Pages

Kemalangan Langgar Lari Pelumba Basikal Rafizi Hamdan,Gambar dan Rakaman CCTV AL-Fatihah



7.50 pagi 18 mac 2012,Allahyarham Rafizi Hamdan, 37 dari Bukit Kepayang Negeri Sembilan dirempuh dari belakang oleh sebuah Proton Saga yang dipercayai dipandu laju.

Allahyarham maut dalam satu kejadian langgar lari di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), di kilometer 20.2, Taman Melawati.


Pemandu Kereta tersebut melarikan diri tanda sedar bahawa no pendaftaran kenderaannya tertanggal dan tertinggal di tempat kemalangan




Allahyarham mengayuh basikal untuk bertemu ahli kelab yang lain di Hospital Orang Asli, Batu 12, Gombak, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan serius di kepala.

Mangsa meninggalkan seorang isteri dan dua anak. Mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.




Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian berkenaan sebagai kejadian langgar lari namun siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesan pemandu kereta berkenaan.

“Berdasarkan pemeriksaan yang dijalankan ke atas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di stesen minyak berkenaan mendapati pemandu kereta gagal mengawal keretanya lalu merempuh basikal mangsa hingga mengakibatkan mangsa tercampak,” katanya.

Katanya, usaha mengesan pemandu terbabit giat dijalankan dan pihaknya yakin mangsa dapat diberkas dalam masa terdekat berdasarkan nombor pendaftaran yang ditemui.


Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) (a) Akta Pengangkutan Jalan atas kesalahan memandu secara melulu dan membahayakan hingga menyebabkan kematian.

Klik=Sini!1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan