Pages

Aaron Aziz Bakal Arah Filem


Aaron Aziz Bakal Arah Filem







Aaron Aziz Bakal Jadi Pengarah Dan Penerbit Filem

Aaron Aziz Bakal Arah Filem Bersama Ahmad Idham


Nampaknya rezeki Aaron Aziz semakin bertambah didalam Industri perfileman Malaysia ni,,
 Aaron memberitahu bahawa kini dia sedang dalam perancangan untuk mengarah dan menerbitkan filem bersama pengarah terkenal, Ahmad Idham.
“Ia masih dalam perancangan, Insha’Allah nak cuba jika semuanya berjalan lancar.”
Aaron turut memberitahu bahawa dia akan turut berlakon sekali didalam filem arahan mereka berdua jika perancangan ini menjadi. Jika benar, pastinya gabungan kedua pelakon dan pengarah ini akan menghasilkan sebuah filem yang berkualiti dan menarik.
Dalam kesibukannya yang baru sahaja selesai menjalani penggambaran untuk ”Fear Factor Selebriti Malaysia’, Aaron kini terpaksa berulang-alik diantara Malaysia dan Singapura demi menguruskan produksi sendiri di sana. Pelakon kacak ini juga mengaku mempunyai masalah tidak cukup tidur kerana sibuk bekerja.
“Saya tidur tak pernah cukup, rehat pun tak cukup. Saya cuba cari peluang untuk tidur, agak pening kepala juga la,” ujar Aaron.
Dalam perkembangan terbarunya, Aaron bakal muncul dengan filem “Lari” arahan Ahmad Idham yang dijangka akan ditayangkan sekitar tahun 2013.

Aaron Aziz Pengacara Fear Factor Selebriti Malaysia Klik=SiNI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan