Pages

Pelik !! Putih Telur Berwarna Biru

kejadian Pelik ini berlaku di Kerteh,keluarga Mohd Yusof Abdul Aziz, 48, yang juga Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dikawasan itu terkejut apabila mendapati putih telur yang dikupas untuk dijamah makan tengahhari itu berwarna biru,dan mengeluarkan bau kurang menyenangkan
“Seumur hidup, inilah pertama kali saya lihat putih telur berwarna biru. Terkejut saya apabila melihat keadaan putih telur berubah warna sebegini.

Menurutnya, pada ruang tengah kulit ayam tersebut licin seolah-olah dilakukan penyambungan pada bahagian luaran kulit telur tersebut manakala pada kotak plastik telur terbabit tertera telur berkenaan dikeluarkan di Melaka

“Kemungkinan juga telur tiruan dicampurkan bersama telur tulen bagi mengelakkan ia disedari. Kalau dua telur tadi digoreng mungkin kami sekeluarga tidak sedar akan keganjilan pada dua biji telur itu.

Mohd Yusof dan isteri serta anak-anak kemudiannya hanya makan nasi berlaukkan kicap bagi mengalas perut kerana sudah hilang selera makan.

“Jadi saya sebagai pengguna merasa sangat dukacita dengan perkara ini kerana jika benar ia telur tiruan ia boleh membahayakan nyawa pengguna.

"Pengguna lain juga perlu berhati-hati ketika membeli telur bagi mengelakkan ditipu dan diharap pembekal juga tidak mementingkan keuntungan sahaja,” katanya.

cerita pasal telur tiruan=risau makan telur tiruan | AZIZUL HAKIM


Azizulhakim: semakin banyak kes tentang telur tiruan ni,.nak kata ayam untuk bertelur tak ada,,ayam banyak sampai manusia pun nak jadi ayam,..mungkin untuk menjimatkan kos dan mengambil keuntuntungan dari harga sebiji telur..Bertia lanjut Klik=sini


Tiada ulasan:

Catat Ulasan