Pages

Nazmi Faiz Tidak Ambil Peperiksaan SPM Lagi


Mohd Nazmi Faiz Mansor berumur 18 tahun yang telah dijadualkan untuk menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini gagal menghadirkan dirinya pada hari pertama peperiksaan di Sekolah Sukan Bukit Jalil hari ini.

Perkara ini telah disahkan oleh Pengetua Sekolah SSBJ iaitu Datuk Marina Chin.

Seperti yang kita ketahui Nazmi kini beraksi bersama kelab remaja Beira Mar di Portugal dan pada tahun sebelumnya Nazmi gagal menduduki SPM pada bulan November tahun lepas bagi membantu skuad Harimau Muda menghadapi Sukan SEA Indonesia pada tahun 2011. Bagaimanapun pengorbanan tersebut berbaloi apabila skuad negara berjaya meraih pingat emas dengan menumpaskan Indonesia pada temasya tersebut.
Punca ketidakhadiran Nazmi menduduki SPM pada tahun ini sedang dikupas, bagaimanapun pihak media masih gagal untuk mendapatkan maklumbalas berhubung isu ini.
BERSEDIA UNTUK BERTUKAR KE WINDOWS 8 KLIK=SINI
P/s: Nazmi Faiz Mansor kalau tak ambil Spm pun tak apa dah,Dia dah jumpa dengan kareernya.bertahap profesional pula tu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan