Pages

Palestin Diiktiraf sebagai Sebuah Negara Pemerhati Bukan Anggota PBB

Palestin Diiktiraf sebagai Sebuah Negara Pemerhati Bukan Anggota PBB





Palestin Diiktiraf sebagai Sebuah Negara Pemerhati Bukan Anggota PBB

Usaha Palestin untuk mendapat taraf sebuah negara akhirnya tercapai apabila majoriti negara dunia yang menganggotai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengundi menyokong usul sebuah negara Palestin.

Kejayaan ini merupakan satu kemenangan buat rakyat Palestin selepas menanti hampir 65 tahun untuk mendapat status sebuah negara.

Walaupun belum mencapai taraf sebuah negara merdeka, namun pengiktirafan dunia merupakan satu langkah awal bagi Palestin meneruskan rancangan mereka menuntut kemerdekaan.

Kemenangan ini merupakan satu kemenangan bermakna dan berturut-turut setelah serangan rejim Zionis ke atas Gaza selama 8 hari pada pertengahan November 2012 gagal melemahkan Palestin malah berakhir dengan gencatan senjata antara Israel dan Hamas. Kebanyakkan perjanjian gencatan senjata tersebut memihak kepada kerajaan Hamas di Gaza.





Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam mengiktiraf Palestin sebagai negara pemerhati bukan anggota dalam badan dunia itu.

Dalam kekalahan besar kepada Amerika Syarikat (AS) dan Israel itu, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menyifatkan kemenangan tersebut sebagai ‘sijil lahir’ untuk negara Palestin.

Hanya sembilan daripada 193 negara anggota PBB mengundi untuk menentang penaiktarafan status itu, termasuklah AS, Israel dan Kanada, manakala Australia dan Jerman antara 41 negara yang mengambil pendirian berkecuali. - AFP




Mana Naga sebenarnya?
Maharaja Lawak Mega 2012 mempersembahkan aplikasi Mana Naga – permainan yang memberi anda peluang untuk memenangi hadiah menarik!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan