Nik Aziz Batal Jadi Tok Kadi Apek Dan Leuniey | Nik Aziz Batal Sebagai Jurunikah Khairul Fahmi Dan Leuniey
Nik Aziz Batal Jadi Tok Kadi Apek Dan Leuniey | Nik Aziz Batal Sebagai Jurunikah Khairul Fahmi Dan Leuniey
Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat membatalkan undangan sebagai jurunikah kepada pasangan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek, 23, dan Leuniey Natasha Nazri, 21, dijadualkan Jumaat ini.
Perkara itu disahkan Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ahmad Fadhli Shaari berkata, tindakan itu disebabkan Nik Aziz perlu menghadiri Mesyuarat Lembaga Pengampunan Negeri bersama Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dijadualkan pada hari sama.
Menurutnya, susulan mesyuarat itu, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas terpaksa membatalkan semua programnya pada hari berkenaan termasuk kuliah Jumaat.
“Menteri Besar mendapat surat berhubung mesyuarat berkenaan dan disebabkan itu, semua programnya pada Jumaat ini terpaksa dibatalkan.
“Beliau meminta maaf tidak dapat memenuhi undangan keluarga pengantin kerana mesyuarat itu amat penting untuk pengampunan banduan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.
Mengikut jadual, pasangan itu akan dinikahkan di rumah keluarga Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat, jam 10 pagi.
Tiga majlis resepsi akan diadakan dengan majlis persandingan pengantin perempuan di Hotel Renaissance, Kota Bharu pada 30 Disember.
Resepsi di pihak Apek pula berlangsung di kediaman keluarganya di Kampung Cherang pada 5 Januari depan.
Pasangan itu turut memilih 13 Januari depan untuk mengadakan majlis resepsi ketiga.
Akhbar sebelum ini melaporkan pasangan terbabit akan dinikahkan Nik Aziz apabila Menteri Besar menyatakan persetujuannya selepas mendapat permohonan daripada keluarga Leuniey dan Apek.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan