Perkahwinan Apex Dan Leuniey Dapat Tajaan RM300,000
Apex Dan Leuniey Ditaja RM300,000
Semalam setelah penjaga gol bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat (Apex) telah mengumumkan tarikh nikahnya pada 28 Disember ini.
Pada majlis pengumuman itu Apex selain mengumumkan tarikh perkahwinan, pasangan ini turut menerima tajaan daripada pelbagai pihak.
Diberitakan nilai jumlah tajaan yang diterima mereka mencecah lebih dari RM300 ribu. Bahkan menurut info, itu hanyalah sebahagian saja dari penaja malahan diberitakan ada beberapa lagi tambahan pihak penaja, kelak.
Dalam pada itu, bila ditanya mengenai persiapan perkahwinan, Apex berkata segalanya diserahkan kepada pengurus, keluarganya dan pihak Leuniey. Menurutnya sehingga kini segala persiapan berjalan dengan lancar.
Apex turut mendedahkan pada bulan Oktober lalu, dia telah menghantar rombongan untuk melamar Leuniey. Menurut Apex, tiada majlis khas diadakan, sebaliknya kedua-dua belah keluarga berjumpa dan menikmati makan malam bersama-sama.
Diminta mengulas tentang tarikh yang dipilih untuk mereka di ijab kabul iaitu pada 28 Disember ini, Apex yang kini berusia 23 tahun itu menjelaskan tarikh tersebut tidak membawa apa-apa maksud istimewa.
“Jodoh itu rahsia Allah. Jodoh saya dah sampai dan saya hanya ikut gerak hati saya. Kematangan Leuniey serta sikapnya yang memahami membuatkan saya terpikat padanya. Dan saya juga yakin selepas berkahwin nanti dia tetap akan memahami kerjaya saya.
“Walaupun perkenalan saya dan Leuniey singkat tapi saya yakin dia adalah pilihan tepat. Dan tak salah kalau benda baik (berkahwin) dipercepatkan”, katanya.
KLIK= SINI
KLIK= SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan