatan wanita yang akan membuktikan pelajar-pelajar perempuan itu benar-benar masih dara,” kata Margao

AZIZULHAKIM: sampai memperkenalkan Biasiswa lagi tu,biasiswa untuk pelajar yang masih dara...bagus juga untuk mengelakkan kehamilan remaja..malaysia bila nak buat?hehe

2 ulasan: