Polis Tumpaskan Sindiket Penipuan Internet, Macau Scam
Polis Tumpaskan Sindiket Penipuan Internet, Macau Scam
PETALING JAYA, -- Polis menumpaskan sindiket penipuan antarabangsa menggunakan Internet atau 'Macau Scam' dengan tertangkapnya 51 orang dalam serbuan di dua buah rumah banglo di Seksyen 12 dan di Setia Bistari, Bukit Damansara, di sini Isnin.Daripada 51 tahanan itu, 45 adalah lelaki dan enam wanita dengan 46 daripada mereka adalah warganegara Taiwan, empat warganegara China dan seorang rakyat tempatan.
Penolong Pengarah Jenayah Siber dan Multimedia Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman ACP Kamaruddin Md. Din berkata kesemua mereka berusia antara 20 dan 40 tahun ditahan dalam operasi tiga jam bermula 12.45 tengah hari.
"Sindiket ini tidak beroperasi di negara sendiri bagi mengelak dikesan pihak berkuasa negara mereka dan mereka berpangkalan di negara ini," katanya kepada pemberita di Seksyen 12, di sini, hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan