Pages

Sembang Pasal : Mesir kembali bergolak




jika dahulu mesir berjaya menurunkan presiden Hosni Mubarak mereka dengan perjuangan revolusi rakyat mesir itu sendiri...

sekarang mesir kembali menerima pergolakan

Puluhan ribu penduduk Mesir berhimpun di Dataran Tahrir di sini pada hari keempat tunjuk perasaan manakala pertempuran melibatkan penduduk awam dengan pihak berkuasa berlaku di beberapa kawasan semalam.

Tunjuk perasaan di Dataran Tahrir itu dilakukan oleh penduduk awam yang menuntut pemerintah tentera menamatkan pemerintahan sementara selepas berkuasa pada 11 Februari lalu ekoran peletakan jawatan Hosni Mubarak sebagai presiden.

Perhimpunan penduduk di dataran itu juga telah menyebabkan Hosni meletakkan jawatan pada 11 Februari lalu ekoran kebangkitan penduduk di Afrika Utara yang menentang pemerintahan yang korup.

Setakat ini seramai 29 orang terbunuh sejak tunjuk perasaan gelombang kedua itu berlaku.

Para penunjuk perasaan berusaha untuk menyingkirkan jeneral-jeneral tentera yang gagal untuk menstabilkan negara, memyelamatkan ekonomi dan membawa semula demokrasi sembilan bulan selepas Hosni meletakkan jawatan

sumber=http://www.kosmo.com.my/kosmo/index.asp


2 ulasan: