Pages

Pelajar Bawa Sirih Azimat Seru Jin Inggeris Untuk Lulus Bahasa Inggeris




Bila sesekali dengar memang melucukan,tapi itulah perbuatan segelintir pelajar yang ingin lulus dalam peperiksaan kertas Bahasa Inggeris..hanya memakan sirih sahaja

‘Daun sirih hikmat’ itu diperoleh daripada seorang bomoh dengan bayaran RM350, jumlah yang mereka anggap berbaloi kerana membolehkan mereka lulus cemerlang subjek bahasa Inggeris selepas sekian lama gagal atau sekadar lulus ‘cukup makan.’


Dua pelajar IPT terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Azman, 22 dan Rashid, 23, mendakwa daun sirih itu amat berkesan apabila mereka memperoleh keputusan cemerlang setiap kali peperiksaan mata pelajaran Bahasa Inggeris.

“Terpulang kepada orang lain sama ada mahu percaya atau tidak, tapi bagi saya dan beberapa rakan lain, kami sudah menggunakan sirih itu dan ia terbukti berkesan.


“Cara menggunakannya juga mudah, tak perlu makan dan tak perlu baca sebarang mantera atau jampi, sebaliknya kita hanya perlu letakkan sirih itu di dalam poket seluar ketika memasuki dewan peperiksaan,” kata Azman ketika ditemui.


AZIZULHAKIM:
Tak cukup dengan kertas toyol dibawa masuk,sirih pun bawa jugak dalam periksa,,Patut la aku tak score bahasa inggeris,lupa makan sirih...hahah...harap belajar tinggi,boleh pula percaya dengan makan sirih ni..apa kena mengena sirih dengan bahasa inggeris entah la...Nak Jawab BI pun pakai Jin ke

sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan