Pages

Sembang Motor: Valentino Rossi Membuka Litar Motorcross Peribadi


SETELAH selesai dibina, trek motocross peribadi milik Valentino Rossi prlumba moto GP akhirnya dirasmikan. Saat perasmian arena motocross yang mempunyai pasir lembut warna putih itu yang berada di Tavullia., The Doctor mengundang tetamu khas, iaitu juara dunia Motocross, Antonio "Tony" Cairoli yang pernah jadi juara di MX2 dua kali, dan MX 1 satu kali.






Dalam sambutannya yang ia tuliskan di twitter, Sabtu (3/12/2011) Rossi memperkenalkan juara yang juga kawan baiknya itu.

"Halo semuanya, hari ini di trek ini kami bersemangat menunggu kedatangan seorang teman yang konon sangat mahir dengan basikal motor di acara motocross," kata Rossi.




Para peminat sudah menduga bahawa rakan yang dimaksudkan Rossi itu adalah Cairoli.

"Hari ini, Antonio Cairoli mengajar kita bagaimana menunggang basikal motor di acara motocross! Senang rasanya boleh melihat dia beraksi di trek. Penampilannya sangat elegan dan sempurna, semua aksinya perlumbaan motocross tampak dilakukannya dengan begitu mudah," katanya.

Cairolli dikenali ramai, tidak hanya di Itali tetapi juga di seluruh dunia. Dalam kesempatan itu, Cairoli juga memberikan beberapa petunjuk untuk Andrea Iannone dan Mattia pasini.




Semua pengalaman beraksi di trek motocross itu awalnya bermula dari perlumbaan di Playstation dan go-kart. Hal itu memberikan idea kepada para rider profesional yang merasa "ketagihan perlumbaan".

Sebelum beraksi di acara motocross, Rossi juga ikut perlumbaan rally di Monza Rally Show 2011 bersama-sama dengan juara dunia rally lapan kali, Sebastian Loeb. Rossi yang bersaing dengan kira-kira 30 pelumba lain, berjaya menduduki tempat kedua di belakang Loeb.

 Rossi dan kawan-kawan memilih untuk kekal aktif di arena perlumbaan moto GP, kerana saat ini masih ada waktu luang yang lama hingga sesi pandu uji di litar Sepang. Mereka harus menjaga kecergasan pada saat pandu uji di Sepang tersebut.

2 ulasan: