Pages

Kisah Orang Terkaya DiMalaysia Robert Kuok (Sugar King)

                                             
                                 Robert Kuok a.k.a The Real “SUGAR” DADDY..

Manusia terkaya di malaysia  siapa lagi kalau bukan Robert Kuok (sugar king) yang membuatkn anda terkebil-kebil biji mata apabila melihat angka kosong pada label harga jika ia adalah barang belian!!!
Ya, top list billionaire ini Berjaya mengekalkan kedudukan teratas dalam ranking orang paling kaya di Malaysia selepas menang tahun lepas dan dia dianggarkan mempunyai asset lebih dari 50 billion..
Ternyata angka ini jika dimuatkan untuk menulis cek, melebihi kotak yang disediakan dengan angka 5 di ikuti 10 angka kosong dan jika dimuatkn sekali sen,menjadikan 12 angka kesemuanya.

Mungkin bagi orang yang sudah berumur misalnya datuk nenek kita,masih tidak mampu membayangkan berapa banyaknya 50billion itu. Jadi di sini, saya ingin berkongsi apa yang boleh dibuat dan di imagine dengan billions itu.

Kekayaaan beliau ialah 200 kali lebih banyak daripada belanjawan negeri perlis yang di umumkan baru-baru ini,iaitu RM262 million ,dan  lebih 100 kali belanjawan negeri Kelantan yang bernilai RM464 billion.  Bukan itu sahaja, kekayaan beliau juga melebihi 30 kali lebih besar daripada belanjawan negeri terkaya di Malaysia,Selangor iaitu RM 1.43 billion.


Dengan 50billion kekayaan milik kuok itu jika ditaksirkan melebihi budget untuk membina 4 buah putrajaya atau 5 buah lapangan terbang se-gah KLIA.

Jika kuok juga memberi ang pow RM5 kepada setiap seorang penghuni di bumi ini..dia ternyata masih mempunyai baki hampir RM15 billion dan berkedudukan di tempat kedua selepas T.Ananda Krishnan,yang mempunyai asset bernilai RM45.8 billion (Malaysian Business)
Paling ketara,jika duit kertas RM10 Kuok itu di ikat pada tali , ia mampu menyambung jauh dari Johor Bharu,kampong halamannya sehingga ke Hongkong,tempat kediamannya sekarang.

Kuok juga di senaraikan dalam majalah terkenal Forbes sebagai orang terkaya di asia tenggara,menduduki tempat ke lapan dalam senarai asia terkaya dan merangkul tempat ke 34 dalam dunia!. Dengan diungguli oleh Carlos Slim Helu no.1 dengan kekayaan lebih US$53.5billion atau RM165.8billion di ikuti American Bill Gates,the Microsoft president dengan harta bernilai US$53 billion(RM164billion)
Even then,dengan menduduki tempat itu bermakna Kuok telah mengatasi kekayaan George Soros,the American currency trader yang famous 14tahun dahulu dan mengetepikan Russian magnate Roman Abramovich. Soros disenaraikan terkebawah satu ranking dari Kuok dan jauh meninggalkan free spending owner of glamour English premier league club Chelsea yang memegang tempat ke 50 orang terkaya di dunia dengan nilaian asset berjumlah US$11 billion(RM 34.1 billion)

Kuok yang mengembangkan empire perniagaan bermula dari saudagar gula,kemudian mencuba nasib dalam bidang perhotelan seterusnya menceburi bidang  minyak dan gas telah mendominasi ranking top billionaire Negara di ikuti Public Bank’s Tan Sri The Hong Piow,Genting Group’s Tan Sri Lim Kok Thay and Bumiputera unggul Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary of the AlBukhary Foundation.
Sesetengah pendapat juga mengatakan ranking kekayaan di dominasi juga keluarga di raja,ahli politik dan businessman lain. But whatever it is, we have to hand it to him for his self-made achievements. Namun begitu, Kuok memilih untuk menetap di Hongkong sehingga sekarang.



“Beliau sungguh teliti, bercita-cita tinggi dan tak banyak cakap, mudah didampingi. Pertuturannya lemah lembut, sopan dan tertib. Kalau kita tak setuju dengan pendapat dia pun, kita pasti akan menghormati sikapnya,” itulah gambaran yang diberi oleh Tan Sri Ramon Navaratnam mengenai Robert Kuok.
“Kunci kejayaan beliau adalah keberaniannya mencuba apa jua bidang perniagaan, ditambah pula tenaga pekerjanya yang jujur dan setia” kata sumber yang enggan namanya disebut.
tan sri robert-kuok
Dalam satu wawancara eksklusif dengan majalah alumni National University of Singapore pada 2000, Kuok berkata kejayaannya adalah hasil kerja keras. “Jangan harapkan jalan singkat untuk berjaya. Jika kita berjaya, orang akan mula memperkatakannya bertahun-tahun. Mereka akan datang jika reputasi kita kukuh”.
Bapanya, Kuok Keng Kang, seorang pendatang dari wilayah Fujian, China, membentuk Tong Seng & Company di Johor selepas memperolehi lesennya dari Sultan Johor. Beliau telah menguruskan Tong Seng sebagai syarikat yang masyhur dalam bidang pengedaran beras, gula dan tepung di samping dagangan am dan barangan sejuk. Kemudian beliau diberi kontrak membekal bahan mentah untuk kira-kira 50,000 tahanan perang Jepun di Johor ketika perang tamat.
Perniagaan bapanya membolehkan Kuok belajar di sekolah aliran Cina dan Inggeris, termasuklah di Raffeles College sebelum pencerobohan Jepun. Beliau kemudian bekerja dengan Mitshubishi Dhoji Kaisha yang menjual garam, gula dan beras.
Untuk memperbesarkan perniagaan keluarganya, Kuok mencontohi hubungan rapat yang dipupuk oleh bapanya dengan pemimpin Melayu Johor.
Titik permulaan empayarnya tercatat selepas Merdeka. Beliau menubuhkan Malaysia Sugar Manufacturing Company pada tahun 1958 dengan kerjasama Mitsui Bussan Kaisha Ltd dan Sugar Nissin Manufacturing. Pada 1964, beliau membina kilang gula pertama Malaysia, Malayan Sugar Manufacturing dengan mendapat kuasa monopoli dari kerajaan.
Beliau turut membuka ladang tebu pertama negara, Perlis Plantation di tanah milik kerajaan dengan bantuan Felda. Pada sekitar 1970an, ladangnya diluaskan ke Indonesia, menjadikannya salah seorang pedagang utama gula dunia.
Urusannya mendapat kerjasama pihak berkuasa seperti Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan Amanah Saham Nasional yang membolehkan mengekalkan hubungan peringkat tertinggi dengan kerajaan.
Ini mendorong kerajaan meminta bantuan Kuok untuk menubuhkan Malaysia-Singapore Airlines(MSA) pada lewat 1960an serta syarikat perkapalan ulung negara, Malaysia Shipping Line Corporation pada 1968 ( kini MISC ). Beliau juga terbabit dengan penubuhan Bank Bumiputra Bhd dan Perbadanan Nasional Bhd yang dibentuk bagi menarik penyertaan orang melayu di bidang ekonomi.
Pada 1974, beliau memindahkan operasinya dari Malaysia dan Singapura ke Hong Kong kerana sebab-sebab cukai. Ada pihak yang mengandaikan, langkah ini disebabkan ‘wujudnya persaingan sengit di kalangan usahawan Melayu dan Cina di Malaysia, disamping keperluan memelihara kepentingan beliau sendiri’.
Di Hong Kong, Kuok menubuhkan Kerry Trading Company (kerry) dan melangkah ke bidang media serta hartanah. Kerry menguasai kira-kira 10 syarikat terbitan awam Hong Kong, termasuk South China Morning Post (SCMP), akhbar berbahasa Inggeris terunggul yang dibelinya dari Rupert Murdoch pada 1993. Beliau juga mempunyai kepentingan dalam The Bangkok Post.
Dengan menggunakan SCMP, beliau mengambil alih TVE Holdings yang terbabit dalam bidang hartanah, hiburan, runcit dan penerbitan dengan harga RM570 juta(AS$150) pada tahun 1996. Beliau juga adalah ahli perniagaan Asia pertama membina rangkaian hotel lima bintang, Shangri-la.
Dari Hong Kong, Kuok beralih pula ke tanah besar China dengan melabur dalam bidang pembangunanhartanah, hotel, dagangan, komoditi, khidmat gudang dan Coca Cola.
Ketika orang lain teragak-agak, Kuok memberanikan diri melabur di Negara bergolak seperti Indonesia pada tahun 1960an dan Filipina pada 1980an. Hasilnya, beliau berjaya menjalin hubungan kukuh dengan pihak berkuasa negara terbabit sejak empat dekat lalu.
Beliau juga memupuk hubungan baik dengan ahli perniagaan Cina Asia seperti Lim Sioe Liong, Oei Hong Leong, Li Ka Shing, Tan Sri Khoo Kay Peng, Datuk Tan Chin Nam, Run Run Shaw, TT Tsui, Roberto Ongpin dan Chatri Sophonpanich dalam apa yang kikatakan ‘Rangkaian Bamboo’.


7 ulasan: