Kejam!! Bayi Setahun Dibunuh Dan DIbakar | Polis Tubuh Pasukan Khas Untuk Siasatan
Kejam!! Bayi Setahun Dibunuh Dan DIbakar | Polis Tubuh Pasukan Khas Untuk Siasatan
Johor Bahru: Mayat seorang bayi perempuan yang dipercayai dibakar ditemui berhampiran longgokan sampah di Jalan Salleh, Taman Ungku Aziz, di sini semalam.Difahamkan, mayat bayi dipercayai berusia setahun dengan kesan bakar hampir 80 peratus pada anggota badan orang awam sebelum melaporkannya kepada polis kira-kira jam 4.35 petang.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Johor, Datuk Dr Hashim Haron, berkata siasatan awal mendapati bayi itu disyaki dibakar menggunakan petrol selepas polis menemui tong berisi bahan pembakar berkenaan di kawasan berdekatan.
Ada kesan lebam
"Kita percaya mayat bayi yang mempunyai kesan lebam pada dahi itu dipercayai dibunuh dan dibakar di tempat lain sebelum dibuang ke kawasan terbabit," katanya ketika dihubungi semalam.
Beliau berkata, mayat bayi yang tidak mempunyai sebarang identiti itu dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) bagi membolehkan bedah siasat dijalankan.
POlis Tubuh Pasukah Khas Buat Siasatan
Polis Johor menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kes seorang kanak-kanakperempuan dipercayai berusia setahun yang dibunuh cara kejam dengan perutnya
terburai sebelum dibakar.
Pemangku Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Superintenden Abdul Samad Salleh ketika
dihubungi (pihak TV3) memaklumkan pihaknya sedang menunggu hasil bedah siasat.
Mayat kanak-kanak perempuan yang dibungkus plastik dengan kesan terbakar itu
ditemui di tepi Jalan Salleh, Taman Ungku Aziz, semalam.
Polis turut meminta orang ramai yang melihat kejadian tampil membantu siasatan.
Mereka yang kehilangan kanak-kanak juga diminta tampil membuat laporan di balai polis
berdekatan.
Kanak-kanak perempuan dipercayai dibunuh sebelum dibakar secara kejam di kawasan
bekas flat Bukit Chagar, Johor Bahru.
Tiada identiti ditemui pada bayi itu dan polis turut menemui kesan minyak petrol dan
plastik yang dipercayai untuk membungkus bayi sebelum dibakar.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
P/S: Persoalan yang bermain di kepala…apalah dosa budak setahun sampai perlu dibunuh dan kemudian dibakar?
Marilah kita berdoa pelaku yang
bertangungjawab ditangkap dan dihukum gantung!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan