Los Angeles: Pembuat filem yang menghina Nabi Muhammad SAW akhirnya ditangkap. Media Times mewartakan, Jumat (28/9), Pengarah filem Innocence of Muslims, Nakoula Basseley dicekup polis di California, Amerika Syarikat.
Seorang hakim federal di mahkamah California secara langsung memerintahkan Nakoula ditahan ke penjara. Hal itu karana lelaki keturunan Mesir-Amerika itu melanggar masa percubaannya.
Nakoula sedang dalam masa percubaan sebagai tahanan penjara ketika membuat filem kontroversial itu setelah terlibat dalam kes penggelapan wang. Dalam hukum AS, tak ada masalah Nakoula memproduksi filem ini. Namun, Nakoula menggunakan akses internet tanpa persetujuan petugas dalam masa percobaan
Filem Innocence of Muslims buatan Nakoula telah mengakibatkan aksi protes di seluruh dunia. Kekerasan itu juga disertai sentimen terhadap AS, yang menyebabkan serangan terhadap kedutaan diplomatik AS di Benghazi, Libia. Akibatnya, Duta Besar AS untuk Libia Chris Stevens dan empat staf diplomat mati
Apabila Musuh Mengerumuni Umat Islam Seperti Hidangan
2 hari yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan