Pages

Peraturan China Bunuh Bayi Kembar

Peraturan China Bunuh Bayi Kembar


















Peraturan China Bunuh Bayi Kembar





Jinan Huang, seorang ibu yang berumur 33 tahun, melahirkan bayi kembar 12 di Shanghai
pada hari isnin yang lalu. Jinan, sekarang ini dalam keadaan stabil setelah proses melahirkan
selama 31 jam, diberikan peluang selama seminggu oleh kerajaan untuk memutuskan seorang
bayi yang akan dipilih untuk dibesarkan


“Tetapi kami telah mempertimbangkan dengan serius untuk membesarkan seorang bayi lelaki
yang lahir pada urutan ke dua. Dia adalah bayi paling berat dan oleh kerana itu kami berharap
bayi tersebut akan berumur panjang dan kelak boleh menjaga kami di usia tua nanti.”
“Kami pastinya tidak akan memilih bayi perempuan,” tambah suami Jinan. “Kami yakin
dengan keputusan kami.” lagi sebelas baki bayi yang tidak dipilih oleh Jinan dan suaminya
akan dilemparkan dari atas puncak gunung, sesuai ketetapan yang sudak termaktub dalam
Undang Undang Kelahiran Kembar China. Sejak undang-undang ‘Satu Keluarga Satu Anak’
diwartakan pada tahun 1983, kerajaan China sudah membunuh lebih dari 65 juta bayi kembar
di negara tersebut.

Jinan, yang mengaku bahawa sudah bertahun-tahun berusaha mendapatkan anak, dengan
tegas menolak tuduhan bahawa dia mengambil pil kesuburan, sebuah amalan yang juga
dijanjikan dengan hukuman mati di China. “Saya tidak mengerti kenapa ini boleh terjadi,”
tambahnya. “Kepada seluruh rakyat China dan para pemimpin kami yang terhormat, saya
memohon permintaan maaf atas kelahiran bayi kembar kami yang memalukan dan tidak
bertanggung jawab ini.”

Sifat keperimanusiaan di China rasanya sudah lama PUPUS, kenapa kami berkata begitu?

kerana sudah banyak kes, cerita mahupun berita yang kita dengar mengenai bayi dimakan,
kanak-kanak didera, kanak-kanak dipukul dan kes kanak-kanak yang dilanggar, namun tiada
mana-mana pihak yang mahu tampil untuk membantu!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan