gambar sekadar hiasan |
Ini sebuah kisah benar yang memaksa para pembaca terkedu dan terkilan bila membacanya.
Kejadian ini telah lama wujub iaitu permulaan dari zaman nenek moyang dahulu . Dipendekkan cerita salah sebuah sekolah berasrama penuh di sekitar Negeri Sembilan terdapat 1 Sekolah lama yang dihuni kesemuanya pelajar perempuan .
Setiap malam purnama ia bagaikan jadual untuk para hantu merasuk dan yang pelik kenapa hanya gadis Melayu sahaja dingangu dan kenapa tidak mengangu gadis lain? . Lalu Pengetua sekolah itupun memanggil seorang bomoh atau dukun yang handal dan boleh diakui pengalamanya dalam memburu hantu - hantu atau Jin - Jin .
Pada Malam yang dinanti , bulan mengambang penuh dan Pak Bomoh pun memulakan menteranya , lilin dipasang kemenyan di asapkan maka berserulah Pak Bomoh tersebut selang dalam beberapa minit kemudian bulan purnama semakin suram dan sambil diikuti oleh angin yang kuat .
Tiba - tiba kelibat lembaga hitam dengan wajah yang mengerikan muncul di celah - celah asap kemenyan dan tanpa berlengah lagi Pak Bomoh pun menanya kan soalan . ' hai Jin - jin sekalian kenapakah kamu dan keturunan kamu suka mengacau dan merasuk anak - anak gadis Melayu kami!" sergah Pak Bomoh tersebut . Akhirnya Jin -Jin dan sekutu kerabat nya pun beramai ketawa dan menjawab dengan bangga mengatakan :
"Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan
Tak Menarik Hati, Tiada Memikat"
"Kalaulah Memang, Tak Mungkin Aku Tertarik
Kalaulah Sungguh, Tak Mungkin Aku MERASUK..."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan