Pages

Sebab Malas Belajar Dan Cara Mengatasinya

Sebab Malas Belajar Dan Cara Mengatasinya 









Sebab Malas Belajar Dan Cara Mengatasinya 



Belajar adalah kewajipan seorang pelajar, hidup tanpa belajar bagaikan raga tanpa jiwa. Tetapi, masalah malas belajar selalu menghantui ramai pelajar pelbagai peringkat. Berikut adalah antara alasan mengapa kita sering malas belajar.

Sebab Malas Belajar:



1. Susah memahami soalan atau isi pelajaran
Permasalahan ini sering dijadikan alasan untuk malas belajar. Untuk mengatasi permasalahan tersebut, kita boleh belajar berkumpulan dengan kawan2 kita.

2. Keadaan sekitar tempat belajar
Seandai persekitaran tempat kita belajar tenang, maka kita dapat fokus untuk belajar dengan mudah. Selok-eloknya, pelajar haruslah mencari tempat belajar yang kondusif dan kurang gangguan.

3. Keinginan bermain 'game'
Pelajar yang selalu bermain permainan komputer akan secara automatiknya menggangu minatnya untuk belajar. Ini kerana ketagihan dan susah untuk berhenti bermain sehinggalah puas atau misi gamenya tamat. Untuk mengatasi masalah ni, kita haruslah membuat satu jadual harian dan perlu ada disiplin yang tinggi untuk mematuhi jadual tersebut.Melayari internet juga sama seperti bermain game

4. Mood
'Mood' kita sangat mempengaruhi semasa kita melakukan sesuatu aktiviti, ini termasuklah juga belajar. Pelajar haruslah sentiasa dalam mood yang baik dengan mengatasi sebarang masalah secara efektif.

5. Kekurangan prasarana
Kekurangan bahan untuk menyokong pembelajaran mendorong pelajar kurang minat belajar seterusnya mengundang sikap pemalas.

















Cara Atasi Malas belajar:

    1. Ingat pada diri anda, buat sesuatu kerana Allah, bukan kerana orang lain atau terpaksa.
    2. Ingat masa depan dan kerjaya serta peluang di hadapan, jika aku tak buat dan malas nak buat aku akan terlepas peluang.
    3. Ingat pada diri sendiri, jika aku tak belajar hari ini bila lagi, sedangkan masa semakin suntuk,
    4. Tanamkan sikap positif dalam diri dan buang sikap buruk dan malas
    5. Malas ialah musuh utama kejayaan, ia adalah hasutan syaitan, lawan dan lawan dengan bangun jadi rajin.
    6. Ingat kita buat kerana Allah, bukan kerana orang lain dan kerana nama

5 ulasan:

  1. alhamdulillah.. semoga berjaya jugalah membuang malas dalam diri ni.

    BalasPadam
  2. Insyallah...ini ak motivasikan diri ku...mekasih penulis

    BalasPadam
  3. susah bangeettt ... gabisaaaa ...

    BalasPadam
  4. Hrp2 dpt mghlng kn rasa males dlm dri..thnk penulis.

    BalasPadam
  5. in shaa allah.. petua ini boleh diteladani

    BalasPadam