Pages

Singapore Layak Ke Final Piala AFF Suzuki 2012


Singapura Layak Ke Final Piala AFF Suzuki 2012













Singapura Layak Ke Final Piala AFF Suzuki 2012

Singapura Layak Ke Peringkat Akhir Piala AFF Suzuki 2012


JUARA tiga kali, Singapura mengesahkan slot ke pentas final Piala AFF Suzuki 2012 dengan mengetepikan Filipina menerusi agregat 1-0 dalam saingan separuh akhir kedua di Stadium Jalan Besar, sebentar tadi. Kedua-dua pasukan terikat seri tanpa jaringan ketika beraksi di Stadium Memorial Rizal, Manila minggu lepas.


Dengan kemenangan ini, Singapura akan menentang sama ada Malaysia atau Thailand yang akan bertemu dalam satu lagi aksi separuh akhir kedua yang akan berlangsung di Bangkok, malam esok. Pada perlawanan malam ini, sebaik permainan bermula Singapura lebih agresif dengan beberapa percubaan berbahaya dan seawal minit ke-10, kubu pasukan yang diberi gelaran ‘The Azkals’ diuji, namun rembatan kencang dari luar kotak penalti tersasar apabila melencong ke kiri gawang lawan.

Kehadiran penyokong Singapura di stadium nyata memberi motivasi luar biasa kepada pemain untuk meneruskan corak permainan menyerang. Akhirnya, gol yang dicari Singapura tertunai apabila rembatan kencang Khairul Amri pada minit ke-19 dari luar kotak penalti berjaya menewaskan penjaga gol Filipina.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan