Pages

Ganjaran Lot Tanah Menanti Pemain Kelantan,Janji KAFA


 KLIK=sini

Tahniah diucapkan kepada barisan pemain kelantan kerana berjaya menumbangkan pasukan ATM pada Final Piala Malaysia Sebentar Tadi,,,

Berikutan Artikel Utusan Malaysia bertarikh 16 oktober 2012 Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan menghadiahkan lot tanah untuk rumah kepada barisan pemain skuad Red Warriors sekiranya mereka berjaya merangkul tiga kejuaraan termasuk Piala Malaysia pada Sabtu ini.


Perkara tersebut diumumkan oleh Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa dalam majlis perjumpaan dan pembahagian bonus kepada pemain Red Warriors selepas mereka layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia musim ini.
Annuar berkata, perkara tersebut telah dipersetujui oleh pengurusan KAFA selepas mengadakan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Naib Presiden, Rosmadi Ismail.


Menurutnya, hadiah kejuaraan musim ini cukup istimewa kerana ia diberikan dalam bentuk hartanah dan bukannya wang sebagaimana yang dibuat sebelum ini.
"Setiap lot tanah tersebut dianggar berjumlah antara RM60,000 hingga RM80,000 dan dijangka akan menelan perbelanjaan keseluruhan RM2 juta.


"Ini adalah salah satu bentuk manifestasi dari pihak pengurusan Kafa di atas segala kesungguhan yang telah dilakukan oleh barisan pemain sebelum ini," katanya.


Tambahnya, hadiah tersebut pastinya akan dikenang sampai bila-bila oleh semua barisan pemain Red Warriors sekiranya mereka berjaya merangkul kejuaraan treble musim ini.


Annuar memberitahu ganjaran tersebut diputuskan dengan mengambil kira kebaikan untuk masa depan pemain.
"Kita fikir ganjaran ini adalah baik bagi pemain kerana KAFA mahu mereka mempunyai aset yang boleh memberikan kebaikan di masa hadapan terutamanya pemain muda.


"Saya berharap barisan pemain Kelantan dapat memanfaatkan peluang beraksi pada pentas final Piala Malaysia musim ini sebaik mungkin bagi merealisasikan impian merangkul tiga piala musim ini," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Annuar meminta penyokong Red Warriors supaya menjaga perilaku ketika menyaksikan perlawanan akhir itu nanti.

"Jaga nama baik pasukan, perilaku penyokong adalah tanggungjawab KAFA," tegasnya.


3 ulasan: