majlis akad nikah ini dilangsungkan di tepi tasik sekitar ruang legar Hotel Flamingo,Ampang ,Kuala Lumpur.Farid Kamil seterusnya terus melakukan solat sujud syukur sejurus selepas pernikahan bagi memanjatkan kesyukuran setelah sah menjadi suami isteri
“Saya bersyukur semuanya berjalan lancar pada hari yang sangat bermakna kepada saya dan juga Diana. Saya mengharapkan perkahwinan ini kekal ke alam syurga,” kata Farid Kamil di majlis akad nikah tersebut.
Aktres kacukan Amerika-Melayu ini menerima lima dulang hantaran daripada pengantin lelaki berupa senaskhah Al-Quran dan telekung, sirih junjung, mas kahwin dan cincin, sepasang persalinan, manisan, kek serta kasut dan bag.
Manakala Farid pula menerima tujuh dulang iaitu mini bike Kawasaki, sirih junjung dan Bubble Gum Towel, set pewangi Hugo Boss, sebentuk cincin dan wallet, majalah Polo,manisan dan foto album daripada pihak pengantin.
Sementara itu, majlis resepsi sebelah pihak perempuan akan diadakan pada 30 November 2012 manakala majlis sambut menantu pula akan berlangsung pada 12 Disember di Jitra, Kedah.
KLIK=SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan