Pages

Kamera AES Disembur Cat Merah

Kamera AES Disembur Cat Merah




Kamera AES Disembur Cat Merah

SHAH ALAM – Dua kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Lembah Klang menjadi sasaran perbuatan vandalisme apabila kedua-duanya disembur dengan cat merah, yang dipercayai dilakukan awal pagi tadi.
Hasil tinjauan di Kilometer 6.6 Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) petang ini mendapati kamera itu masih berfungsi seperti biasa, tetapi proses rakaman mengalami gangguan ekoran cat merah pada permukaan kamera.
Tinjauan mendapati kamera masih cuba merakam imej kenderaan yang dipandu melebihi had laju memandangkan ‘flash’ masih berfungsi. Pengguna di laluan juga didapati memandu seperti biasa.
Laporan sebuat portal berita semalam juga menyebut bahagian ‘flash’ kamera AES itu ditutup dengan plastik. Namun plastik itu tidak kelihatan hari ini, sebaliknya bahagian kamera disembur dengan cat merah.

Situasi tersebut juga dilaporkan di Kilometer 301.7 Lebuh Raya Utara-Selatan, arah ke Kuala Lumpur.
Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Imran Abdul Rahman sewaktu dihubungi wartawan, mengesahkan menerima laporan berhubung perbuatan itu pada jam 2 petang tadi.
Imran berkata, kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.
“AES di lokasi terbabit didapati tidak berfungsi serta apabila diperiksa ada kesan cat merah pada sensor kamera itu, kontraktor berkenaan segera melaporkan insiden tersebut di Balai Polis Salak Tinggi”
“Pihak polis sehingga kini masih belum mendapat sebarang maklumat berhubung pelaku kejadian ini, dan akan segera menyiasat


Tiada ulasan:

Catat Ulasan