Shila Amzah Tinggalkan Sharnaaz
Shila Amzah Tinggalkan Sharnaaz
Ramai peminat mahupun pemerhati media meluah rasa kurang senang dengan sikap kasar cinta hati kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Sharnaaz Ahmad gara-gara luahan kasar pelakon itu kepada buah hatinya, baru-baru ini. Pun begitu salah faham tersebut telah pun selesai dan kita doakan saja yang terbaik untuk pasangan ini. Khabarnya Sharnaaz dah melamar Shila dan tuan empunya diri dah pun bersetuju. Kita nanti kan saja pengumuman rasmi daripada mereka. Walaubagaimanapun Shila terpaksa meninggalkan Sharnaaz untuk beberapa hari kerana pelantun Patah Seribu ini akan berangkat ke Amerika Syarikat malam esok (Rabu) untuk mengadakan persembahan di anugerah World Music Award (WMA 2012). Anugerah tersebut berlangsung di Marlin Park, Miami, Florida, Amerika Syarikat (AS) pada 22 Disember ini.
Berita itu disahkan Shila sendiri kepada portal mStar online selepas akhirnya permohonan visanya diluluskan oleh kedutaan Amerika Syarikat (AS), semalam. Shila akan ke sana bersama ayah dan ibunya.
Bukan saja diberi penghargaan membuat persembahan, lebih istimewa pada acara berprestij itu Shila turut dicalonkan untuk dua kategori iaitu Artis Wanita Terbaik Dunia dan Penghibur Terbaik Dunia 2012. Dalam kedua-dua kategori itu Shila bersaing dengan nama-nama besar antarabangsa seperti Rihanna, Adele, Madonna, Alicia Key, Katy Perry, Kelly Clarkson dan Jesie J.
Dalam perkembangan lain, penyanyi berusia 22 tahun itu bakal mengadakan konsert sempena Gala Amal Pamoga-Gaza buat pertama kalinya sepanjang 12 tahun berkecimpung dalam industri muzik tempatan. Konsert tersebut akan diadakan pada 29 Disember ini di Hotel One World.
Kredit
Tiada ulasan:
Catat Ulasan