Pages

Sembang Pasal: Nur Amalina Che Bakri Tetap Pelajar Cemerlang Di UK



Sejak kebelakangan ini kecoh seluruh Malaysia tentang gambar Nur Amalina Che Bakri,Pelajar Cemerlang 17A SPM Sijil Pelajaran Malaysia 2005.Beliau juga dikatakan tidak lagi menyambung pengajian perubatannya di Universiti Edinburgh selain menjalani gaya hidup bebas.

namanya menjadi sebutan ramai yang mengecam Nur Amalina ekoran beberapa keping gambar seorang gadis seksi yang didakwa dirinya tidak memakai tudung, mewarnakan rambut dan kelihatan ‘liar’ berbanding imejnya sebagai pelajar pada tahun 2005.

Persoalannya, benarkah Nur Amalina telah berubah dan terpengaruh dengan unsur kejutan budaya ketika melanjutkan pengajian di luar negara?



Ibu Amalina Che Bakri ,Puan Sabariah Hassan hariini tampil untuk memberikan keterangan tentang anaknya pelajar cemerlang Nur Amalina Che Bakri.

Pakaian yang dipakai Amalina dibeli saya sendiri, manakala gambar terbabit dirakam ketika kami bersama melancong ke Paris untuk bercuti pada Ogos 2009. Sebenarnya, gambar yang disiarkan itu gambar lama yang bersifat peribadi.Saya mengenali setiap rakannya yang turut berada dalam gambar itu

Menurut beliau lagi anaknya masih cemerlang dan kini sedang bertungkus-lumus untuk menyiapkan sebuah buku perubatan dan kini Nur Amalina sedang menjalani latihan amali di sebuah pusat perubatan terkemuka di UK. Beliau juga dijangka akan menamatkan pengajian pada Mei ini.

Beliau berkata anaknya telah menghubunginya melalui “Skype” dan menurutnya Amalina sudah lali dengan tomahan begini kerana ianya bukan kali pertama perkara ini terjadi. Mungkin ada orang cemburu dengan kejayaan anak saya selama ini,” katanya.

klik=sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan