Pages

Lelaki Kantoi Curi Coli Ketika Berjogging

seorang lelaki gila seks berjaya diberkas penduduk selepas mencuri beberapa coli dan seluar dalam wanita di flat PKNS Seksyen 7, Shah Alam.

Kerana terlalu marah, penduduk memakaikan pakaian dalam yang dicurinya itu, ke mukanya!



Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, suspek berusia dalam lingkungan lewat 20-an cuba mengaburi penduduk dengan memberi pelbagai alasan namun tembelangnya terbongkar apabila beberapa helai pakaian dalam wanita ditemui berhampiran tempat dia bersembunyi.

Difahamkan, lelaki tersebut pernah ditangkap melakukan perbuatan sama beberapa bulan lalu di kawasan perumahan berhampiran.

Sebenarnya penyakit suka mencuri pakaian dalam ini dah lama berlaku dan ia memang memeningkan kepala terutama golongan Hawa.

Menariknya, si pencuri pakaian dalam ini bukanlah semuanya ‘cikai-cikai’, malah ada kajian mengatakan majoriti daripada mereka mempunyai taraf pendidikan yang baik.

Untuk rekod, baru-baru ini polis Britain telah menahan seorang Datuk Bandar juga kerana disyaki mencuri seluar dalam wanita daripada beberapa buah rumah.

Polis Lancashire berkata, Datuk Bandar Preesall, England, Ian Stafford, 58 kini sedang berhadapan dengan tuduhan yang cukup memalukan itu.



Tidak lama dulu juga kita dikejutkan seorang pembantu kesihatan di sebuah klinik kesihatan di Marang yang ditahan bersama lebih 400 helai seluar dalam wanita!

Dalam serbuan ‘Ops Tapis’ kira-kira pukul 2.45 pagi itu, anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Marang menemui kira-kira 400 seluar dalam wanita terpakai pelbagai jenama dan saiz termasuk 10 helai coli.

sumber!

AZIZULHAKIM:Baru Ada akai Kena Tangkap,ha Pakai la COli tu..

Klik =sini!
dan=sini!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan