Betty Benafe Masuk Hospital
Betty Benafe Masuk Hospital Dan Jalani Pembedahan
Sejak dua menjak ini menjadi heboh apabila pelakon dan penyanyi kacukan Melayu-Jawa-Arab, Betty Banafe, 33, pada Ahad lepas tiba-tiba mengakui dia keliru dan hampir pasti untuk membatalkan majlis perkahwinan dengan pemuda yang telah mengikat tali pertunangan dengan dirinya pada 14 Jun lalu itu.
Bagaimanapun semalam, Betty mengakui kepada Kosmo! bahawa dia nekad mahu meneruskan pernikahannya tersebut seperti yang telah dijadualkan.
Pernikahan itu tetap akan berlangsung pada 12 Disember menjelang pukul 7.45 malam di Pusat Konvensyen Danga Bay, Johor Bahru.
Pelakon filem Haru-Biru dan drama Spa Q itu mengakui berlaku perselisihan pendapat antara dia dan tunangnya itu dan masalah tersebut lebih menjurus kepada masalah perbezaan budaya serta tidak melibatkan orang ketiga atau masalah lain.
Dalam pada itu, pemilik nama sebenar Betty Ibtisam Abu Bakar Banafe itu dikhabarkan terpaksa masuk hospital pula. Apakah yang berlaku?
Khabarnya Betty akan masuk hospital, betulkah?
Saya dimasukkan ke pusat perubatan pakar Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras, Selangor pada pukul 5 petang Selasa (semalam, 20 November). Keesokan paginya (hari ini, 21 November) saya akan menjalani pembedahan sista ovari. Pembedahan tersebut akan mengambil masa selama dua hari. Ini merupakan kali kedua pembedahan yang sama saya lakukan setelah kali pertama pada 23 November, 2007
0 ulasan:
Catat Ulasan