Pages

Najib Minta Maaf Kesilapan Lalu,Minta Terus Sokong BN

Najib Minta Maaf Kesilapan Lalu,Minta Terus Sokong BN





Najib Minta Maaf Kesilapan Lalu,Minta Terus Sokong BN


Perhimpunan Agong Umno 2012



KUALA LUMPUR - Sambil menegaskan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bukan "pilihan raya yang biasa", Datuk Seri Najib Tun Razak meminta maaf atas kekhilafan yang wujud masa-masa lalu.


Dilihat cuba menjelaskan bahawa pengundi tidak sewajarnya menghukum atas kesilapan dan kelemahan yang wujud sebelum ini pada PRU13, Presiden Umno berkata, "bumi mana tak ditimpa hujan, laut mana tidak bergelora, bahagian dunia manakah yang wujudnya orang, atau pimpinan, atau persyarikatan atau parti yang tidak pernah tersandung atau tersalah."

"Di atas segalanya, sebagai kepimpinan parti dan kerajaan, kami menyusun jari nan sepuluh memohon maaf atas kekhilafan," kata beliau yang awal tahun ini pernah menzahirkan perkara yang sama di Selangor dan Kedah.



Najib berkata, beliau selaku Presiden Umno bersama-sama timbalanya serta seluruh saf kepimpinan parti, bersumpah dengan nama ALLAH dan Rasul-Nya, berikrar dan berjanji, terus mendahulukan kesejahteraan rakyat, terus memartabat rumpun Melayu, terus membenteng akidah umat dan terus memelihara agama Islam.

"Walau apapun rintangan yang melanda, biar apapun cabaran menghalang, Umno tidak akan berpulang walau setapak, Umno tidak mungkin berpatah jalan.

"Umno takkan berdalih dalam menjulang sebuah kebaktian. Umno dan Barisan Nasional akan mara di barisan hadapan, menghadapi musuh dari luar mahupun dalam," katanya lagi.

Malah kata beliau, pihaknya akan menggunakan segala kudrat yang ada bagi memenangani hati dan fikiran rakyat di gelanggang demokratik.

"Kita akan bersaing untuk setiap undi,  kita akan berusaha untuk meyakinkan setiap rakyat Malaysia, kita juga akan mengetuk setiap pintu hati dan membuka setiap gerbang harapan.

"Kita percaya, rakyat Malaysia berhak mendapat kerajaan yang terbaik dan kita yakin bahawa, Umno dan Barisan Nasionallah yang mampu untuk menawarkan yang terbaik untuk rakyat Malaysia," kata beliau.

Sumber- SInar Harian




RM1 juta dalam genggaman!
Bayangkan, anda peserta rancangan permainan dan wang ganjaran menjadi milik anda sebelum permainan bermula! Tak percaya? Memperkenalkan rancangan permainan yang termasyhur - Money Drop!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan