Pages

Windows 8 Bakal Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada 29 Oktober



microsoft windows 8 akan dilancarkan di malaysia secara rasmi
Seperti semua sedia maklum, Windows 8 merupakan sistem operasi generasi baru daripada Microsoft, yang mana bakal dilancarkan di Amerika Syarikat pada 26 Oktober kelak, dan untuk pasaran Malaysia, ia akan dilancarkan selepas tiga hari, iaitu pada 29 Oktober.
Perbezaan masa ini berkemungkinan kerana jatuhnya cuti perayaan pada hari Jumaat ini, 26 Oktober, sekaligus mungkin membuatkan pihak Microsoft menangguhkan pelancarannya ke hari Isnin, 29 Oktober.
Bersama-sama dengan pelancaran Windows 8, ia juga dijangka yang mana pelbagai peranti terkini, terutamanya komputer riba dan juga tablet Windows 8 daripada rakan kerjasama Microsoft, termasuk berkemungkinan besar, microsoft Surface sendiri. Harga jualan rasmi Windows 8 di Malaysia juga mungkin akan diketahui hari tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan