Pages

5 Kamera DSLR Dengan Kualiti Yang Terbaik | Kenapa Perlu Beli DSLR

5 Kamera DSLR Dengan Kualiti Yang Terbaik | Kenapa Perlu Beli DSLR

























5 Kamera DSLR Dengan Kualiti Yang Terbaik | Kenapa Perlu Beli DSLR



Terdapat dua kategori utama kamera digital iaitu Point and Shoot (PnS) dan Digital Single Lens Reflex (DSLR) BAsic,Amatur dan Pro Level.

Kedua-duanya saling melengkapi dan berguna untuk situasi berbeza. Untuk kualiti, DSLR dipilih tetapi PnS lebih mudah dibawa.

Industri kamera digital sentiasa berubah. Setiap kategori meminjam ciri kategori yang lagi satu.

Megapixel bukan Segalanya

Satu salah tanggapan yang kerap didengar mengguna kamera digital ialah megapixel adalah penentu utama kualiti kamera.

Megapixel BUKAN segalanya. Walaupun PnS boleh mencapai 12 megapixel, bukan bermakna ia lebih baik dari DSLR dengan hanya 6 megapixel.

Kenapa ini berlaku ialah saiz sensor imej yang digunakan dalam PnS jauh lebih kecil dari sensor imej DSLR. Kadang-kadang bezanya hingga 25 kali. Ini bermakna setiap pixel dalam PnS terpaksa dikecilkan dan mengumpul jumlah photon yang sedikit. Jika kita mengambil gambar dalam keadaan kurang cahaya, imej menjadi lebih berbintik-bintik (terdapat 'hingar').


Untuk tujuan perbincangan, DSLR di sini dianggap kamera yang boleh menukar lensa. DSLR yang asal mempunyai cermin pantulan (reflex mirror) yang membolehkan kita melihat imej secara langsung. Apabila dipetik, cermin naik ke atas membolehkan sensor imej menangkap imej. Beberapa kamera hari ini yang menggunakan standard micro Four-Thirds membolehkan kita melihat imej menerusi lensa tetapi tidak mempunyai cermin, jadi bukan DSLR tulen.

Janganlah beli DSLR jika kita merancang untuk menggunakan dalam mod Automatic. DSLR adalah mahal yang membantu mengambil imej yang menakjubkan, tetapi hanya jika kita mempunyai masa dan kesabaran untuk belajar dan berkarya.


OK, ini 10 sebab kenapa kita patut beli DSLR.


  1. Kualiti imej -- DSLR dengan sensor lebih besar menghasilkan gambar yang kurang hingar. Dengan PnS, hingar akan kelihatan pada setiap setting ISO, malah pada setting terendah. Dengan DSLR, kita boleh menghasilkan gambar yang boleh tahan walau pun pada setting ISO yang tinggi.
  2. Kawalan kreatif -- DSLR mempunyai banyak setting yang boleh diubahsuai: kelajuan shutter, aperture, imbangan putih, ketajaman, kontras, sinkronisasi flash, dan banyak lagi... Pada DSLR mahal, terdapat banyak butang di hujung jari membolehkan kita menukar setting tanpa masuk ke menu.
  3. Aksesori -- DSLR boleh menggunakan pelbagai lensa dan akseori membolehkan banyak kemungkinan. Kebanyakan PnS hanya mempunyai zum optikal 3x, tetapi DSLR boleh dipasang dengan lensa sudut luas ke super telephoto bergantung keperluan dan bajet. Tambah lagi aksesori lain seperti flash, filter, remote control etc menjadikan DSLR sesuai untuk pelbagai situasi. Jangan lupa terdapat pelbagai tahap kualiti lensa, dan kualiti imej bergantung sangat kepada kualiti lensa.
  4. Pantas -- 'Shutter lag' ialah lengah antara masa memetik shutter dan masa imej sebenarnya dirakam. Dengan DSLR, boleh dikatakan tiada shutter lag.
  5. Kualiti Badan -- Kebanyakan PnS dibuat dari plastik, plastik dan lagi lagi plastik. Rasanya macam tak kukuh dan memang mudah pecah. DSLR dibina dengan standard lebih tinggi. Terdapat DSLR murah yang dibuat dengan plastik tetapi lebih tahan dari PnS yang berharga sama. DSLR berharga RM5000 mempunyai badan berteraskan logam (Nikon D300, Canon 40D, dsb). Badan profesional paling mahal adalah yang paling tahan lasak dan tahan air. Mana ada jurufoto perang menggunakan PnS?
  6. Viewfinder -- Ramai pengguna PnS menganggapnya suatu kelemahan apabila melihat imej melalui viewfinder sebelum memetik. Pada hakikatnya ini suatu kelebihan. Melihat gambar melalui viewfinder membolehkan kita melihat bahagian imej yang dalam fokus, tanpa silau pada LCD. Barulah WYSIWYG (what you see is what you get)!
  7. Bokeh yang cantik -- Disebabkan sensor imej lebih besar, depth-of-field lebih sempit. Ini membolehkan kita mengambil gambar dengan latar belakang yang kabur (bokeh) yang cantik.
  8. Ergonomik -- DSLR lebih besar dan ada tempat genggam tangan membolehkan kita memegang kamera pada tempoh yang lama dengan selesa. Kamera murah tempat genggamnya kecil.
  9. Tak jatuh harga -- DSLR amnya tak jatuh harga berbanding PnS. Model-model DSLR kurang diganti berbanding PnS.
  10. Lensa berkualiti -- Amnya lensa DSLR lebih baik berbanding lensa PnS. Lensa DSLR lebih besar, dan terdapat lebih kaca untuk meningkatkan kualiti. Belilah lensa terbaik yang termampu. Jika ada dana lebih, belilah lensa bukan badan DSLR. Lensa tahan lebih lama dan harganya kurang jatuh berbanding badan DSLR. Untuk menjimatkan kos, beli saja lensa terpakai dan layarilah lelaman jualbeli seperti FTZ, Mudah.my dan forum PhotoMalaysia.



Kelemahan DSLR:


  1. Mahal -- Walaupun harga DSLR murah menyamai PnS mahal, anda selalunya akan membeli lensa dan aksesori lain.
  2. Besar & berat -- Ada masanya PnS lebih sesuai kerana boleh dibawa dalam tas tangan atau dalam poket.
  3. Penyengaraan -- Habuk boleh masuk kamera setiap kali menukar lensa, dan DSLR lebih baik dihantar ke pusat servis untuk mencuci sensor secara profesional.
  4. Bising - PnS biasanya boleh mengambil gambar secara senyap-senyap.
  5. Kompleks -- DSLR direka untuk operasi manual maknanya kita perlu tahu fungsi setiap butang.
  6. Mungkin tiada Live LCD -- Dalam kebanyakan DSLR, viewfinder satu-satunya cara melihat imej. Ada DSLR yang menggunakan Live LCD tetapi selalunya pemfokusan tidak sepantas PnS.

CANON VS NIKON Manakah Patut Dibeli





Ramai pengguna kini lebih gemar Menggunakan Canon  menggunakannya  kerana harganya jauh lebih murah dari Kamera Nikon. Selalunya kamera Canon di gunakan untuk mengambil gambar yang pergerakannya laju  kerana hasilnya ternyata hebat berbanding kamera lain.  Malah Sekeping gambar yang di ambil dalam keadaan sama F: Speed dengan Nikon, kualiti gambar Canon agak cerah berbanding nikon. kepenggunaan kedua kamera ini hampir sama. Perbezaan kedua kamera ini dari segi kedudukan ( Button ) yang boleh di tukar atau ‘Playback’ gambar serta kedudukan setting dalam menu yang tersendiri.
kesimpulannya, Jenama  Canon dan Nikon mungkin mempunyai sistem paling maju dengan pelbagai pilihan lensa dan aksesori, masing-masing menghasilkan sekitar 60 lensa yang berbeza. Sony, sistem Four-Third dan Pentax berada di tangga ke-2, dengan masing-masing hanya mampu  menghasilkan sekitar 30 lensa yang berbeza.






5 Kamera DSLR Dengan Kualiti Yang Terbaik



Digital Single Lens Reflex (DSLR) adalah kamera digital yang menggunakan sistem cermin automatik dan pentaprism atau pentamirror untuk meneruskan cahaya dari lensa menuju ke viewfinder. Yang membezakan DSLR dengan kamera digital  adalah sensor kamera digital  akan bekerja terus menerus untuk menampilkan gambar ke LCD atau elektronik viewfinder, namun pada DSLR sensor akan bekerja hanya ketika pengambilan foto saja sehingga menghasilkan gambar yang lebih berkualiti. Kamera DSLR apa yang mempunyai daya tangkap terbaik? Berikut  5 Kamera DSLR Dengan Kualiti Terbaik


1. Canon EOS Rebel



Canon EOS Rebel adalah siri kamera DSLR yang telah lama bersaing di pasaran dan menjadi pilihan utama pemburu gadget DSLR. Designnya sederhana namun hasilnya begitu indah. Gambar yang dihasilkan mempunyai resolusi 18 mega piksel yang halus dan ISO  100 – 6400 menjadikan sebuah paket yang bagus untuk photografer amatur atau photografer profesional 







2. Nikon D500. 16.2

Nikon D500. 16,2 adalah gadget yang dapat menangkap dan merakam gambar dengan kualiti baik. Nikon D500. 16,2 mapu menghasilkan rakaman dengan kualiti 1080p Full HD video yang menyamai kualiti filem wayang. Kamera ini tergolong bersahabat bagi calon photografer dengan budget minima kerana dijual hanya seharga $ 600, selain menawarkan kualiti yang baik ternyata para photografer juga mampu memiliki  harganya.



3. Nikon D600

Nikon D600 tergolong kamera dalam kelas tinggi, baik dari segi kualitai mahupun harga. Namun Anda tidak akan berasa kecewa dengan harga yang ditawarkan karena feature yang ditawarkan pun sebanding dengan harganya. Kamera Nikon D600 mempunyai resolusi hingga 24 mega pixel, sebuah ukuran yang sangat tinggi dari rata-rata kamera DSLR hanya sebatas dengan 18 mega pixel. Dengan resolusi kamera yang tinggi, Anda akan mendapat gambar berkualiti baik meskipun telah diperbesar beberapa kali. Selain itu Anda juga dapat menghasilkan rakaman berkualiti bioskop.





4. Sony Alpha DSLR-SLT-A55

Sony Alpha DSLR-SLT-A55 adalah kamera DSLR pertama yang dikeluarkan Sony dalam persaingan dunia DSLR. Dengan harga mampu milik $ 450, Sony Alpha DSLR-SLT-A55 menawarkan kamera dengan resolusi tinggi. 16 MP. Kamera ini mudah digunakan baik oleh photografer profesional maupun amatur kerana beberapa fungsi button diletakkan rapi dan selesa digunakan. Kamera ini juga dapat menghasilkan video berkualiti HD




5. Canon EOS 5D Mark III

Canon EOS 5D Mark III adalah kamera yang sangat canggih, mungkin Anda bingung mengapa kamera canggih ini ada di senarai terakhir. Harga $ 3.500 dirasa sangat mahal untuk sebuah kamera DSLR, bahkan kamera ini baru terjual beberapa kerana harganya yang sangat tinggi. Menurut survey, pengguna utama kamera ini adalah para photografer profesional yang mempunyai budget lebih tinggi untuk Anda yang mempunyai budjet rendah jangan berharap pada kamera ini. Dibalik harga yang mahal, kamera ini mempunyai kualitas gambar ISO dengan pengaturan dasar 100-25.600 piksel. Video sekelas bioskop pun mampu di haslkan, bahkan menurut suatu sumber, kamera ini mampu menangkap permukaan matahari







P/s: Itu saja yang mampu,,Kalau ada info lain,Marilah berkongsi,,sebeb ramai lagi yang Otai-otai berkerjaya dalam dunia fotografi ni

Tiada ulasan:

Catat Ulasan