Pages

Majlis Aqiqah Anak Mawi Dan Ekin,Cahaya Malaika (Gambar)

Kehadiran Cahaya Malaika, mencecah usia tiga bulan melengkapkan kehidupan Mawi atau Asmawi Ani, 31 dan isterinya, Nora’Ashikin Rahman (Ekin), 33. Tiada ayat yang mampu menggambarkan betapa bersyukur dan gembiranya pasangan ini saat menerima khabar berita mereka bergelar ibu selepas tiga tahun menanti.

Baik suami yang juga penyanyi popular, Asmawi Ani dan Nora’Ashikin Rahman (Ekin) kedua-dua menyifatkan kehadiran puteri kesayangan itu Cahaya Malaika pada tanggal 28 febuari lepas adalah sebagai pelengkap rumah tangga mereka yang dibina sejak 20 Disember 2008.



Akui Mawi, dia dan isteri meletakkan Cahaya sebagai keutamaan dalam hidup mereka kini sekali gus merangsang Mawi untuk kembali merancakkan karier seninya yang perlahan kebelakangan ini.

Majlis kenduri doa selamat dan tahlil ringkas buat puteri tercinta, Cahaya Malaika berlangsung lancar.


"Majlis ini diadakan untuk tujuan akikah Cahaya memandangkan majlis cukur jambul, berzanji dan marhaban dibuat terlebih dulu sempena perkahwinan adik saya di Kulai, Johor, sebelum ini," ujar Mawi.

Nama Cahaya Malaika dipilih sendiri oleh Mawi dan Ekin ketika dalam tempoh kehamilan yang membawa maksud Cahaya Permaisuriku.

Sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan