PORTLAND: Kerana terlalu bosan dengan pemeriksaan keselamatan, seorang lelaki berusia 49 tahun bertindak berbogel di lapangan terbang bandar raya ini, semalam
.
Tindakan lelaki dari Oregon itu menyebabkan beberapa penumpang menutup mata mereka sementara sebahagian lagi keluar dari laluan keselamatan untuk melihat, ketawa dan mengambil gambar, menurut laporan Polis Port of Portland.
Pegawai berulang kali mengarah John Brennan memakai semula pakaiannya tetapi dia menolak, menyebabkan dia ditahan.
Apabila diwawancara mengenai tindakannya, Brennan berkata, dia berbogel kerana membantah pemeriksaan Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan yang dia dakwa mengganggunya. - Reuters
100 Koleksi Teka Teki Lawak Bodoh Kelakar
Seminggu yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan