Hong Kong – Seorang wanita lesbian Hong Kong merayu bapanya seorang jutawan menarik balik tawaran perkahwinan bernilai $65 juta (RM199 juta) yang dibuat kepada lelaki yang berjaya memikat hatinya untuk berkahwin yang kini mendapat perhatian seluruh dunia.
Demi kesejahteraan keluarga, daddy tolong tarik balik notis berkenaan!!! tulis Gigi Chao, 33, dalam Facebooknya sambil menambah dia tidak lagi menerima sebarang permintaan untuk menjadi rakan Facebook.
Entah dari mana mereka semua? Baitulmaqdis? Hab syah? Istanbul? semua tak masuk akal, tulisnya dalam Facebook.
100 calon hubungi bapa
Bapanya yang juga seorang jutawan, Cecil Chao memberitahu akhbar South China Morning Post, kira-kira 100 orang menghubungi pejabatnya sejak dia membuat tawaran secara umum Rabu lalu.
Orang ramai menghantar surat, e-mel dan faks. Saya belum ada masa membacanya. Saya perlu berbincang dengan Gigi.
Ada sesetengahnya berkata, mereka tidak mahu wang, hanya peluang untuk bertemu anak perempuan saya, katanya.
Seorang lelaki dari Perancis menulis: Saya amat serius walaupun lelaki, saya rasa boleh menjadikan wanita ini gembira. Saya lembut seperti seorang wanita.
Minta bantuan model
Seorang calon lain menawarkan: Saya akan memenangi hati anak perempuan beliau dan mengahwininya. Maid Marian, model Brazil akan membantu saya.
Gigi, yang berpendidikan dari Britain menyifatkan sikap ayahnya dan semua perhatian yang diterimanya amat mengganggu.
Saya berdoa semuanya gelap, jadi saya boleh rasa senyap dan aman, katanya kepada akhbar berkenaan ketika berita tawaran perkahwinan itu mendapat liputan meluas dunia dari Australia hingga ke India dan Amerika Syarikat.
Chao mengumumkan tawaran HK$500 juta selepas Gigi dilaporkan mengahwini pasangan sejenisnya di Perancis awal tahun ini.
AFP
AFP
P/S: alahai Awek Lesbian,Ayah kau Buat macamtu sebab dia harap kau bolehbagi cucu untuk dia kepas ni kalau tak ada cucu siapa nak wariskan harta tu,,,nak makan sorang ja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan