Pages

Erra Fazira Dan Engku Emran Sudah Bercerai Betul ker

















Satu persoalan panas dan hangat telah dibincangkan di laman forum Cari mengenai status rumahtangga Erra Fazira dan Engku Emran Namun Perkara sebenar masih belum diketahui ini hanyalah gosip semata-mata

Menurut sumber yang boleh dipercayai...Erra Fazira dan Engku Imran telah pun sah bercerai hujung bulan Oktober yang lalu. 

Nampaknya desas desus tidak enak tentang rumahtangga Erra Fazira dan Engku Emran kembali ke status yang meragukan walaupun cuba dineutralkan sebelum ini.

Kenyataan Engku Emran yang mengatakan hubungan mereka suami isteri masih kekal utuh nyata tidak dapat membantu meredakan spekulasi yang wujud hampir setahun ini.

Murai semalam melaporkan yang Erra Fazira memberikan satu kenyataan kepada sebuah akhbar tempatan yang seakan redha dengan apa pun yang terjadi selepas ini.

“Apapun, sama ada jalan seorang ke ‘kanan’ dan seorang lagi ke ‘kiri’ yang kami pilih nanti, saya redha. Saya harap semua orang mendoakan yang terbaik buat kami,” ujar Erra Fazira.

Engku Emran yang dihubungi wartawan Murai untuk mengulas kenyataan isterinya itu bagaimana pun enggan untuk berikan apa apa komen & kenyataan lanjut.

“Cukuplah dengan kenyataan yang telah saya berikan sebelum ini. Saya minta maaf, saya tidak mahu mengulas lanjut lagi. Saya tak mahu memberi sebarang kenyataan lagi kerana bimbang isu ini akan terus merebak,” ujar Engku Emran ringkas.


Download Aplikasi terbaru Di= Sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan