Pages

Google Kena Saman Sebab Pakaian Dalam Penduduk Jepun

Google Kena Saman Sebab Pakaian Dalam Penduduk Jepun



















Google Kena Saman Sebab Pakaian Dalam Penduduk Jepun


Lagi-lagi Street View di Google Map menemui masalah. Seorang perempuan Jepun
menyamannya kerana gambar jemuran pakaian dalamnya di depan apartment muncul di peta
Google hanya disaman sebanyak 600.000 yen

Gambar tersebut diambil kendaraan Google Street View yang lalu di depan apartmentnya.
Seperti dilaporkan surat khabar tempatan Mainichi, gambar tersebut menyebabkannya stress
dan tekanan psikologi yang sangat mendalam.

"Saya diselubungi ketakutan sehingga merasa diletakkan sebagai target kejahatan seksual,"
kata perempuan tersebut dalam sidang pertamanya di Fukuoka. Bahkan kerana terus dibayangi

ketakutan, perempuan tersebut terpaksaberhenti dari pekerjaannya dan pindah tempat tinggal.
Dalam samannya, dia menyatakan bahawa sejak melihat gantungan baju dalamnya tersebar di
internet, penyakit obsessive-compulsive disorder pada dirinya semakin parah. Dia juga menjadi

takut kerana merasa bahawa segala hal peribadi yang dilakukannya seperti diintip.
Google sendiri mengganggap saman itu sangat serius dan terus menghapuskan gambar itu
ketika perempuan Jepun itu mengajukan saman kemuka pengadilan pada Oktober yang lalu.
Namun, ibarat nasi sudah menjadi bubur, perempuan itu merasakan dirinya menjadi korban.
"Saya dapat memahami bahawa itu hanyalah sebuah gambar. Namun, menampilkan gambar
pakaian dalamnya, yang sedang dijemur di luar rumahnya, adalah perbuatan yang jelas salah,"
ujar perempuan itu.

Kredit

Tiada ulasan:

Catat Ulasan