Pages

Tahniah Zulfahmi Khairuddin Moto Gp 2012 sepang Malaysia



Tahniah diucapkan kepada pelumba malaysia Zulfahmi Khairudin kerana berjaya berada diatas podium  berada di tempat kedua untuk Moto Gp 2012 Sepang Malaysia.



Zulfahmi yang beraksi dalam pasukan Air Asia dan membawa jentera KTM itu benar-benar tidak menghampakan peminatnya dan seluruh rakyat Malaysia,Beginilah prestasi yang diharapkan peminat.

Zulfahmi telah mencatat masa terpantas pada sesi ujian masa semalam dan bermula pada petak pertama hari ini ,Menggunakan peluang yang ada itu sebaik mungkin untuk mendapat tempat kedua dibelakang sandro Cortese dari pasukan Red Bull



Prestasi Zulfahmi yang sebelum ini mengutip ranking 10 teratas dalam kejuaraan Moto Gp dunia dalam kategori Moto 3 sudah mendapatkan hasil di Pentas Malaysia Sendiri

Apa yang diharapkan Zulfahmi dapat mengekalkan prestasi yang baik ini dan mengharumkan nama negara di pentas Moto Gp dunia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan