PARIS 5 Nov. - Syarikat pengeluar kereta terkemuka Perancis, Renault dan Kumpulan Caterham, milik Tan Sri Tony Fernandes hari ini mengumumkan kerjasama untuk mereka bentuk dan membangunkan kereta sport mampu milik jenama Alpine.
Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia turut mengumumkan pembelian 50 peratus saham dalam syarikat itu.
Melalui kerjasama itu, Kumpulan Caterham akan memiliki 50 peratus kepentingan dalam syarikat Automobil Renault Alpine, yang pada masa ini 100 peratus dipegang oleh Renault SAS.
Menurut Tony, kereta sport mampu milik yang bakal dibangunkan oleh jurutera-jurutera tempatan Perancis itu khusus untuk pasaran dunia.
KLIK=SINI
adakah kereta konsep renault Alpine seperti gambar diatas ayang dimaksudkan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan