Pages

Sembang Pasal: Motif panggilan bom palsu Di landasan keretapi KTM

Hari ini Ada berita mengemparkan Mengenai salah satu panggilan ugutan yang mendakwa ada bom di landasan keretapi, semua perkhidmatan keretapi antara stesen Tapah Road dan Tanjung Malim terpaksa diberhentikan bermula dari awal pagi ini.

hasil daripada pemeriksaan, polis menemui satu bonggol berhampiran sebuah jambatan di landasan di kM 259.25 berhampiran Slim River pada 12.05 tengah hari tadi.

Bonggol itu kemudian diletupkan tetapi siasatan mendapati tiada bom ditemui di situ.

"Hanya sekeping tikar yang dilipat mengandungi botol-botol kosong ditanam berhampiran jambatan berkenaan,” katanya.

Roslan berkata polis sedang mengesan individu yang membuat panggilan mengenai objek itu. — Bernama

AZIZULHAKIM: Apa motif sebenarnya tentang Panggilan Palsu yang mendakwa ada bom ini,

Azizulhakim bukan lah siapa-siapa untuk menyiasat kes ini,adakah ia sebagai ugutan untuk kepentingan tertentu?,kita semua tak tahu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan