Pages
▼
Sembang Artis: Leeya,Syarifah Aleya Bercerai Talak Satu
SHARIFAH ALEYA BERCERAI TALAK SATU | Penyampai radio popular Hot FM, Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid atau Leya sah bercerai talak satu dengan suaminya, Muhammad Ashraf Aasimudin.
Pasangan berkenaan bercerai secara baik dan mendapat persetujuan bersama dalam satu proses tertutup pada pukul 10 pagi 29 Februari lalu di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Shah Alam.
Leya yang mengesahkan perkara tersebut berkata, walaupun sudah bercerai, mereka tetap berhubungan sebagai kawan baik. Pasangan yang bernikah pada 8 Disember 2007 itu dikurniakan sepasang anak perempuan kembar, Aza Ameena dan Asha Ameena, yang kini berusia dua tahun setengah.
Ashraf yang merupakan seorang komposer turut mengakui perceraian mereka. Kesian dengan anak kembar dia, Semoga yang terbaik untuk mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan