Pages

Siapakah Wanita Disebalik Kejayaan Rekod Felix Baumgartner



Nicole Oetl's Felix Baumgartner's Girlfriend.

Apabila teman lelaki Nicole Oetl's berkata dia pergi bekerja, ini bermakna teman lelakinya naik sejauh 24 kilometer keatas bumi dan kemudian melompat turun melebihi kelajuan bunyi.

Pada petang ahad waktu mexico apabila Felix Baumgartner memecahkan rekod melepasi halangan bunyi ,Para saintis,jurutera dan peminat hanya berharap payung terjun yang digunakan olehnya berfungsi sempurna.Namun tidak bagi teman wanitanya Nicole Oetl  yang hanya mahu dia untuk terus hidup.


"I'll be relieved when Felix is [standing] before us,"  kata beliau kepada orang ramai dan media yang berkumpul di Roswell, New Mexico untuk menonton skydiver  berusia 43 tahun yang berasal dari  Austria itu membuat sejarah dunia.

Sebagai penerjun bebas terpantas  dari ketinggian tertinggi lebih 128097-kaki,
 Baumgartner banyak memberikan ucapan terima kasih . antaranya paling penting adalah teman wanitanya . Teman wanita yang berusia 30 tahun itu menyapu air mata kerana dia melihat teman lelakinya dihadapan kamera bersama-sama ibu bapanya.



Oetl adalah gimnas dan seorang  jurulatih gimnastik yang berpangkalan di Linz, Austria. Dia telah mempunyai hubungan dengan Felix Baumgartner selama  dua tahun dan dalam masa itu  dia telah banyak  melihat aksi terjunan Felix Baumgartner

Antara pencapaian Felix Baumgartner termasuk terjun dari bangunan tertinggi di dunia dan terjunan udara merentasi Selat Inggeris. Tetapi misi ini, yang melibatkan bebas jatuh 23 km, adalah misi paling berbahaya bagi beliau.

Selepas misinya, Baumgartner mendakwa mahu menetap dengan Oetl di Amerika Syarikat dan di Austria. seperti teman lelaki normal.

.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan