Pages
▼
Kes Bayi Didera Di Taska Taman Kota Masai (video)
Akibat pekerja yang marah kepada majikan atau pengusaha taska tersebut.pekerjataska tersebut berani menutup mulut beberapa bayi menggunakan pita pelekat,dan membengkung bayi yang dijaga dengan balutan kain..
Tidak cukup dengan itu, dua pengasuh terbabit turut membuat rakaman video gambar tujuh bayi di bawah jagaan mereka itu sebelum rakaman berkenaan diedarkan kepada umum.
Berikutan perbuatan khianat dua wanita berusia 20 dan 22 tahun itu, pemilik pusat asuhan berkenaan, Shaherah Abd Malik berdepan pelbagai masalah untuk menjelaskan apa sebenarnya berlaku kepada pelbagai pihak yang memandang serong terhadapnya.
“Ini perbuatan khianat. Hakikatnya, saya dan pengasuh lain tidak pernah mengabaikan kebajikan bayi serta kanak-kanak yang dihantar ke pusat asuhan kami. Dua bekas pekerja saya itu sengaja berbuat demikian bagi merosakkan nama baik dan perniagaan saya,” katanya.
AZIZULHAKIM:bila tengok video tu kesian bayi-bayi yang diikat tu..
Klik-sini
Taman Tema Upin Dan Ipin Bakal Dibina Rm700 Juta
Dengan kejayaan Siri kartun animasi malaysia Upin & Ipin ke seluruh negara dan negara jiran.Les’ Copaque Production bercadang menubuhkan sebuah taman tema karekter itu.
Menurut Pengarah Urusan Les’ Copaque Production, Burhanuddin Md. Radzi, pihaknya kini sedang merancang menubuhkan sebuah taman tema berdasarkan karekter Upin dan Ipin di sebuah kawasan di Sepang, Selangor di mana ia dijangka menelan kos mencecah RM700 juta.
“Kami telah mengenal pasti sebuah kawasan bersebelahan dengan Litar F1 di Sepang. Kawasan itu milik MAB (Malaysia Airport Berhad). Kami sudahpun menjalankan perbincangan dengan pihak MAB bagi mendapatkan persetujuan mereka bagi membuka taman tema di situ.
“Kalau proses ini berjalan dengan lancar dijangkakan Taman Tema Upin & Ipin boleh disiapkan dalam masa tiga tahun. Lagi banyak penaja yang tampil ditambah dengan sokongan pihak kerajaan ia mungkin dapat disiapkan lebih awal. Kami mahu jadikan ia seperti Disneyland,” katanya.
Beliau ditemui di Saloma Bistro di Jalan Ampang di sini semalam selepas pelancaran Upin & Ipin The Musical yang dilancarkan oleh isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali di mana pementasan muzikal itu akan diadakan di Istana Budaya pada April ini.
Klik: Sini
MYnewshub
Menurut Pengarah Urusan Les’ Copaque Production, Burhanuddin Md. Radzi, pihaknya kini sedang merancang menubuhkan sebuah taman tema berdasarkan karekter Upin dan Ipin di sebuah kawasan di Sepang, Selangor di mana ia dijangka menelan kos mencecah RM700 juta.
“Kami telah mengenal pasti sebuah kawasan bersebelahan dengan Litar F1 di Sepang. Kawasan itu milik MAB (Malaysia Airport Berhad). Kami sudahpun menjalankan perbincangan dengan pihak MAB bagi mendapatkan persetujuan mereka bagi membuka taman tema di situ.
“Kalau proses ini berjalan dengan lancar dijangkakan Taman Tema Upin & Ipin boleh disiapkan dalam masa tiga tahun. Lagi banyak penaja yang tampil ditambah dengan sokongan pihak kerajaan ia mungkin dapat disiapkan lebih awal. Kami mahu jadikan ia seperti Disneyland,” katanya.
Beliau ditemui di Saloma Bistro di Jalan Ampang di sini semalam selepas pelancaran Upin & Ipin The Musical yang dilancarkan oleh isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali di mana pementasan muzikal itu akan diadakan di Istana Budaya pada April ini.
Klik: Sini
MYnewshub
Wow ! Orang Asli Menang Kereta Mercedes
jangan terkejut apabila membaca berita ini. Orang asli menang kereta mewah yang berjenama Mercedes. Itulah hakikat sebenar apabila Sapiah Aping, 45 yang merupakan orang asli dari suku kaum Semaling dari Bera, Pahang memenangi hadiah kereta Mercedes -Benz E200 CGI. Hadiah itu dimenanginya hasil daripada simpanan wang dalam Sijil Simpanan Premium(SSP) yang dikendalikan oleh Bank Simpanan Nasional(BSN).
“Buat masa ini saya tidak mempunyai lesen memandu tapi saya akan cuba mendapatkannya dalam masa terdekat kerana sudah mempunyai kereta sendiri.
“Saya tidak bercadang menjualnya. Buat sementara waktu, saya akan minta adik lelaki menjadi pemandu,” katanya ketika ditemui di Terminal 2 di sini, semalam.
AzizulHakim: tahniah lah kepada makcik ni..boleh pusing satu semenanjung laaaa....orang asli pun pandai simpan wang..yang kita pandai menghabiskan wang saja sampai tak tersimpan
Sumber
Khairul Fahmi Che Mat Berdating Dengan Janda Hot,Nora Danish
kisah gosip penjara gol no 1 malaysia khairul fahmi che mat dan Nora danish ni memang tengah hot diperkatakan,,sebaik beberapa hari beliau memutuskan cintanya dengan Dahlia Teck,,
ada berita mengatakan yang Khairul Fahmi ataupun Apex dilihat berdating dengan Nora Danish. Kita semua tahu Nora Danish memang meminati kehebatan Apex sebagai penjaga gol sejak Piala AFF 2010 lagi. Mungkin saja mereka berdua cuma keluar minum sebagai kenalan. Tapi kami rasa antara Apex dan Nora Danish tak ada apa apa hubungan yang serius.
Nora Danish tu..janda Hot bergetah malaysa...tapi kira ok lah jika khairul fahmi dapat membahagiakan seorang perempuan yang sedang tabah dengan hubungan nora dan bekas suaminya sebelum ini..,,
Kira datang dengan pakej tu,,,anak sorang,,,
Sembang Pasal: Ustaz Badrul Amin Ditangkap Kalwat,Benar atau Perangkap
Baru-baru ini kecoh semalaysia berkenaan kes ustaz badrul amin yang ditangkap Berkhalwat bersama isteri orang dihotelSwiss Garden Resort & Spa di Kuantan. Dr Badrul Amin yang hadir bersama isteri beliau, Ina juga menginap di hotel yang sama, bersama-sama semua pimpinan KEADILAN.
Tiba-tiba, kita digemparkan dengan cerita kononnya Ustaz Badrul Amin ditangkap khalwat bersama-sama isteri orang di hotel tempat beliau menginap.
adakah Berita ini benar? jika niatnya untuk berbuat perkara jahat,mengapa beliau membawa isterinya sendiri menginap dihotel tersebut?..
itulah persoalannya,dalm kenyataan ustaz Badrul Amin beliau menyatakan
saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.
Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012. Saya mengambil peranan aktif di dalam Temurapat ini.
Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau. Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian. Walau bagaimanapun pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.
Saya telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah saya. Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga. Di dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin.
Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.
Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka. Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik.
Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP bahawa saya ditahan oleh pegawai JAIP ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali. Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya. Saya hanya dipanggil untuk membantu siasatan JAIP pada 27 Februari 2012. Saya akan hadir bersama peguam untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan ini.
Dengan penjelasan ini, saya berharap semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya.
Jika ianya kisah benar,semoga ustaz itu terima hukuman yang setimpal dan memperbetulkan kesalahan yang dilakukannya selama ini,,,namun,,jika ianya adalah perangkap dan berunsur fitnah,,pandai-pandai lah orang yang merancang ini berfikir...dunia hanya sementara..pembalasan diakhirat nanti akan menentukannya..tapi ustaz ni pun satu hal..tak ada cara lain kah untuk menolong orang bagi mengelakkan dirinya difitnah..sudah-sudahlah
Mawi Dan Ekin Timang Anak Perempuan (gambar)
tahniah Mawi dan Ekin dah selamat timang cahayamata diorang..baby girl pulak tu
Bayi sulung seberat 2.8 kilogram (kg) itu dilahirkan secara normal di Hospital Pakar An-Nur Hasanah, Bangi dekat sini dan belum diberikan nama.
"Melihatkan keadaan Ekin yang masih lagi belum boleh bersalin mengikut masa yang ditetapkan, dia diberikan ubat pelali oleh doktor. Syukur, kedua-duanya selamat," kata pengurus peribadi Mawi, Mohd Nasir Ismail, yang mengesahkan berita tersebut.
Ekin atau nama sebenarnya Nora’Asikin Rahmat, diberikan suntikan ubat pelali kerana mempunyai sedikit komplikasi untuk bersalin dan selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada pukul 4 pagi Selasa.
Oppsss,,Ni bukan anak mawi dan Eykin Tau,,ni anak orang lain
kita tunggu gambar baby girl mawi dan ekin nanti yaer...
Hank,Kucing yang Bertanding dalam Pemilihan senat di Virginia
Perlumbaan untuk merebut kerusi Senat di Virginia kian ‘panas’ dengan disertai oleh salah satu calon dari Springfield kedalam pertarungan tersebut. Namun uniknya calon yang menyatakan dirinya layak sebagai calon Senat ini ternyata adalah seekor kucing.
kedua dua senat iaitu mantan Gubernur Virginia George Allen dari parti Republik dan Tim Kaine dari parti Demokrat sekarang menghadapi saingan mereka dari jalur independen, seekor kucing yang bernama Hank
.
Dalam akaun Facebook-nya, Hank menegaskan dukungan untuk menyediakan peluang kerja bagi warga Virginia dan pada akaun Twitter-nya, Hank juga bergairah tentang perlindungan data konsumen.
Bahkan, kucing tersebut juga telah mengeluarkan sebuah video iklan rasmi di YouTube, dan telah menuai banyak sokongan dari para peminatnya yang dalam komen mereka mengatakan bahwa ia merupakan calon terbaik .
“Hank tahu bahwa kunci untuk Amerika yang lebih baik dan masa depan yang cerah adalah penciptaan peluang pekerjaan. Pekerjaan yang akan memperbaiki jalan, kota, negara, dan bangsa,” tulis Hank pada profil Facebook nya.
Namun, persyaratan boleh menjadi halangan pertama pada Hank. Dimana undang-undang Federal mengharuskan calon Senat minima berusia 30 tahun, dan Hank lahir pada tahun 2003, tapi dalam tahun kucing ia saat ini berumur 52 tahun.
AzizulHakim: bila manusia buat kerja pemimpin semua tak jadi,ha,,sekarang kucing pun pandai
Gambar Best# 29: Dapur Gas Pun Brand Iphone
serius lolz,barangan buatan china,,,biasalah kebanyakan klon,replica dan tiruan..apa bila dah tak tau nak tiru apa..tiru jenama pun ok..Apple iphone pada dapur gas huhu,..
Welk!! Tuala Wanita Dalam Pek Minyak Masak!!
"Apabila diamati, saya percaya ia tuala wanita," kata pekedai, Mohd Ifzal Dzulkiffli, 31, yang terkejut apabila menemui tuala wanita di dalam peket minyak masak yang diterimanya di Kampung Titi, Kuala Klawang, di sini.
Mohd Ifzal berkata, minyak masak seberat satu kilogram (kg) itu diterima daripada pemborong dua bulan lalu, namun berikutan tidak sahih ia adalah tuala wanita dia tidak membuat laporan.
“Bagaimanapun, selepas berfikir kejadian ini mungkin terjadi kepada orang lain, saya bertindak melaporkan kepada pihak berwajib.
“Saya mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak berkenaan berikutan ini membabitkan soal kesihatan dan kebersihan,” katanya.
Menceritakan penemuan mengejutkan itu, Mohd Ifzal berkata, perkara itu terjadi apabila seorang pelanggan mahu membeli minyak masak datang ke kedainya
AZIZULHAKIm:macamana lah tuala ini boleh termasuk dalam pek minyak..sikit punya besar tuala wanita tu...takkan masa cheking dan packing boleh tak sedar...sapa punya la tuala tu kan...eeiiii
KlikSini tau
Ucapan Hari Jadi Steve Jobs Penuh Di Twitter
SAN FRANCISCO: Twitter mengalami kesesakan awal hari ini apabila dipenuhi dengan mesej ucapan hari jadi untuk mendiang pengasas Apple, Steve Jobs yang ke-57 hari ini.
“Selamat Hari Lahir Steve Jobs,” demikian bunyi ucapan yang dimasukkan Apple menerusi laman blognya, Cult.
“Seluruh dunia merindui anda."
Ucapan hari jadi Jobs itu anda lima mesej tertinggi dalam Twitter.
Pengasas bersama Apple yang popular dengan produk iPod, iPad dan iPhone itu meninggal dunia Oktober tahun lalu kerana menghidap barah. - AFP
9 Jenis Nama Anak Setan Menurut Khalifa Umar Bin Khattab R.A.
Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :
1. Zalituun
Duduk di pasar / kedai Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
3. A'awan
Menghasut sultan / raja / pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Terlena dengan kedudukan / kekayaan hingga terabaikan kebajikan rakyat dan tidak mau mendengar nasihat para ulama.
4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).
5. Murrah
Merusakkan dan melalaikan alloh dan orang yg suka muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam kemewahan dan glamour dsg.
6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa saja penyakit yg keluar dari kata-kata mulut.duniaunik.info
7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar terjadi keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).
8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat serta ibadat-ibadat kita yg lain.
9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api / matahari
inilah Filem Bersaing Dengan Harry Potter dan The Lord Of The Rings
Siapa yang tak ingin menonton Harry Potter dan The Lord Of The Rings? Tentunya dua film ini, sungguh melegenda bagi penggemar film bergenre fantasi epik.
Seperti Harry Potter yang diadaptasi dari Novel karya J. K. Rowling, The Lord of the Rings demikian diambil dari novel kisah karangan J. R. R. Tolkien.
Lalu, film apakah yang bisa menyaingi serunya dua film tersebut? Ada!! serial Twilight, film yang disari dari Novel karya Stephenie Meyer. Empat sekuel Twilight, New Moon, Eclipse dan Breaking Dawn saat ini sudah diluncurkan dan cukup menggaet animo kawula muda.
Namun sesuai data Internet Movie Database (IMDb.com), rating Twilight masih jauh untuk menyaingi Harry Potter dan The Lord Of The Rings. Twilight (5,3), New Moon (4,5), Eclipse (4,8) dan Breaking Dawn – Part 1 (4,7). Harapan serial ini untuk bisa menyaingi rating dua pendahulunya, ada pada Breaking Dawn – Part 2, yang rencananya akan diluncurkan pertengahan tahun ini.
Rating Harry Potter sendiri; Harry Potter and the Sorcerer’s Stone (7,2), Harry Potter and the Chamber of Secrets (7,2), Harry Potter and the Prisoner of Azkaban (7,7), Harry Potter and the Goblet of Fire (7,5), Harry Potter and the Order of the Phoenix (7,3), Harry Potter and the Half-Blood Prince (7,3), Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 1 (7,6), Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 2 (8,1).
Sedangkan The Lord Of The Rings; The Lord of the Rings (5,9), The Fellowship of the Ring (8,8), The Two Towers (8,7), The Return of the King (8,9).
Soo, selain Twilight masih adakah film fantasi epik yang bisa berada dipopularitas Harry Potter dan The Lord Of The Rings? Sebenarnya harapan itu ada di film Percy Jackson & the Olympians, namun mungkin karena promosi film ini kurang, sehingga ratingnya hanya 5,8. Sedangkan Percy Jackson & the Olympians: The Sea of Monsters nanti akan muncul 2013.
Apakah hanya itu? eits tunggu dulu. Masih ada The Hunger Games!!! Film ini diprediksi akan berjaya dan mampu menyaingi serial Twilight. Meski belum direlease, ticket film ini sudah terjual banyak di Fandago. Film ini mengisahkan remaja bernama Katnies Everdeen yang hidup dimasa pasca ‘kiamat’ di Bumi.
Sejumlah aktor berbakat dipilih untuk memperkuat film ini. Sebut saja Jennifer Lawrence, Josh Hutcherson, Liam Hemsworth, Woody Harrelson, Elizabeth Banks, Stanley Tucci, Donald Sutherland, Wes Bentley, Toby Jones, Amandla Stenberg, Alexander Ludwig, Isabelle Fuhrman, Jacqueline Emerson, Paula Malcomson, Dayo Okeniyi, Jack Quaid, Leven Rambin, dan Willow Shields.
Mampu menyaingi Twilight, apakah juga mampu popular lebih dari Harry Potter dan The Lord Of The Rings? kita tunggu saja releasenya.
Video Best #12: President Obama sings Sweet Home Chicago!
Bila President nak kalahkan artis hollywood ini dia barrack obama bila dia menyanyi
President Obama sings Sweet Home Chicago!
President Obama sings Sweet Home Chicago!
2050,Jepun Bakal Bina Lift Untuk ke Angkasa Lepas,space elavator
jika masa sekarang untuk ke angkasa lepas mereka menggunakan roket,namun Jepun telah mencadangkan dan merencanakan hasil kemajuan teknologi negara jepun yang tiada tandingannya iaitu sebuah lift yang membolehkan kita ke ruang angkasa lepas dengan mudah
sebuah syarikat pembinaan dari negeri Sakura, Jepang, telah mengumumkan bahawa mereka akan membangun sebuah lift ruang angkasa pada tahun 2050.
syarikat pembinaan Obayashi Corp telah mengumumkan akan telah membangun sebuah ruang lift yang mampu membawa penumpang pada ketinggian 36.000 kilometer di atas Bumi tahun 2050 nanti.
Perusahaan tersebut berencana untuk menggunakan karbon nanontubes, yang 20 kali lebih kuat dari baja, untuk menghasilkan kabel yang diperlukan untuk lift. Dimana kabel tersebut terentang pada sebuah penyeimbang pada ketinggian 96.000 kilometer, sekitar seperempat dari jarak antara bumi ke bulan.
Menurut seorang pejabat perusahaan, stesen setinggi 36.000 kilometer di atas Bumi tersebut akan ditempuh dengan kenderaan yang dapat mengangkut sampai 30 orang, dengan kecepatan 200 kilometer per jam.
.
Sembang Artis: Lisa Surihani Sah Milik Yusry (video)
Hanya dengan sekali lafaz, pelakon popular Lisa Surihani Mohamed kini sah menjadi isteri kepada pengarah, Yusry Abdul Halim setelah selamat diijabkabulkan dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Marriot Putrajaya semalam.
Disaksikan lebih 250 ahli keluarga terdekat kedua-dua pasangan, Lisa, 26, dan Yusry, 39, dinikahkan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang, Halim Mat Isa dengan berwalikan abang sulung Lisa, Mohamed Azan Mohamed.
Ketika ditemui selepas majlis berakhir, Lisa meluahkan rasa syukur dan gembira kerana percintaan yang terjalin di antara mereka sejak tahun lalu berakhir dengan ikatan perkahwinan.
"Alhamdulillah, saya bersyukur kerana akhirnya impian untuk mendirikan rumah tangga bersama Yusry telah termakbul.
"Walaupun gembira apabila sudah bergelar isteri tetapi saya agak sebak sebab arwah ayah tidak menyaksikan perkahwinan saya," ujarnya yang popular menerusi filem Ombak Rindu itu.
Pada majlis yang bertemakan Winter Garden itu, Lisa yang kelihatan anggun dengan busana baju kurung moden rekaan Cosry berwarna putih menerima tujuh dulang hantaran, manakala Yusry yang segak mengenakan baju Melayu moden rekaan Taufik Tailor dan Nuratikah Songket menerima sembilan dulang hantaran.
Ayu Videlia Awek Bertudung Indonesia Yang Bermain Gitar Seperti Najwa LAtiff Di Malaysia
Jika Di Malaysia kita amat Popular dengan Video Petikan Gitar Najwa latiff dan Ainan Tasneem,Di Indonesia juga mempunyai youtuber seperti Najwa latiff wanita tersebut juga bertudung..awek tersebut bernama Ayu Videlia
Buat masa sekarang Ayu Videlia telah mempunyai tujuh lagu yang di upload nya
Video Ayu Videlia – Ku menunggu-Rossa (cover by ayuvidel)
Video Ayu Videlia – Price tag – Jessie J (by ayuvidel)
Video Ayu Videlia – KKEB- Andre hehanusa (by ayuvidel)
Video Ayu Videlia – The lazy song – bruno mars (by ayuvidel)
Video Ayu Videlia – Make it mine – jason mraz (cover by ayuvidel)
Video Ayu Videlia – I do – colbie caillat (cover by ayuvidel)
Video Ayu Videlia – Twilight-kotaro oshio (cover by ayu videl)
Layaaannn
Sembang Pasal: Alasan Wanita Jahil,Belum Sampai Seru Untuk Bertudung
Apabila terbaca salah satu tajuk berita di Harian Metro bertarikh 21 Februari 2012 iaitu "Belum seru untuk bertudung", yang berada di bahagian hadapan akhbar berkenaan, terus fikiran saya mentafsirkan bahawa ia tidak sepatutnya diucapkan oleh artis berkenaan kerana menutup aurat adalah kewajiban setiap umat Islam. Kenapa perlu nak "tunggu seru" untuk bertudung sedangkan ia adalah "WAJIB". Kalau dah sampai "seruan Ilahi" untuk diambil rohnya kembali, bagaimana?.
Benarlah seperti yang dikatakan, kebanyakkan golongan artis tidak sesuai untuk dijadikan ikutan atau contoh pada masyarakat. Apakah kesannya pada masyarakat jika mereka membaca apa diperkatakan oleh artis dalam berita surat khabar Harian Metro itu?. Jika masyarakat semakin "beriman" untuk meringan-ringankan keperluan menutup aurat ( dalam konteks ini ialah bertudung), maka si artis berkenaan bersedialah untuk menanggung dosa-dosa masyarakat yang tidak menutup aurat itu, termasuklah dosa diri sendiri yang tidak bertudung. Pengucapan artis berkenaan akan lebih membawa kesesatan dalam komuniti umat Islam, malah tidak salah untuk mengatakan ianya akan menjejaskan akidah umat Islam.
Berikut adalah salah satu "statement" dari artis berkenaan dalam temuramah dengan wartawan Harian Metro :
“Penghijrahan manusia Allah s.w.t berikan kepada setiap makhluk-Nya dengan cara berbeza. Ada orang berubah daripada segi penampilan tetapi hati tidak. Ada pula yang berhijrah dengan membersihkan hati serta menjaga pertuturan, tetapi seru untuk berhijab belum tiba....." - artis Z
Wahai artis....., ini bukan hanya soal perubahan dalaman dan luaran diri, ikhlas atau tidak, ini soal TANGGUNGJAWAB dalam mengikut suruhan Allah S.W.T. Mana boleh mengeluarkan kata-kata yang sebegitu dangkal. Yang diutamakan ialah perbuatan mengikut suruhan Allah S.W.T agar perempuan bertudung yang sewajarnya. Soal dalaman hati adalah urusan si pelaku dan Tuhannya....
Sebagai contoh paling mudah, saya andaikan "kerja" menutup aurat (bertudung) ini diberi dua (2) markah penuh iaitu satu markah diberi apabila memakai tudung seperti yang disyariatkan serta lagi satu markah diberi jika ia dilaksanakan dengan hati yang ikhlas. Jika ikutkan seperti apa yang "diimankan" oleh artis berkenaan, maka dia dapat markah "kosong.....". Anda faham maksud saya?. Sedangkan kita perlu kumpulkan "markah" (pahala) sebanyak mungkin sebelum kita dijemput pulang oleh Tuhan.....
Sumber kredit
Seluar Jeans Dengan Build-In Keyboard, Mouse dan Speaker
Untuk Individu yang bekerja dengan menggunakan komputer dan sentiasa bersama komputer mereka,mungkin Seluar jeans ini sesuai untuk mereka,..kerana pada seluar tersebut terdapat speaker,keyboard dan mouse,,jadi mereka tidak perlu menghabiskan ruang didalam beg untuk membawa barang tersebut kemana-mana
.
Idea designnini dari syarikat Nieuwe Heren, yang dijalankan oleh Erik de Nijs dan Tim Smit. Dimana dalam penggunaannya jeans ini tetap terhubung ke komputer melalui teknologi nirkabel dan memungkinkan pengguna untuk bergerak saat mengetik.
“Mereka tidak berat. Dengan keyboard fleksibel, speaker kecil, dan mouse kecil, seluar ini hanya sedikit lebih berat dari jeans biasa.” tutur de Nijs kepada WebProNews
.
Jika jadidi pasarkan ke pasaran, jeans buatan tangan ini diperkirakan berharga 250 pound, namun De Nijs mengatakan bahwa mereka belum bersedia memasarkan produk ini karena projeknya yang terlalu kompleks dan akibat kekurangan modal untuk memproduksinya secara menyeluruh.
Pelik ! Awek ni boleh masuk didalam botol
Seorang gadis di Britain pulih daripada sindrom berasa takut apabila berada di dalam ruang yang sempit, lapor sebuah akhbar semalam.
Gadis itu, Kirsty Nicholson, 23, pulih selepas ibunya memasukkan dia ke dalam tong sampah. Kejadian itu berlaku semasa dia masih kecil kerana anaknya itu mampu melenturkan tubuhnya.
Disebabkan dia turut berbakat melenturkkan tubuhnya di dalam balang kaca, gadis itu kini menunjukkan kemahirannya itu dalam pertunjukan sarkas.
Dia kini merupakan anggota kumpulan The Circus of Horrors yang menjelajah ke seluruh dunia.
Nicholson amat takut berada di ruang kecil dan tertutup sejak dia berusia enam tahun.
Beberapa tahun lalu, dia mendapat tawaran bekerja dengan sarkas berkenaan dan perlu mengadakan persembahan melenturkan badan di dalam botol sepanjang 0.6 meter dan lebar 45 sentimeter.
“Saya tidak tahu apa yang hendak dilakukan sehinggalah ibu saya mendapat idea untuk saya berlatih di rumah dengan memaksa saya masuk ke dalam tong sampah dan raga pakaian,” kata Kirsty. – Agensi
Klik=Sini
Penyanyi 70-an Latiff Ibrahim Meninggal Dunia Al-Fatihah
Al-fatihah ditujukan penyanyi dan pelakon terkenal era 70-an,latiff Ibrahim yang kembali ke rahmatullah petang tadi jam 5.50 petang di institut jantung negara IJN,akibat komplikasi jantung
Jenazah beliau akan dibawa ke Taman Keramat, Kuala Lumpur untuk urusan pengkebumian.
Allahyarham yang berusia 62 tahun ini turut menghidap kencing manis dan paru-paru.
Selain menyanyi, Allahyarham juga aktif berlakon dan membintangi lebih 15 buah filem termasuklah Hapuslah Air Matamu, Dendang Perantau, Sumber Ilhamku dan Ragam Pemandu.
Filem terakhir Allahyarham ialah 4 Madu arahan A.Razak Mohaideen yang diterbitkan pada tahun 2010.
semoga allahyarham ditempatkan pada orang yang beriman,Al-Fatihah
Kad Kahwin Lisa Surihani Dan Yusry (2 gambar)
Baru-baru ini para media dan artis telah menerima kad jemputan majlis persepsi lisa surihani dan Yusry..Jom kita tengok lawa tak kad jemputan mereka
..
ini dia kad jemputan mereka
Klik=Sini
Penyanyi HipHop Malaysia Perkosa Anak Tiri Sejak 7 Tahun
KUALA LUMPUR: Seorang penyanyi sebuah kumpulan berkonsep hip hop popular tanah air ditahan polis selepas didakwa merogol anak tirinya berusia 14 tahun di rumahnya di Gombak Jaya, dekat sini, semalam.
Penyanyi berusia 37 tahun yang juga pernah berlakon filem itu ditahan selepas anak tirinya membuat laporan di Balai Polis Gombak, di sini, jam 11 malam, kelmarin.
Menurut sumber, dalam laporannya, mangsa mendakwa dinodai bapa tirinya itu sejak berusia tujuh tahun dan kejadian terbaru berlaku pada 9 Februari lalu.
“Berikutan laporan itu, polis melakukan siasatan sebelum menahan penyanyi terbabit di rumahnya di Gombak Jaya jam 2 pagi tadi (semalam),” katanya, semalam.
Sumber itu berkata, remaja perempuan terbabit mendakwa dia nekad membuat laporan polis kerana tidak tahan dijadikan hamba seks bapa tirinya sejak tujuh tahun lalu selain bimbang keselamatan adik perempuannya yang lain
AzizulHakim: Apalah nak jadi,,siapalah artis itu yang membuat perbuatan keji ini...tak cukup dengan isteri anak tiri pun dijadikan isteri kedua..astagfirullah
Klik=Sini
Pelik! Air Terjun Yosemite Bertukar Menyerupai Menjadi Aliran Lava (video)
berlaku perkara yang pelik di Taman Nasional Yosemite di California, Amerika Serikat.
air terjun di taman nasional ini berubah merah seperti aliran lava, disebabkan sebuah fenomena alam yang menakjubkan.
Keajaiban ini terjadi dalam sekejap ketika matahari terbenam pada pertengahan Februari. Pada hari tersebut, matahari terbenam menerangi salah satu air terjun pada taman Nasional ini pada posisi yang tepat sehingga menciptakan pemandangan menyerupai lava mengalir di atas permukaan granit.
Setiap tahun, semakin banyak fotografer yang berkumpul di taman Nasional ini, berharap langit musim dingin menjadi cerah sehingga mereka dapat mengabadikan fenomena yang pertama kali ditangkap dalam warna pada tahun 1973 oleh fotografer terkenal Galen Rowell.
Sumber
Klik=Sini
air terjun di taman nasional ini berubah merah seperti aliran lava, disebabkan sebuah fenomena alam yang menakjubkan.
Keajaiban ini terjadi dalam sekejap ketika matahari terbenam pada pertengahan Februari. Pada hari tersebut, matahari terbenam menerangi salah satu air terjun pada taman Nasional ini pada posisi yang tepat sehingga menciptakan pemandangan menyerupai lava mengalir di atas permukaan granit.
Setiap tahun, semakin banyak fotografer yang berkumpul di taman Nasional ini, berharap langit musim dingin menjadi cerah sehingga mereka dapat mengabadikan fenomena yang pertama kali ditangkap dalam warna pada tahun 1973 oleh fotografer terkenal Galen Rowell.
Sumber
Klik=Sini
Inilah Cara Iran Sedang Melatih Prajurit Ninja Wanita
Puluhan pejuang wanita berpakaian hitam ala “ninja” yang usianya sekitar 5-56 tahun ini hanyalah segelintir dari 3.000 wanita di Iran yang sedang dilatih sebagai prajurit di sebuah sekolah di Teheran.
“Kami melatih perempuan untuk memiliki kekuatan dan kemampuan. Kita harus mengerahkan segala daya kami untuk melindungi tanah air,” kata Akbar Faraji, yang mengelola sekolah ninja ini yang dikutip Telegraph.
“Tujuan kami adalah untuk membuat para wanita Iran lebih kuat dan jika masalah muncul, kami pasti akan menyatakan persiapan untuk mempertahankan tanah air kami.” tutur salah satu pejuang wanita yang telah mengikuti pelatihan selama lebih dari 13 tahun.
Iran telah menyatakan kemajuan mereka dalam teknologi nuklear, termasuk mampu memperkaya uranium, sebuah langkah yang telah meningkatkan konfrontasi dengan negara-negara Barat atas kecurigaan bahwa negara itu bercadang untuk membuat senjata nuklear.
kereta Porsche Terperangkap Dalam Simen Basah (3gambar)
Porsche terperangkap dalam simen basah: Bukti karma wujud?
Pada hari Khamis, pemandu 911 Porsche memutuskan dia akan mengambil jalan pintas sekitar beberapa kon pembinaan dan memandu terus ke dalam konkrit basah berhampiran Marina Green Marina Blvd. di San Francisco.
"Ia telah dikonkan," "Dia hanya cuba untuk menyelinap masuk dari tepi jalan. Konkrit kelihatan pepejal." Bobswire melaporkan bahawa pemandu malang itu terperangkap di dalam kereta . "Dia tidak mahu membuka pintu dan mempunyai konkrit masuk ke dalam seluruh bahagian bawah dan brek perlu [akan] dibersihkan atau diganti."
Sama ada turapan konkrit, campuran konkrit asfalt, atau hanya simen biasa adalah satu perbahasan.
Gambar Best #28; Permainan Snooker Di Afrika
Permainan Snooker atai Billiard memang digemari oleh sesetengah individu..Jom kita tengok table yang digunakan oleh orang afrika..
kreatif bukan??
Pelik,Bayi China 6 bulan sudah ada Payudara akibat Susu tepung
Terdapat laporan sejumlah bayi-bayi di China mengalami pembesaran payudara.Beberapa kes telah dilihat dalam beberapa wilayah, antara lain, Wuhan, Guangdong, Shandong, Anhui, Jiangxi, dan Beijing.Susu tepung disyaki mengawal pembiakan hormon-hormon seks menjadi punca pertumbuhan dada yang dilaporkan sejak Ogos lalu.
Namun begitu menteri kesihatan China menolak desas-desus itu tetapi baru-baru ini ditemui sejumlah bayi yang mengalami pertumbuhan ini yang terjadi pada bayi berumur enam bulan dan kanak-kanak perempuan berumur dua tahun. Hormon-hormon ini ialah gonadotropins dan testosteron.
Beberapa pakar mengatakan bahawa ini ialah satu perkara normal yang berlaku pada bayi dan keadaan ini akan kembali apabila bayi itu berusia dua tahun. Pengumpulan gejala-gejala ini, antara lain, memberi kesan satu antara 5000-10000 bayi berunsur pertumbuhan rambut di bawah ketiak dan bulu kemaluan serta pertumbuhan yang cepat.
Satu kajian dikeluarkan oleh University of North Carolina dalam 2010 mengemukakan gadis keturunan Kauskasia di AS mengalami satu pertumbuhan yang cepat diusia muda mereka bermula pada usia 7 tahun hingga 10 tahun.
Sembang Artis; Benarkah Video Bogel Milik Melia Aimiellia?
Sejak beberapa hari ini dunia hiburan semakin panas dengan tersebarnya rakaman video bogel dan gambar bogel mirip artis heroin filem karipap-karipap cinta iaitu Melia Aimiellia...
Video itu menunjukkan gadis mirip Melia itu sedang melakukan aksi ghairah dan mendedahkan bahagian atas tubuhnya termasuklah payudaranya..
selepas meneliti video tersebut wartawan dari OH Bulan! menghubungi artis melia Aimiellia tersebut untuk mendapatkan penjelasan lebih terang tentang video panas tersebut..
Melia Aimiellia menafikan bahawa video tersebut bukan dilakukan olehnya namun katanya
“Saya menafikan sekeras-kerasnya tentang gosip yang tersebar mengenai diri saya. Selepas melihat gambar tu, hampir tergelak pun ada kerana itu bukan saya. Lucu betul,” ujar Melia menafikan isu video bogel tersebut.
Melia yang baru sahaja berumur 19 tahun turut meluahkan rasa terkejut dan terkilannya kepada OHBULAN! mengenai Gossip: Video Lucah Heroin Filem Tersebar! yang hangat diperkatakan sekarang ini.
“Saya agak terkejut dan terkilan sebenarnya, tapi sedikit pun saya tak takut dengan gosip ini sebab itu bukan saya. Saya akan cuba bersihkan nama saya selepas ini, Insyaallah,” tambah Melia Aimiellia lagi.
Namun begitu, Melia yang sedang sibuk menjalani penggambaran sekarang ini berkata bahawa dia akan menyerahkan segala urusan lain kepada ibunya untuk menjelaskan perkara yang sebenarnya.
“Terserahlah, kalau orang mahu percaya atau tidak. Saya tak paksa orang untuk percaya, hanya orang (Ibu) yang kenal dan rapat dengan saya tahu bentuk tubuh saya. Saya hairan kenapa jadi begini, saya tahu saya ramai musuh tapi saya cuba buat yang terbaik walaupun saya tahu ada orang tak suka saya.”
namun ada bukti yang sesuai daripada sekeping gambar yang titangkap oleh wartawan Ohbulan! tidak lama dahulu..
cincin yang dipakai oleh Melia Aimiellia mirip dengan cincin yang dipakai oleh artis boleh dalam video lucah tersebut..tak percaya?
tengok ini
Sama tak???
klikSini!
Awas! Rokok Elektronik Juga Boleh Meletup
Sejak kebekangan ini bagi sesiapa yang sukar untuk menghentikan tabiat merokok mereka,Rokok elektronik adalah altenatif yang sesuai untuk perokok-perokok tegar supaya mereka tidak ketagihan dengan sumber nikotin tersebut..
Di PENSACOLA (Florida) Seorang lelaki yang cuba menyingkirkan tabiat merokok dengan menyedut rokok elektronik, ditimpa malang apabila ia meletup dalam mulutnya akibat kerosakan bateri.
Ekoran letupan itu, beberapa batang gigi depannya tercabut, secebis lidahnya terputus dan wajahnya turut terbakar teruk, kata pegawai bomba, semalam.
“Analogi terbaik adalah ia seperti meletakkan botol berisi roket dalam mulut anda lalu ia meletup,” kata Ketua Bahagian Jabatan Bomba North Bay, Joseph Parker.
“Bateri tercampak daripada tiub dan menyebabkan alat itu terbakar,” katanya.
Pegawai bomba tidak mendedahkan identiti mangsa berikutan polisi jabatan itu, tetapi laman Facebook di bawah nama Tom Holloway, 57, dipenuhi dengan pengunjung yang memberikan komen mengenai kecederaan itu dan pencarian di pangkalan data menunjukkan alamatnya pada laporan di jabatan bomba berpadanan dengan namanya.
Holloway berada di pejabat di kediamannya apabila alat itu meletup menyebabkan kusyen kerusi, gambar, permaidani dan alatan pejabat terbakar.
Kotak bateri hangus yang ditemui di atas cebisan permaidani cair kelihatan seperti alat untuk merokok.
AzizulHakim:bahaya juga menghisap rokok elektronik ni..namun untuk perokok yang ingin mencuba rokok elektronik,pastikan ia datang dari pengedar yang tulen dan terjamin keselamatannya,,
Klik=Sini!
TengkuSophia,Awek Indonesia yang Menghina Islam
Awek ini dikatakan adalah seorang penganut agama Islam (namun tidak pasti) dan berasal dari Indonesia. Dia didakwa telah menghina Islam secara terbuka di laman sosial Twitter miliknya (@TengkuSophia).
Apalah nak jadi,Hina agama sendiri,ia telah dikecam ramai pihak,Selain itu, sumber mangatakan, kes @TengkuSophia ini telah mula berlaku sejak tahun lepas namun dua hari yang lalu, ia semakin menjadi-jadi selepas dia didakwa menghina azan pula.
Namun menurut Blogger fitrihadi.com,akaun tengku sophia yang dikatakan itu tidak wujud,dan berkemungkinan akaun tersebut telah dihack atau digodam oleh individu tidak bertanggungjawab,ia hanyalah satu konspirasi dan kekeliruan
Diminta semua pembaca tidak percaya dengan kenyataan ini seratus peratus kerana kemungkinan akaun Twitter milik @TengkuSophia digodam atau telah disalah guna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Sumber-speaker pecah
AzizulHakim: kalaulah betul individu tersebut janganlah menghina dan membuat penghinaan secara terbuka..namun jika akaun twitter tu milik sebenar bernama tengkusophia jangan lah terikut dengan Hajjah Siti Al-Wuzara pula
Naib Canselor UTHM Dilantik Sebagai Pengerusi MPM
BATU PAHAT – Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Profesor Datuk Dr Mohd Noh Dalimin dilantik sebagai Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) bagi tempoh selama tiga tahun mulai 9 Disember 2011.
Surat Cara pelantikan beliau ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) yang ditubuhkan pada 1 Februari 1980 di bawah Akta Majlis Peperiksaan Malaysia [Akta 225] ialah sebuah badan berkanun yang beroperasi di bawah naungan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Majlis perasmian penubuhan MPM disempurnakan oleh Menteri Pelajaran pada ketika itu, iaitu Datuk Musa Hitam pada 22 April 1980. – BERNAMA
AZIZULHAKIM:Tahniah diucapkan kepada Profesor Datuk Dr Mohd Noh Dalimin ,semoga Uthm lebih berdaya saing setimpal universiti-universiti terkemuka
Sumber
Sembang Artis: Zarina Anjoulie Dakwa Ada Simpan Video Mabuk Aliff Aziz
Siapa tak kenal Artis kontroversi ini Zarina Anjoulie..kini heboh dengan isu perbalahan beliau dengan Aliff Aziz..Kini Zarina Anjoulie mempunyai satu rahsia besar mengenai Artis Aliff aziz dan Zarina Anjoulie kelihatan amat berang terhadap Aliff Aziz..
Tulisan Zarina memalui Twitter juga memaksa supaya Aliff Aziz meminta maaf kepadanya dalam tempoh 48 jam. Tetapi ada sesuatu yang menarik sebenarnya yang ingin disampaikan oleh Zarina sebelum ini.
Menurut tulisan Zarina Anjoulie di Twitter, beliau memulakan ayat dengan berkata bahawa beliau telah kehilangan nombor yang pernah disimpan dalam telefon bimbitnya. Kemudiannya bertanya tentang kesahihan hubungan antara Aliff dan pelakon Anne Ngasri selain menyambung dengan berkata beliau ada menyimpan klip video Aliff Aziz ketika mabuk.
Kini Aliff Aziz dikatakan telah sah bercinta dengan Anne Ngasri namun sikapnya yang suka bermanis mulut dengan ramai wanita masih belum dapat dikikis.
Menurut Aliff Aziz=
“Saya memang rapat dan serasi bila bersama Anne. Disebabkan itu saya selesa bila bersamanya dan saya akui memang selalu berhubung serta keluar menghabiskan masa bersama.
“Bagi saya, dialah satu-satunya teman yang mengambil berat mengenai saya selepas syarikat rakaman saya. Dia akan pastikan saya berada dalam keadaan yang baik.
“Dia juga banyak memberi tunjuk ajar saya tentang selok belok indusri terutama dalam bidang lakonan yang saya baru ceburi,” luahnya lagi.
Sumber
Kereta Kebal Ini Dibuat Dari Kotak Bungkusan Telur
Seorang lelaki di london telah berjaya membina sebual kereta kebal dari kotak bungkusan telur,bentuknya juga seakan-akan kereta kebal yang sebenar.
tank atau kereta kebal dari kotak telur ini diberi nama The Challenger II dicipta dari 5.016 bungkusan telur,memerlukan 26 liter gam dan memerlukan waktu sebanyak 512 jam untuk menyiapkan sebuah kereta kebal tersebut..
kereta kebal sepanjang 10meter ini dicipta bersempena dengan satu perayaan membaling telur..perayaan ini dirayakan untuk memberi penghormatan kepada pahlawan-pahlawan perang..
Lelaki Diugut Bunuh Selepas Menang Judi Komputer RM17Juta
Dia mungkin seorang pakar permainan judi komputer apabila menang pertaruhan RM17 juta, namun kemenangan itu bukan saja gagal menjadikannya jutawan, malah nyawanya terancam sehingga memaksa dia mendapatkan perlindungan.
Itu nasib lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Alwi, 35, apabila dia kini diburu serta diancam bunuh anggota kumpulan kongsi gelap selepas tauke pusat siber tempat dia bermain berang dengan tindakannya menuntut wang kemenangan RM17 juta itu.
Alwi berkata, segala-galanya bermula apabila dia bermain satu permainan judi komputer dikenali sebagai ‘Football Fever’ dengan nilai pertaruhan RM50 di sebuah pusat siber di Taiping, hujung bulan lalu.
“Hasil pertaruhan RM50 itu, saya menang RM1,400 dan menggunakan semua wang itu sebagai pertaruhan untuk terus bermain sehingga mengumpulkan RM140, 000 dalam masa kurang setengah jam.
“Walaupun jumlah wang kemenangan itu sudah banyak, tapi saya tak mengambilnya atau istilah yang sering digunakan ‘cuci duit’. Sebaliknya saya gunakan sebagai pertaruhan hingga menang lebih RM17 juta,” katanya.
AzizulHakim: Tula orang tamak selalu rugi...dah Dapat RM140k tu pergilah cuci duit dulu...kalau dah menang rm17 juta siapa yang nak bayar...
Video Best #11:Video Luis Suarez Patrice Evra Handshake Incident 11/02/12
Siapa peminat Manchester United pasti telah menyaksikan kejadian kontroversi ini..
luis suarez taknak berjabat tangan dengan patrice evra,,
Pemain liverpool tersebut telah meminta maaf atas kejadian tersebut,
Sir Alex Ferguson telah menyatakan tindakan Suarez adalah satu kehinaan, manakala Persatuan Profesional pemain bola sepak 'Ketua Gordon Taylor memanggil tindakan bintang Liverpool "kurang sopan, tidak wajar dan memalukan".
Klik-Sini
jawapan Kenapa Haram Jika Raikan Hari Valentine/Hari Kekasih
Inilah Jawapan kepada kita kenapa Hari Valentine itu Haram Disambut..
[Asal-usul Hari Valentine]
Sejarah bermula apabila seorang Paderi Kristian (St. Valentine) yang merupakan seorang tokoh yang hebat dalam mempertahankan cinta dan dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup mati dlm keadaan tragis kerana dibunuh seorang Raja Romawi yang bernama Raja Claudius pada II (268-270M )
Sejak itulah tarikh 14 Februari diambil dan dijadikan sebagai hari memperingati kematian St. Valentine dan sekaligus dianggap sebagai upacara keagamaan masyarakat Kristian
Tu sebab la kita dilarang sambut Hari Valentine ni..
Cuba pikir, kalu kita sambut, maknanya kita pun merai hari kematian Paderi Kristian
[Firman Allah SWT]
Dalam erti lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agama Islam dengan akidah dan peribadatan agama lain.
Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud
“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.”
(Surah Al-Kafirun ayat 1-6 )
Nabi SAW dengan tegas telah melarang kita daripada meniru budaya Yahudi dan Nasrani dalam hadis yang bermaksud, “Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka.”
[Antara Sikap2 Yang Perlu Dielakkan]
1- Sikap untuk keluar berfoya-foya sesama kekasih dan mengadakan majlis untuk menyambut hari tersebut dengan mengadakan parti atau majlis seumpamanya.
2- Menghantar kad-kad ucapan yang tertera kata-kata Valentine Day dan pada kad-kad tersebut terdapat gambar pari-pari yang mempunyai dua sayap yang menjadi simbol kepercayaan agama kristian.
3- Menulis ucapan kata-kata cinta di dalam kad yang diutuskan dengan menyatakan keinginan cinta kepada kekasih kerana ianya juga sikap mempamerkan rasa gembira dan percaya akan hari tersebut.
4- Kebanyakan negara-negara Barat, parti-parti diadakan sempena hari tersebut disambut dengan pesta seks dan tari-menari. Kebanyakan mereka menghantar hadiah-hadiah seperti bunga ros dan sekotak coklat kepada sesiapa yang mereka cintai.
5- Menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada kekasih untuk meluahkan rasa sayang bersempena dengan Hari memperingati kekasih (Valentine Day) sebagai tanda percaya akan “keajaiban” hari tersebut.
AzizulHakim: Tak salah untuk mencinta dan dicintai,tapi Haruslah berada dilandasan yang betul..elak-elakkanlah sikap berfoya-foya dan mencari keseronokan ketika bercinta ini..
Klik=Sini
Anak WHITNEY HOUSTON Dikejarkan ke Hospital akibat tekanan
tidak sampai berapa lama menjelang Grammy Awards,Diva Pop Antarabangsa Whitney Houston 48 tahun telah meninggal dunia.Bintang pop Whitney Houston telah disahkan mati 3:55 pm Sabtu di dalam biliknya di tingkat keempat di Beverly Hilton Hotel.
Bobbi Kristina Brown, satu-satunya anak penyanyi Whitney Houston, telah dikejarkan ke hospital LA.
Bobbi Kristina, 18, yang tinggal tinggal di Beverly Hilton, hotel yang sama di mana ibunya telah mendaftar untuk tinggal untuk parti malam pra-Grammy Sabtu lalu.
Whitney Houston: Kematian seorang diva pop
Bedah siasat pada Whitney Houston untuk memulakan Ahad
dan segala hasil bedah siasat tidakkan didedahkan kepada umum
polis Beverly Hills mengesahkan Bobbi Kristina dibawa ke Cedars-Sinai Medical Center. pada jam 10:30 pagi
komander Polis Beverly Hills memberitahu bahawa Bobbi Kristina telah dirawat untuk kebimbangan dan tekanan di tempat kejadian.
"Tiada sebarang tanda-tanda jelas apa-apa niat jenayah," kata Beverly Hills polis Lt. Mark Rosen.
klik=Sini